Royals=25

6.9K 217 2
                                    

-------Evan P.O.V------

1......

2..........

3.................. go

perlahan-lahan aku menggerakkan kaki aku untuk pergi ke arah pintu tu. Tujuan aku bukanlah untuk berjumpa dengan Rabecca mahupun bonda. Tujuan aku adalah untuk keluar dari dewan ni. Kalau Rabecca nampak aku, matilah aku. Aku menutup mukaku dengan tapak tangan. Tiba-tiba satu tangan berada di bahuku. Jangan lah kacau aku!! Nyawa aku dalam bahaya ni!! aku menoleh memandang orang itu

"nak pergi mana?" Tanya Elyn. Kenapa lah kau kacau aku Elyn?!!

"ta..tandas" 

"muka awak pucat la!" Kata Elyn dengan takut. Memanglah muka aku pucat, takut kut. Rasa macam darah tak mengalir jer

"saya okay" Aku mengelap peluh didahi ku.

"sure?" Dia main tanya-tanya pulak dah!

"betul" Dengan pantas aku menoleh kearah pintu. O M G!!!!! Bonda dengan Rabeccca tengah pandang aku!!!! tapi yang pelik mereka masih tersenyum. Bonda memberi isyarat tangan supaya menghampirinya. perlu ke aku pergi? pergi je lah. Aku menghampiri bonda dan Rabecca.

"ya bonda?" tanya ku.Elyn mengikuti aku dari belakang juga. Rabecca memandang ku dengan senyuman yang cukup manis.

"bonda ingin perkenalkan ini Rabecca. Ibunya dulu merupakan kawan baik bonda. Rabecca ini putera kedua aunty, Evan." Aku bersalaman dengan Rabecca. Sejak bila bonda gunakan gelaran aunty? Selang 5 saat aku melepaskan tangan Rabecca. Tapi aku tak nak lepaskan tangan dia....

"gembira berjumpa dengan putera Evan." Kata Rabecca kepada ku

"beta juga." Kata ku kembali. matanya aku tenung dengan begitu lama. oh baru aku perasan dia tak pakai cermin mata!! Sungguh dia membuatkan aku cair pada malam ni. Sedang aku memerhatikan Rabecca, bonda memperkatakan sesuatu...

"Ini pula Elyn Federal. Tunang Evan." Jeng jeng jeng!!!! kenapa bonda cakap waktu sekarang ni?!! air muka Rabecca berubah. Wait!! kenapa air muka dia berubah? Dia suka aku ke?!! omg!! yes!!

Elyn bersalaman dengan Rabecca. senyuman Elyn hadiahkan kepada Rabecca. Aku rasa yang Rabecca memberikan senyuman palsu. Aku tengah happy sekarang ni sebab cinta aku terbalas. "Aunty. Rabecca perlu balik sekarang sebab abang Rabecca nak jaga hospital." Alasan bagus kau bagi dekat bakal ibu kau  Rabecca.

"baiklah. Jaga diri kamu ya. tapi mana abang Rabecca?" Tanya bonda. Rabecca memerhatikan sekeliling dewan.

"Abang!" panggil Rabecca. Abang Rabecca menghampiri kitaorang. Woo~~~ future brother in law ada dekat depan aku. Tak silap aku ni Ryan kan? Kawan Edward. "abang. Abang cakap malam ni abang kena jaga hospital kan? jom lahkita balik" Rabecca memberikan isyarat mata kepada Ryan

"ok?" Kata Ryan tanda faham tapi muka Ryan still blank. "aunty kami mohon diri dula ya." Kata Ryan. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Rabecca dan Ryan pergi meninggalkan dewan

"bonda, Evan nak tandas sekejap" 

"baiklah. Elyn jom kita jumpa dengan rakyat yang lain." kata bonda

Aku keluar dari dewan dengan pantas dan berlari ke luar istana. Rabecca dan Ryan berjalan untuk pergi ke kereta mereka di luar perkarangan istana. "Rabecca!" aku menjerit memanggil Rabecca. Dia menoleh memandang aku. Mana senyuman dia pergi? yang ada cumalah air mata dia mengalir. Apa aku dah buat. Ryan turut memandang ku. Ryan berhenti berjalan tapi Rabecca sambung berjalan. Dia tak nak jumpa aku ke? Aku berlari ke arah Rabecca "Rabecca!" aku memanggilnya untuk kali ke 2. Dia tak pandang aku pun. Dia terus berjalan. Aku menghadang nya untuk terus berjalan. Bahunya aku pegang

"saya minta maaf sebab rahsia kan benda ni" Aku memohon maaf kepada Rabecca. Dia memandang ku dengan mata merahnya. Ryan hanya memerhati dari arah belakang

"tak apa" dia memberikan senyuman kepada aku. "lagipun kita kawan kan? tak lebih." betul ke apa yang aku dengar? kawan? hati aku hancur

"kawan sahaja? selama ni saya anggap awak lebih dari seorang kawan tapi awak anggap saya sebagai kawan awak je? Saya mula jatuh hati dengan awak sejak first met kita tapi ini perassan awak terhadap saya? hari demi hari perasaan saya bertambah kepada awak. Selama ni saya tak pernah rasa bahagia sebelum berjumpa dengan awak. Tapi lepas saya berjumpa dengan awak, semua berubah. Hari saya bertambah ceria bila dapat bercakap dengan awak. Cukup lah melalui telefon dah boleh buat saya bahagia. Tapi hari ni awak dah buktikan yang kita cuma kawan sahaja." Air mata aku mengalir setitis. Gentle la Evan lelaki mana boleh menangis. Aku melepaskan tangan ku dari bahu Rabecca

"memang! Memang kita cuma kawan sahaja! Sebab saya takut nak mencintai awak sebab taraf kita berbeza. Saya cumalah rakyat biasa yang hidup tanpa ibu bapa. awak pulak hidup dalam kemewahan. Saya cumalah rakyat yang mencari erti kehidupan. Rakyat yang takut dihina oleh golongan atasan. Rakyat yang sedar akan kesusahan yang menghimpit kehidupannya dan rakyat yang mencari lelaki yang setaraf dengannya. Jujur saya cakap yang saya sukakan awak tapi apa yang berlaku dalam dewan tadi menyedarkan saya bahawa saya menyukai seorang tunangan orang. Tunangan orang yang mempermainkan hati saya. Dan saat ini saya tahu bahawa sebenarnya saya tidak mempunyai seorang kawan!" Rabecca meninggalkan aku seorang diri. Aku bersalah!!!!!!

Ryan menghampiri ku setelah sekian lama berdiam diri. Dia menepuk bahu ku. "I'm sorry" lalu dia pergi kearah kereta. Aku melihat Rabecca menangis di dalam kereta. Ryan menghidupkan enjin lalu memandu kearah jalan keluar. Kereta jenis Ranger Rover itu meninggalkan perkarangan istana.

Hari ni aku paling teruk untuk aku. aku silap!! kenapa aku tak bagi tahu awal-awal pasal Elyn dekat Rabecca. Aku berdiri memandang langit.

sejarah hitam buat ku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

This is your captain speaking, Nana Natasya

ini yang mampu Nana buat untuk hari ni. Hari ni sekolah cuti sebab semalam ada hari kokurikulum. bab ni paling mencabar buat Nana sebab 'kesedihan'. Nana paling benci kesedihan. kepada kakak2 makcik2 dan adik2 dekat luar sana jangan sesekali letakkan harapan yang tinggi terhadap cinta korang sebab Cinta tidak membawa kemana kecuali cinta akan tuhan kita sendiri

Captain Nana mengundur diri

RoyalsWhere stories live. Discover now