andai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~
Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sekarang ni aku tengah berseorang ngan meneliti gambar-gambar di dinding. Sungguh khusyuk aku tatapi. Ye la mamat-mamat handsome la katakan. Luke ghaib pergi call kawan-kawan dia. Aku dengar ada bunyi tapak kaki menghampiri aku dari arah belakang.
"Setiap band mesti ada drummer yang handsome." Tegur orang itu. Aku menoleh memandangnya. Dia tersenyum manis
"Ashton, Ashton Irwin. Pemain drum untuk band dalam gambar tu." Dia tunduk hormat kearah ku.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Skylyn, Skylyn Federal." perlu ke aku cakap yang aku ni puteri?
"tuan puteri lagi selesa kalau saya panggil nama atau 'tuan puteri'"? Tanya Ashton. So, dia dah tahu lah yang aku ni puteri. Ni mesti kerja Luke
"panggil sky sahaja." Aku menunjukkan senyuman yang cukup manis. "butik ni memang senyap. Rasa macam segan pulak." Ngadu ku. Ashton ketawa kecil.
"hari ni jer butik ni senyap. Sebab Putera Evan tempah butik ni untuk sehari. Biasanya terlampau ramai yang datang." Oh. Band ni mesti ada ramai fans kan? "tak percaya ke?" Tanya Ashton.
"eh! mana ada." gelabah aku dibuatnya.
"Cuba Sky tengok dekat tingkap luar." Arah Ashton. Aku pergi menghampiri tingkap berkaca itu dan melihat ramai golongan remaja perempuan. "Kitaorang dah bagi notis dah yang butik ni ditutup hari ni tapi diaorang still nak tunggu kat luar.
"wow" Hanya satu perkataan jer yang aku dapat cakap. "back to the reality. Mana Luke?"
"oh Lukey! dia tengah tunggu Michael dekat depan. Jom la, Ash tolong Sky pilih baju." pelawa Ashton.
~~~~~~~~~~~~~
"jingga?" Tanya Ashton
"Sky tak suka Jingga dan dress yang terlampau short." Dah 5 minit aku habiskkan waktu bersama dengan Ashton. Tak ada satu baju pun yang menarik minat aku. Luke datang bersama seorang yang aku kenali, Calum.
"Hi Sky!" Sapa Calum
"hi. Jap. Kalau Calum dekat sini, siapa yang jaga kaunter information tu?" Dia orang ni dah kaya still lagi nak bekerja lebih.
"oh tadi tu Cal just ganti kawan jer. Dia nak pergi tandas masa tu." Oh silap. Aku mengangguk tanda faham.
"Sky dah jumpa baju dah?" Tanya Luke. Aku menggelengkan kepala dengan muka sedih. "tak pe, kita orang bertiga akan tolong Sky." Bertiga?
"kejap! bukan dalam gambar tu ada empat orang ke?" Hairan.
"oh! lagi sorang nama dia Michael tapi dia ada dekat rumah tengah tulis lagu. Stress katanya." Ujar Calum. Selepas selesai sesi itu. Ketiga-tiga orang jejaka tampan ini menolong aku mencari baju. Penat aku dibuatnya. Kerusi yang elegant dan comfy di satu ruang menjadi tempat duduk aku.
Gmbira la jugak dapat kawan baru hari ni. Tapi, kenapa aku kena pilih baju? untuk apa? Aku mengeluarkan telefong yang berada didalam poket dress aku untuk mendail Bonda. Selepas tiga kali deringan, bonda pun menjawab.
'Skylyn?' Aku membuka speaker dan meletakkan telefon diatas meja
"ya bonda. Sky nak tanya sesuatu ni." Ketiga-tiga orang lelaki tadi duduk disekeliling meja itu. Penat agaknya
'silakan Sky'
"Sky ada dekat satu butik ni dekat bandar. Driver tu cakap, Sky kena pilih baju. Tapi untuk apa bonda?"
'oh untuk majlis malam ni. Majlis tari menari. Sky tidak tahu ke?'
"tak" Ketiga-tiga orang lelaki itu saling berpandangan. Ashton mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia menghulurkan kad itu kepada aku. Kad Jemputan VIP. Tiga jejaka itu tersenyum memandang ku.
'malam ni, keluarga Brook akan mengadakan majlis tari menari. Sekejap lagi Hazel dan Victoria akan datang dekat butik tu untuk dia orang bersiap.' Ujar bonda
~~~~~
"ARGH!!!!!!"
"Sky kenapa!?" tanya Calum dengan cemas. Calum menghampiri aku bersama Luke, Ashton dan Si kembar. 30 minit yang lepas Si kembar datang. Ashton mendukung Hazel manakala Victoria berada di bahu Luke.
"baju ni awesome!!!!" Aku meneliti baju yang Ashton berikan kepada ku. Walaupun baju ni simple tapi nampak elegant dan fancy. Awesome
"la buat kitaorang takut jer" Kata Luke. kini si kembar berada di dalam dressnya dan jejaka-jejaka ini berada didalam sutnya.
"sorry" Terlampau happy aku. Dengan solekan yang dibuat oleh Luke dan kasut yang dipilih oleh calum menyerlahkan lagi imej aku pada malam ini.
"haha its okay. Kereta dah tunggu dekat bawah dah" kata Calum
"thank you so much korang. Korang pergi tak?" kitaorang pergi ke kereta limo yang menunggu,
"Pergi. tapi kitaorang naik kereta sendiri." Kata Luke. Luke dan Ashton meletakkan si kembar di dalam kereta.
"jumpa dekat majlis tu nanti." Kataku. Aku melambai tangan dan menutup pintu. Selang 5 saat aku menutup pintu, segerombolan remaja muda berlari kearah mereka. Diaorang apalagi, lari la. Lawak betul. Kereta bergerak pergi
"kakak Sky nampak lawa sangat." Kata Hazel yang berada di sebelah kanan ku.
"terlampau cantik" Kata Victoria pula yang berada di sisi kiri ku.
"terima kasih. Tapi, Victoria dengan Hazel lagi lawa." Mereka berdua tersenyum keriangan.
Satu lagi malam yang akan menjadi sejarah buat ku
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.