ROYALS=28

6.7K 237 4
                                    

-----Edward P.O.V----

Keluhan yang berat aku lepaskan di ruang tamu utama. Aku mendekati Evan dan duduk di sebelahnya diatas sofa. 

"Kau ok tak?" Tanya ku kepada Evan. Dia asyik sangat tengok Iphone dia. Muka dah la macam orang tak mandi setahun. Rambut kusut masai. Teruk! Butang baju pun senget sebelah. Apa masalah kau Evan? 

"tak" Jawab Evan ringkas

"Aku rasa phone tu akan pecah bila kau asyik tenung benda tu" Nak kata ada gambar dekat phone tu tak ada pulak. Aku rasa bateri phone mati. Haha. Jahat betul kau Edward. 

Aku mengambil handphone itu dari tangan Evan. Dia tak bergerak pun. Dia mengambil bantal sofa lalu memeluk bantal tu. Memang style zaman sekarang orang suka peluk bantal he? Semalam Skylyn buat sekarang dia pulak

"Kau sakit ke?" At least aku try jadi abang yang caring pasal adik dia

"tak" Jawab Evan

"tak ada jawapan lain ke?" Fed up pulak aku

"tidak" Aku menarik nafas geram

"Rabecca?" Tiba-tiba nama tu muncul dekat otak aku. haha minda la

Evan segera memandang ku. Aku boleh baca muka dia. Ni mesti kes ada kaitan dengan Rabecca. Aku rasa kes ni berat. Kali ni turn Evan pula mengeluh. Dia kembali memandang dinding

"Aku dah agak dah! Kenapa dengan Rabecca?" Tanya ku ingin kepastian. Mata Evan berair. Gila la! Evan menangis!!! Nasib baik phone dia habis bateri kalau tidak aku dah rakam dah. Evan jarang menangis. 3 tahun sekali baru dia nangis. Itupun mesti sebab yang munasabah (munasabah ke muhasabah? layan jer la)

"Salah aku. Aku tak bagitahu dia pekara yang sebenar. Semalam dia dapat tau. Dia cakap dia silap berkawan dengan aku. Dan taraf dia berbeza dengan taraf aku." Suara Evan menggigil. Aku menepuk bahu Evan berulang kali. "ni semua salah aku. Hati aku hancur" Sambung Evan. Mata dan hidung dia merah.

"Aku pasti ada hikmah yang berlaku sebalik kejadian ni" Kata ku. Ewah! pandai pulak aku berbicara.

Edward! orang tengah dalam mood sedih ni! Oh! Okay, sorry. 

"Kau cakap Rabecca ada abang kan? apa kata kau try bercakap ngan abang dia . Mana tahu abang dia boleh tolong." Bernas idea aku! Syabas Edward! Evan memandang aku

"Abang dia Ryan. Kawan kau" Really?!! Lagi senang kerja

"oh! biar aku call Ryan mintak dia datang sini." Cadang aku. Evan tersenyum

"Boleh jugak" Jawab Evan

"Macam ni la adik aku!" Aku menggosok rambut Evan. Sah dia tak mandi pagi tadi. Aku bangun untuk pergi. "Pergi siap kemas-kemas sebab kau nak jumpa brother in law kau." Gurau ku

Evan ketawa kecil. "Baik bos!" Dia memberikan tabik hormat kepadaku

Aku bergerak untuk pergi. Sebelum tu aku lupa nak cakap

"Evan!" Aku memanggil Evan. Dia menoleh memandang ku. Bilik dia arah timur manakala bilik aku arah barat.

"yup?"

"Pulangkan socks si kembar" Ujar ku. Tahan Edward jangan ketawa.

"Socks?" tanya Evan pelik. Aku menunjukkan arah kaki Evan. Evan melihat kakinya.

Sepasang sock panda Evan pakai. Tak silap aku, itu Victoria punya. Evan ketawa kecil. Aku kena tahan jangan ketawa

"okay..." Dia berlalu pergi ke biliknya. Hari ni hari paling berat untuk aku. Skylyn........ Aku rindu dia........

~~~~~~~~

Aku mengambil IPhone 6 plus aku yang sedang dicas. Search contact nama Dr.Ryan. Baru aku perasan kenalan aku sikit jer. Kesian kau Edward. Aku mendail nombor Ryan. Ryan mengangkat selepas 3 deringan

"Dr.Ryan speaking. May I help you?" Ni mesti dia tak baca nama aku yang dial. Orang busy la katakan.

"I want to come to my palace now." Ucapku tenang

"oh kau Loran. Kenapa pulak aku kena datang?" Tanya Ryan. RYan seorang jer yang panggil aku Loran. Sebab kitaorang kenal masa darjah 2. Aku selamatkan Ryan yang kena mandi dengan Spaghetti masa waktu rehat.

"Adik aku nak mintak tolong kau pasal adik kau." 

"oh. ok. Lagi 15 minit aku datang. Tapi aku kena hantar nurse sorang balik rumah dia."

"Ala! Bawak jer la nurse tu datang sini"

"Tak boleh nanti kau tergoda. Dia aku punya" Oh Dah pandai kau Ryan

"Woo hoo! Sejak bila dah maju ni?" Gurau ku

"Eh kau ni! Kawan dulu baru naik pelamin" Di hujung talian Ryan ketawa kecil

"Ramai naik pelamin tahun ni. Bawak la dia datang sini. Nak tengok jugak rupa bakal kawan ipar aku."

"Janji jangan tergoda?"

"janji"

"ok aku bawak dia. Jap lagi aku sampai."

"ok bye"

"bye!" Aku ingin mematikan telefon tapi Ryan menjerit

"Kau pahal?" Tanya aku. Cemas kut

"Tadi kau cakap ramai naik pelamin? Siapa?" Tanya Ryan

"Nanti aku cerita"

"kau hutang aku satu cerita. Kau tak bayar siap kau" Ugut Ryan. Memang kitaorang kawan baik tapi pelik

"ahhhh~~~ takut nyer~~~" jeritku ala-ala perempuan melayu terakhir. Aku memandang kearah pintu bilik aku. Ada Hazel. Mata dia membulat dan mulut dia terlopong. Dia terkejut kut dengan suara aku. Dia masih tak berganjak dari tempat dia berdiri. "Hazel?" Aku melambai tangan di depan muka Hazel. Dia tetap menjadi patung

"Ryan nanti aku call kau balik"

"ok" Aku mematikan telefon

"Hazel?" Dia tetap tak nak bergerak. Lawak la kau Hazel

Satu lagi masalah datang. Hazel...... Hazel.....

RoyalsWhere stories live. Discover now