ROYALS=8

8.7K 319 1
                                    

------Skylyn P.O.V------

Kini adalah waktu untuk dinner. Kalau dinner akulah orang pertama yang akan sampai di meja makan. Lagi 2 minit sajian akan dijuadahkan. Seorang demi seorang datang ke meja makan. Aku then Charles, Elyn dan bonda. Pelik ayahanda tak ade. Ayahanda tak pernah terlepas dinner bersama keluarga kecuali kalau ayahanda ada urusan luar atau jatuh sakit. Meja makan tu menjadi senyap bila ayahanda tiada. Aku memandang kearah Charles. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. So, aku kene buat sesuatu.

"bonda?" Aku memanggil bonda yang duduk di hadapan ku. Bonda mengangkat mukanya.

"ya Skylyn?" Bonda berhenti makan dan memandang kearahku.

"di mana ayahanda?" muka bonda menjadi sedikit muram.

"Skylyn habiskan makanan kamu. Semasa di meja makan kita kena menjaga etika." Tak silap aku, aku tanya bonda, tapi kenapa Elyn yang jawab. Aku segera menghabiskan makanan ku.

"Charles. kenapa kamu bergaduh?" Tanya Elyn kepada Charles. Aku tak tahu kenapa Elyn ni bajet sangat. Bonda tak tanya pun hal itu, tapi dia yang over kenapa.

"urmm....mmm...." Charles terkedu. Aku kena  selamatkan Charles. Dia tak boleh tahu kenapa Charles bergaduh. Charles cuma selamatkan Elyn jer, tapi kalau dah perangai Elyn tu macam ni, memang tak kenang budilah.

Aku segera bangun dari kerusi dan menarik lengan Charles. Bonda bertanya "Sky dan Charles nak pergi mana?"

"Kami nak hantar makanan di bilik ayahanda. betul tak Charles?" Charles sedikit terkejut. Lalu dengan segera dia mengangguk.

Aku nak Charles menuju kearah dapur yang besar itu. Semua kakitangan di dapur itu memberikan tunduk hormat. Aku mengambil 2 dulang dan mengisikan dengan makanan dan minumman. Charles membawa dulang minumman. Kami pergi kearah bilik beradu ayahanda dan bonda. Dulang yang aku bawa, aku letakkan diatas meja sebelah pintu tu. Aku mengetuk pintu tu sebanyak tiga kali dan menyanyi

"do you want to build a snowman?" Charles hanya tertawa kecil melihat gelagat ku. 

Ayahanda pun menyahut. "yes" Aku mengambil dulang tadi dan masuk kedalam bilik tu bersama-sama dengan Charles. Ayahanda yang sedang membaca buku sambil berbaring itu, meletakkan bukunya di bahagian tepi meja dan tersenyum kearah aku dan Charles. Aku dam Charles meletakkan dulang tu diatas meja coffee. Aku duduk di sebelah ayahanda begitu juga dengan Charles

"kenapa ayahanda tidak turun makan bersama?" Tanya Charles.

Ayahanda memandang Charles dengan senyuman. "Ayahanda cuma rasa kebas tangan." Sejurus selepas ayahanda berkata begitu, Aku dan Charles mengurut kedua-dua belah tangan ayahanda. Ayahanda hanya ketawa. korang dah tengok ke belum gambar ayahanda? dah? oh ye ke? tak pe la aku belanja satu lagi gambar ayahanda

 korang dah tengok ke belum gambar ayahanda? dah? oh ye ke? tak pe la aku belanja satu lagi gambar ayahanda

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"terima kasih." Ujar ayahanda. Malam tu kitaorang menghabiskan masa dengan berborak bersama ayahanda dan bonda yang baru sampai.

"Ayahanda ada pengumuman. Esok kita akan berangkat ke negara Eustarmil selama 3 hari 2 malam." Kata Ayahanda

"Eustarmil? Bukankah kalau hendak pergi kesana kita perlu mennaikki kapal terbang?" Tanya Charles. Kalau korang sesat, tanyalah Charles sebab dalam otak dia ada peta dunia.

Ayahanda memandang Charles dan aku dengan senyuman. "Pukul 10 pagi esok kita akan menaikki jet untuk kesana." Ujar ayahanda. Aku dan Charles bersorak gembira. Bonda dan ayahanda hanya ketawa.

"Elyn pergi ke?" kenapa tiba-tiba ayat tu keluar dari mulut aku? Senyuman ayahanda dan bonda hilang. Aku memandang Charles, dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Elyn perlu menghadiri kursus selama seminggu di Malaysia." Kata bonda. Ayahanda hanya senyap.

Selang beberapa minit, Aku memecah kesunyian. "Huargh!!!" aku menguap sekuat hati.

"tutup la mulut!" Ejek Charles. dia sedang menutup hidung dia dengan menggunaka jedua-dua belah tangan.

"sorry sikit, Sky dah gosok gigilah. tak perlulah tutup hidung tu." Aku mencebik kearah Charles. Dia pun membalas balik. Sekali lagi, bonda dan ayahanda ketawa. So, kitaorang berpelukkan dan ucap selamat malam.

Dalam perjalanan balik ke bilik, aku melihat Elyn berada di luar istana bersama sebuah beg dan menaikki limo. Oh, dia nak pergi Malaysia. Kenapalah dia terlampau tegas.

"terima kasih Sky." ujar Charles yang berada di sebelah ku. "tentang Elyn tadi.

Aku menggosok rambut Charles dan berkata. "okay" kusut rambut dia aku kerjakan. 

"buat penat jer sikat rambut." rungut Charles. Charles menghantar aku sampai ke bilik aku. Ucapan selamat malam kami ucapkan sesama sendiri. Aku mematikan lampu bilik dan tidur dengan nyenyak nyer

RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang