------- Edward P.O.V-----
"Edward~!" satu suara mengejutkan aku daripada tidur. Aku membuka mata dan melihat sekeliling. Bonda yang mengejutkan aku dari tidur. Jap! aku ada dekat bilik tayang. macam mana aku boleh tertidur dekat sini? Aku lihat sekeliling sekali lagi dan aku tengok adik beradik aku yang lain sedang tidur nyenyak di sofa. Oh! Malam tadi, Hazel buka cerita The Lion King, aku dengan Evan tak layan cerita tu. So, kitaorang pun tidur.
Bonda memandang kearahku sambil tersenyum. "Edward kejutkan adik-adik kamu yang lain dan bersiap. Ayahanda kata ada tetamu dari negara lain akan datang. Kata bonda sambil menggosok rambut ku.
"baiklah." dengan itu bonda bangun dan keluar dari bilik tayang. Jam di tv menunjukkan pukul 8 pagi. Lagi 30 minit waktu untuk breakfast. Aku pergi kearah Si kembar dahulu. Hazel sedang memeluk Evan di sebelah kiri manakala Victoria memeluk Evan di sebelah kanan. Selepas mengejutkan Victoria, dia pergi ke biliknya untuk bersiap. Satu masalah aku adalah si Hazel ni. Kalau bom meletup sebelah dia pun dia tak akan sedar. Malas aku nak cakap lebih, so aku angkat Hazel dan membawanya ke bilik. Evan memang dah sedar masa aku ambil Hazel darinya.
Selesai membersihkan diri. Aku berjalan menuju ke ruang makan. Tapi langkah aku terhenti apabila melihat drama antara si kembar dan Evan di hallway. Kelihatan Victoria berada di belakang badan Evan yang sedang berdiri. Manakala Hazel memeluk kaki Evan.
"Hazel, jangan buat macam tu. Abang tak boleh gerak la" rungut Evan
"tak nak." Lawan Hazel. "Asyik Vic jer yang abang dukung. Hazel nak jugak." Kali ni Hazel mencebik.
"Hazel, kalau bahu abang ni kuat, abang bolehla dukung Hazel tapi Victoria ni pun dah cukup berat untuk abang." Victoria menepuk kepala Evan kerana katanya berat. Aku hanya ketawa kecil melihat drama itu. Akhirnya Hazel ternampak aku.
"Abang Ed!!" jerit Hazel dengan senyuman comel. Dia berlari manja kearah ku. Kedua-dua belah kaki aku menjadi tempat pelukkan Hazel. Hazel melepaskan pelukkan. Aku melutut bagi sama level dengan Hazel.
"kenapa ni?" Aku buat-buat tanya sambil menggosok kepala Hazel. Evan datang menghampiri aku bersama Victoria yang didukungnya.
"Abang Evan tak mahu dukung Hazel." dia mencebik tanda protes.
"tak apa, biar abang Ed yang dukung Hazel." aku mengangkat Hazel dan meletakkannya di bahu ku. "okay tak?" tanya ku kepada Hazel.
"okay!" Jawab Hazel dengan gembira. Hari ini, mereka memakai t-shirt dan seluar slek. Still nampak comel. Kami berempat menuju ke arah ruang makan. Dia ruang makan, ada bonda dan ayahanda. Nampaknya ayahanda yang perasan akan kehadiran kitaorang dahulu.
"Oh! putera dan puteri beta!" kata ayahanda dengan gembira. Bonda memandang kearah kitaorang.
"morning ayahanda." kata si kembar tu serentak. Evan dan aku menurunkan si kembar tu. Mereka berlari kearah tempat duduk mereka. Aku mengambil tempat duduk aku yang bersebelahan dengan Victoria. Dan Hazel bersebelahan dengan Evan. Bonda dan ayahanda duduk di kedua-dua belah hujung meja menandakan darjat mereka. Sedang kami breakfast, Hazel bersuara.
"bonda!" bonda memandang kearah Hazel dengan senyuman manis. "tadi abang Ed kata ada orang nak datang istana ni. Siapa?" Tanya Hazel sambil tangannya sibuk menyuap bijirin ke dalam mulut. Evan mengambil sapu tangan dan mengelap mulut Hazel yang comot. Gentleman.
"oh! biarlah ayahanda yang menjawab soalan itu." Kata bonda. Semua mata tertumpu kearah ayahanda. Gambar di bawah adalah ayahanda
Dan ini adalah bonda
" hari ini, kita akan ada tetamu dari negara Angardior." Angardior? bukan ke tu nama negara bakal isteri Evan duduk? oh, aku dah tahu dah muslihat ayahanda. "Pemerintah negara tu akan datang bermalam di sini. Selama 3 hari 2 malam. Tom adalah sahabat baik ayahanda. Mereka akan sampai tidak lama lagi. Pada hari terakhir mereka di sini, ayahanda akan mengadakan sebuah majlis tari menari bersama dengan rakyat."
Victoria dan Hazel dah mula excited. Evan hanya menikmati makanan nya sahaja. Tiada apa yang boleh pisahkan Evan dengan makanan. Aku hanya memikirkan yang aku berjanji tidak akan jatuh hati dengan anak Pemerintah tu
Tapi malangnya aku salah
YOU ARE READING
Royals
Romanceandai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~ Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...