"Uitt, tolong ambilkan akak kotak tu!" aku mengarah satu-satunya adik lelaki yang aku ada sebaik dirinya melintasi ruang tamu.
"Pemalasnya akak ni." dengan malas dan gaya seperti orang kurang upaya, dia membawa kotak berwarna putih itu kepadaku.
"Akak ni bukan malas, penat je." aku menyelongkar kotak putih tersebut mencari sesuatu. Sebaik menjumpainya, aku segera menyelak sedikit kemeja labuh yang menutupi kedua-dua belah pahaku.
"Kenapa lebam ni, kak?" adik lelakiku yang sekadar memerhati cuba menyentuh kesan lebam tersebut. Cepat-cepat aku menampar tangannya.
"Eyyy, ini lebam kena gigit teman lelaki ke?" dia tersengih nakal.
"Choi mulut kau, Minho. Nampak ni?" aku mengacukan penumbuk kepadanya.
"Haa, kalau marah-marah tu betullah kan? IBUUU, KAK HEE RAN KENA GIㅡUGHH! UGHHH!"
Mulut Minho aku tekup segera. Gilalah, sikit-sikit nak mengadu pada ibu.
"Phuiii! Tangan, hanyirnya!" tanganku ditepis kuat.
"Hanyirlah sebab akak tolong ibu siang ikan tongkol tadi." aku tergelak kecil sebelum menyapu gel berubat pada kesan lebam di paha kananku itu.
"Kak, nanti bagitahu teman lelaki akak...nak buat love bite bukan di paha, tapi sini, sini dan sini." Minho menunding jari pada leher, tulang selangka dan dadanya sebagai contoh.
"Gila kau!" aku melempar sebiji bantal kepada Minho. Laju jejaka itu berlari menyelamatkan diri dan menghilang ke dalam biliknya.
"Tch!" terasa sakit apabila aku menekan lembut pada kesan lebam biru keunguan itu.
"Macam manalah boleh lebam sebegini rupa?" aku mengeluh. Gel berubat kusimpan kembali ke dalam kotak bantuan kecemasan. Aku mula berbaring di atas sofa. Melihatkan kipas siling yang asyik berpusing-pusing, mataku terasa berat dan sukar untuk dikuak. Akhirnya aku tertidur seorang diri di ruang tamu.
••••••
Dengan cemas, aku memandang kiri dan kanan. Semuanya hutan. Cahaya bulan purnama meremang ke seluruh kawasan membuatkannya tampak lebih menyeramkan.
"Ibu! Ayah! Minho! Korang di mana?" aku menjerit kuat. Serentak dengan itu sekumpulan gagak yang bertenggek di dahan-dahan pohon terbang kerana terkejut dek jeritanku.
"Hee Ran takut!" gaun labuh putih kuangkat hingga ke paras lutut. Aku mula berlari melalui jalan yang tidak berpenghujung.
Roarrr! Ngauman kuat membuatkan larianku terhenti. Aku berpaling ke kiri dan kanan, tidak lupa juga ke belakang. Dalam kepekatan malam, aku mengamati satu cahaya di balik pokok besar. Ianya cahaya dari sepasang mata yang merenung tajam ke arahku.
Roarrr! Makin kuat ia mengaum. Aku mula panik. Baru sahaja aku ingin mengangkat kaki untuk menyelamatkan diri, aku rebah kerana diterkam sesuatu.
Roarr! Ianya seekor harimau hitam legam yang memiliki sepasang mata berwarna merah.
"To..tolong, jangan makan aku." aku menangis ketakutan.
"Ibu! Ayah! Minho! Tolong Hee Ran!" jeritku meminta bantuan.
Roarr!
Leherku dicengkam kuat hingga aku sukar untuk bernafas. Tuhan, tolonglah aku. Aku tidak mahu mati dalam keadaan menyayat hati dan menyedihkan ini.
••••••
"Ya Tuhan, boleh pula dia tidur di sini. Hee Ran, bangun!"
Terasa punggungku ditepuk kuat, terus aku terjaga dari mimpi buruk yang hampir membuatkan aku sukar bernafas.
"Ibu." aku meraup wajahku yang sudah dibasahi peluh.
"Kenapa tak tidur di bilik? Terbongkang atas sofa, tak senonoh betul." marah ibu.
"Terlelap tadi. Penat." aku menenyeh-nenyeh mata. Melihatkan wajah ibu, aku menjadi lega serta-merta. Tiada mimpi buruk lagi.
"Haa, paha tu kenapa?" lebam pada pahaku dicucuk dengan jari telunjuk. Berkerut dahiku menahan perit.
"Terlanggar bucu meja." bohongku.
"Itulah, lain kali jalan pakai mata bukan kepala lutut." perli ibu padu hingga menusuk ke segenap organ dalamanku.
"Tahu." aku mencemik.
"Dahlah, pergi mandi. Lepas tu kita makan malam sama-sama. Ayah kamu dalam perjalanan pulang sekarang ni." arah ibu kemudian berlalu ke dapur.
Ayah balik?
"Hoyeah!" aku bersorak di dalam hati. Tidak sabar aku untuk bertemu ayah. Dialah yang paling rapat denganku dan dialah juga tempat aku mengadu domba.
"Hee Ran, apa termenung lagi? Pergi mandi!!" suara nyaring ibu mengalahkan ikan lumba-lumba membuatkan aku terperanjat.
"Yaaaa!" sepantas kilat aku berlari masuk bilik.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -