Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nota: Dakumengharapkansecebis vote dan komen. C'mon guys. ☹️
**********
"Perjuangan kita masih belum selesai! " Hong Joong menghempas himpunan nota-nota yang telah dicetaknya ke atas meja.
"Buat kali terakhir ini, aku nak semua pelajar kursus sejarah belajar sampai hilang mata hitam. Kita harus buktikan yang kita mampu dapat dekan, seperti pelajar-pelajar dari kursus lain." tambah jejaka itu memberikan kata semangat untuk kami semua.
Aku tahu, Kim Hong Joong rasa tercabar selepas dipandang rendah oleh rakan baiknya sendiri. Itu apa yang Marco dan Joshua ceritakan kepada Jung Yong In semalam. Benar atau tidak, aku tidak dapat sahihkannya.
"Susahlah, Joong. Jarang sekali budak-budak sejarah dapat anugerah dekan. Soalan peperiksaan tak pernah tak susah... Susah memanjang. Dahlah esei, mana nak ada objektif haa." omel Mingi. Aku pula tersengih geli hati memandangkan Mingi adalah pelajar terbaik di dalam kelas kami.
Kalau Mingi yang hampir-hampir dapat anugerah dekan cakap susah, apatah lagi aku dan yang lain-lain.
Soalan susah dah satu hal. Dapat pula pensyarah yang cerewet. Satu kesalahan ejaan, dua markah dipotong.
Itu baru bab ejaan. Tak sentuh bab lain lagi.
"Masa kita berbaki lagi tiga minggu. Sempat sangat nak ulangkaji pelajaran, dengan syarat... Kita semua muafakat." beritahu Myungsoo tenang.
"Muafakat macam mana?" Da Eun dan Soomi pula menyoal serentak.
"Apa-apa nota atau hint yang korang semua dapat, tidak kisahlah dari sumber apa pun... Jangan 'makan' sendirian. Wajib berkongsi demi menebus maruah kita yang sudah tercalar." terang Kim Myungsoo. Aku dan yang lain-lain sekadar mengangguk kecuali seorang sahaja, Nayeon. Melopong gadis itu mengamati wajah Myungsoo.
"Laporan ilmiah korang semua dah submit ke belum?" Hansol bangkit dari duduknya dan menyambar beg galas.
"Dah." kami semua menjawab serentak sebelum tawa meletus memeriahkan dewan kuliah.
Aku memaut erat bahu Jung Yong In.
"Nak ke Itaewon tak?" aku memberikan cadangan. Tengah mood baik ni, seronok juga dapat shopping dan makan-makan.
"Maaf, Hee Ran. Aku dah janji dengan Han Gyul. Lepas habis kelas, aku kena temankan dia ke perpustakaan." bibir Yong In memuncung.
"Aigu, aigu." aku mencubit pipi berisi Yong In.
"Tak mengapalah, aku faham. Kalau macam tu, kita jumpa esok eh. Jaga diri." aku menyambar beg silang selepas mempamitkan diri. Langkah kuatur tidak sabar untuk ke bandar Itaewon.
*******
Berkedip-kedip mataku bagaikan tidak percaya melihatkan susuk tubuh Park Jimin sebaik aku turun dari bas.