andai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~
Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...
"tidak! Tidak sama sekali! Anakanda tidak akan berkahwin dengan putera itu!" Jerit aku sekuat hati. Hai, nama aku Elyn Federal. Mungkin korang dah kenal aku sebab Skylyn beritahu. Pendek cerita, sekarang ni aku sedang berada di dalam bilik mesyuarat bersama ayahanda dan bonda.
"Elyn! Elyn telah buat ayahanda murka dengan Elyn!" Marah ayahanda. Walaupun ayahanda berusia 51 tahun, tapi ayahanda tetap seperti 40-an
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Elyn, bawa bertenang. Apa yang Ayahanda katakan adalah kebaikkan untuk Elyn" Kata bonda pula dengan lemah lembut. Gambar ni gambar bonda
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Elyn sudah besar, Elyn boleh memilih hala tuju Elyn sendiri!" kataku dengan berani
"Elyn! jangan sesekali kamu tinggikan suara kamu dengan ayahanda!!" Marah ayahanda. Memang muka ayahanda sudah merah menahan marah. Ayahanda menarik nafas panjang dan berkata "Apa betul apa yang diperkatakan oleh rakyat? Elyn sedang bercinta dengan Lucifer?" Tanya ayahanda dengan perasaan sabar.
Jantung aku berdengup dengan kencang. "Ya memang benar!!. Salahkah jikalau Elyn mahu bercinta dengan rakyat biasa?!" Semua suara yang ada aku keluarkan. Dengan pantas ayahanda yang sedang duduk bangun dan pergi kearahku. PANG! satu lempangan yang kuat hingap di pipi kiri aku.
"Jangan sesekali kamu berani berkata berkata begitu!!! Beta tidak mempunyai anak seperti ini!!" Dengan perkataan tu membuatkan aku menitiskan air mata. Ayahanda menyambung "Sekarang juga kamu putuskan hubungan dengan Lucifer dan ikut perintah beta! Jikalau kamu memberontak, kamu akan dijatuhkan hukuman yang berat!"
Ayahanda berjalan keluar dari bilik mesyuarat dan menghentakkan pintu dengan kuat. Bonda datang menghampiri aku dan memelukku dengan erat. Bonda memang menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Walaupun bonda bukan ibu kandungku, aku merasakan bahawa bonda adalah ibu terbaik untuk aku.
"sekarang Elyn pergi ke bilik dan bersihkan diri. Lagi 30 minit kita akan bersantapan malam." Kata bonda dengan lembut. Dengan itu aku pergi kearah bilikku dan membersihkan diri. Aku tahu ini semua salah aku, aku tak sepatutnya meninggikan suara dengan ayahanda
Ayahanda cuma mahukan yang terbaik untukku. Tapi apa yang ayahanda lakukan bukanlah jalan yang terbaik untukku. Ayahanda menyuruh aku berkahwin dengan seorang putera raja kedua negara Eustarmil, putera Evan. Aku tidak boleh berkahwin dengan abangnya kerana abangnya bakal memerintah negara itu.
Lucifer? Lucifer adalah seorang pilot biasa. Aku berjumpa dengannya sewaktu aku hendak pergi ke London. Dia mengemudi jet peribadi waktu itu. Semenjak daripada peristiwa itu, aku menjadi rapat dengan Lucifer. Aku sedang bercinta dengan Lucifer. Walaupun hubungan itu tidak direstukan, aku tetap akan berusaha untuk menguatkan hubungan aku dengan Lucifer.
--------Charles P.O.V-----
Hai korang!!!! Aku, putera Charles. Apa yang berlaku di sekolah tadi memang salah si Alex tu.
~playback~
Aku sedang berjalan kearah loker aku yang terletak di hallway sekolah. Sepanjang pejalanan setiap perempuan berbisik sesama sendiri. Seorang perempuan datang menghampiri aku.
"putera Charles. Ini bekal yang ibu saya buatkan. Cake red velvet. Sudikah putera Charles untuk makannya?" tanya dia dengan lemah lembut. Dia memakai uniform sekolah, ribbon di rambut dan kuku warna-warni. Dia mesti dalam kumpulan 'Famous'. Dari jauh aku nampak kawan-kawan 'famous' dia tersengih-sengih.
Dengan senyuman yang manis aku berkata "Maafkan beta tapi beta sudah makan di kantin sebentar tadi. Lagipun, makanan ini ibu kamu yang buat bukan?" Tanyaku dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Dia mengangguk. "Jikalau ibu kamu yang buat maka kamu kenalah menghargai apa yang ibu kamu buat untuk kamu." Perempuan itu hanya diam
"maafkan patik." katanya dengan malu. Sebelum dia sempat pergi aku sempat membaca namanya, Julia.
"Julia" aku memanggil Julia di pertengahan jalanya. Di menoleh dengan muka teruja. "terima kasih" kataku dengan senyuman manis. Dia meronta dengan excited. Akupun pergi kearah lokerku yang berada di tingkat 2.
Selesai memasukkan buku, seorang lelaki datang kearahku. Pelajar baru kut. tak pernah nampak pun. "Dude, aku Alex" katanya sambil bersalaman dengan aku. Pelik? dude? dia tak kenal aku ke?
"maaf tanya, tapi tahu tak siapa saya?" Kataku sedikit humble
"tahu! Charles. Ketua pengawas perpustakaan. Aku Alex. Aku baru pindah dari Florida." Kata Alex dengan senyuman. Wow! patutlah dia tak kenal aku ni siapa. "semenjak aku pindah sini......... Raja negara ni ada anak perempuan kan?" kata Alex berbisik. "tak silap aku nama dia Elyn."
"Oh! puteri Elyn Bolsom Federal. kenapa?" tanya aku dengan cemas.
"Minggu lepas, masa aku sampai dekat airport, dia langgar aku then bukan reti nak mintak maaf. Dah la sombong, bongkak, riak, bajet, hodoh......" Belum sempat Alex habiskan ayat, satu tumbukan dari aku hinggap di muka Alex. Mula dari situlah kitaorang bergaduh
Kawan-kawan aku datang meleraikan pergaduhan itu. Alex pun tanya "Kau dah kenapa?!"
"Orang yang kau hina tu kakak aku!!!!! @)*&(^%?/$%$$" Alex terdiam. Pengetua pun sampai