andai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~
Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...
Kini aku berada di dalam bilik. Membaca buku novel yang diimport dari France. Cakap pasal luar negara, petang tadi bonda sedih sebab pasu bonda pecah. Pembantu istana sedang selidik siapa yang buat. Mesti bonda akan cari orang tu sampai lubang cacing. Ayahanda pula sibuk bincang mengenai hal jodoh Evan. Walaupun aku belum kahwin, Evan tetap kene kahwin. Alasan ayahanda adalah Raja kepada puteri tu adalah sahabat lama ayahanda. Mereka berjanji untuk mengahwinkan putera dan puteri mereka bersama. Ayahanda memilih Evan sebab, kalau ayahanda pilih aku, siapa akan jaga negara ni? Dengar cerita yang puteri tu adalah puteri sulung mereka. Untuk pengetahuan semua, putera dan puteri sulung tidak dibenarkan berkahwin bersama kerana mereka adalah pewaris takhta kerajaan mereka sendiri.
Sedang aku leka membaca buku, suatu suara tangisan aku dengari. Ia terdengar betul-betul di hadapan pintu aku. Semakin lama suara tu semakin kuat. Suara tangisan kanak-kanak perempuan itu aku dekati. Bilik aku yang sudah terbuka lampu tu semakin lama semakin seram. Makin aku dekati suara tu makin kuatlah tangisan budak tu.
Perlahan-lahan aku membuka pintu. Kelibat seorang kanak-kanak kecil muncul. Rambutnya yang berwarna hitam panjang itu di kusut masai. Pakaiannya tidak teratur. Aku memandang tepat kearah kanak-kanak tu. Victoria. Dengan segera aku melutut supaya Victoria searas denganku. Bahu Victoria aku pegang. Tangannya sibuk mengelap airmata yang jatuh.
"Victoria kenapa ni?" Risau dibuatnya. Satu kelemahan aku yang membuatkan aku menangis adalah apabila melihat orang yang aku sayang bersedih. Victoria tidak membalas jawapan ku. Aku mendukung Victoria dan membawanya ke dalam bilikku. Aku meletakkan Victoria betul-betul diatas katil ku. Selang beberapa minit, dia pun berhenti menangis.
"boleh Victoria bagi tahu abang apa yang terjadi?" Aku duduk bersila menghadap Victoria.
"Tadi Victoria terdengar apa yang ayahanda dan bonda katakan..." Air matanya kembali menitis. Aku memeluk erat tubuh kecil Victoria. Perlahan-lahan dia bercakap. "Abang Evan akan berkahwin dan..... kalau dia tidak mahu..... Abang Ed kena ganti....... Victoria tak nak Abang Evan dengan abang Ed tinggalkan Istana ni....." semakin erat pelukan yang aku berikan.
"Kalau abang Ed berkahwin. Abang janji yang abang tak akan tinggalkan Victoria dan Hazel. Abang akan bawa sang puteri tu pindah ke istana kita." Aku melepaskan pelukkan tu. Wajah kecil milik Victoria memandang kearah ku.
"janji?" tanya Victoria.
"janji" Wajah Victoria kini kembali ceria. "sekarang ni, Victoria pergi bersihkan diri dan bersiap untuk dinner." kataku dengan teruja.
"tapi bukan waktu untuk dinner dah lepas ke?" Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Kiteorang akan dinner pada pukul 9. Terlepas.
"jom kita buat dinner bersama? ajak Hazel sekali." Nampaknya cadangan aku diterima baik oleh Victoria.
"Alright!" dia memberikan tabik hormat lalu beredar keluar dari bilikku.
Selepas Victoria pergi, aku menelefon pembantu istana untuk menyiapkan dinner untuk kami. Special. Aku mengenakan pyjamas
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Di ruang satapan, pelbagai juadah disediakan. Hazel dan Victoria masih belum turun. Aku mengambil tempat duduk di tempat yang aku biasa duduk. Aku menunggu dengan penuh sabar. Tiba-tiba Evan datang.
"wow! macam tau-tau je yang aku ni tengah lapar." Evan duduk di sebelahku sambil menghidu bau masakan. Apa lah masalah mamat ni.
"Jangan makan dulu, tunggu kembar datang." Aku memukul tangan Evan yang cuba untuk mengambil lauk. Pembantu istana menyediakan pinggan dan memenuhi pinggan dengan pelbai jenis juadah. jap! Sape yang jemput Evan? "Evan, sape yang jemput kau datang sini?"
" takde sape-sape pun. Tadi masa Victoria lalu depan bilik aku, dia happy sangat. So, aku pun tahan dia dan tanya kenapa. Dia cakap yang kau ajak dia ngan Hazel makan malam. Aku paling pantang bila orang tak jemput aku makan sekali." terang Evan panjang lebar. Makanan merupakan kekasih utama bagi Evan. Kekasih?
"Evan, Hazel cakap yang kau dah ada girlfriend. betul ke?" Evan diam seketika. "aku ni abang kau, kau boleh bagi tau aku." Evan menarik nafas yang panjang.
"siap kau Hazel.... Rabecca, Rabecca Lynch." Sedap gak nama perempuan tu.
"tapi bukan kau kena kahwin paksa ke?" Evan mengeluh selepas mendengar penjelassan ku.
"Kalau aku tak ikut perintah ayahanda, aku akan dikenakan hukuman yang berat. Tapi aku sukakan Rabecca." Kata Evan dengan sedih.
"aku akan support kau. Sebab cinta tu tak boleh dipaksa." Aku menepuk bahu Evan berkali-kali. Dia hanya tersenyum. Tepat pada waktu, si kembar tu pun turun.
"comelnyer adik-adik abang ni." puji Evan.
"terima kasih!" ujar mereka serentak. Mereka berdua duduk di hadapan aku dan Evan. Malam tu merupakan malam yang happy buat kami berempat. Malam itu berakhir apabila kami berempat pergi menonton cerita di bilik tayang. Aku pun terlelap di bilik tu