"Masuklah." aku dipelawa masuk ke dalam rumah tersebut namun aku menolaknya.
Iyalah, aku perempuan. Dia lelaki. Cukup tidak manis apabila seorang perempuan bertandang ke rumah lelaki, berdua-duaan tanpa sesiapa. Nanti ada yang ketiga, syaitan bertanduk dua.
"Baiklah... Kalau macam tu, apa tujuan awak ke mari?" lelaki di hadapanku itu bersandar pada daun pintu. Rambut peraknya dikuak ke belakang.
"Kalau saya berterus-terang, awak jangan marah eh?" aku tersengih lalu menarik nafas dalam. Kena bersiap-sedia terlebih awal, manalah tahu kena maki nanti.
"Teruskan..."
"Sebenarnya saya tinggal di unit bawah. Jadi.. Setiap hari saya terdengar bunyi perabot diheret ke sana ke mari, haa bunyi beg dizip pun ada. Kuat sangat sampai.."
"Ahahaha.." lelaki itu tergelak kecil lalu menguntum senyum. Rekahan pada bibirnya mula menerbitkan darah.
"Nama apa ya?"
"Saya? Song Hee Ran." aku tersengih lagi untuk menyembunyikan rasa gementar.
"Song Hee Ran. Cantik namanya." lelaki tersebut menguntum senyum.
Aihh, aku yang menengoknya bukan tergoda. Tetapi seram melihat bibirnya. Makin teruk merekah dan berdarah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Beginilah, Hee Ran. Sebenarnya itu memang perangai saya. Saya akan ubah posisi perabot bila rasa ada yang tak kena dan pasal beg itu.. Saya selalu keluar negara, jadi.."
"Ah, begitu." aku mengangguk-angguk faham. Tentang mengalih perabot, aku yakin lelaki itu mempunyai sikap perfectionist, mementingkan kesempurnaan yang melampau-lampau atau mungkin juga menghidap OCD.
"Maaf tau sebab terlalu berterus-terang dan menganggu awak. Yelah, kita ni hidup berjiran. Kalau tak ambil tahu, tak boleh pula kan? Nanti dicop kera sumbang." aku menyelit rambutku yang terjurai di dahi ke tepi telinga.
"Eh, tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya dapat kenal awak." tangan kanan dihulurkan kepadaku.
"Saya, Min Yoongi. Selamat berkenalan."
"Ah.. Ya, selamat berkenalan." aku tidak menyambut huluran tersebut malahan aku menunduk tanda hormat lalu beredar dari situ.
Seram.
••••••
"Ada tak sesiapa yang belum isi lagi borang ni?" Hong Joong melaung sambil menayang kertas putih berukuran A4.
Aku tidak ambil peduli kerana awal-awal lagi aku sudah mengisi borang tersebut.
"Bagi mereka yang dah isi, ingat.. Hari Sabtu nanti berkumpul di hadapan foyer pusat pengajian kita ya. Pukul 8:30 pagi kita akan bertolak ke Tasik Paldang. Siapa lambat, kena tinggal." Hong Joong memberi peringatan.
Aku mengerling Yong In.
"Ya, aku tahu dan aku takkan lupa." Yong In menjawab kerana dapat membaca raut wajahku ketika ini.
Aku tersengih senang hati.
"Aku dengar-dengar kan, masa kajian lapangan tu nanti, kau akan berada dalam satu kumpulan dengan Myungsoo." Yong In menghulurkan sekeping coklat bar kepadaku.
"Serius? Mana kau tahu?" aku hampir-hampir ternganga mendengar berita baik yang belum sahih kebenarannya.
"Nancy yang bagitahu aku. Katanya dia terdengar perbualan di antara Hong Joong dan Mingi."
"Serius? Ahh.. Indahnya." aku mendakap erat coklat bar pemberian Yong In.
"Tapi kan, Nayeon pun ada sekali dalam kumpulan tu nanti." sengihan Yong In melebar.
"Nayeon?" aku terjerit kecil hingga beberapa mata memandangku pelik. Nasib baik Nayeon tak dengar aku menyeru namanya, kalau tak..mahu aku dihadiahkan cebikan berlagak dari gadis tersebut.
Tawa Jung Yong In meletus.
"Berani kau permainkan aku ya? Nah ambil ni! Ambil ni!" aku memukul lengan Yong In beberapa kali.
Aih, sakitnya hati. Dalam berita gembira, terselit juga berita yang mengecewakan.
Musnah harapanku nak mengorat Kim Myungsoo, pasti Nayeon menempel dengan jejaka itu bak langau menghurung tahi.
Haa, ambil. Itulah perumpamaan yang paling sesuai.
"Makan lagi bagus." aku bangkit dari duduk. Memandangkan kelas Prof. Sun telah lama berakhir, ada baiknya aku merawat hati yang cedera parah ini dengan makan sesuatu.
••••••
Apabila matahari mula terbenam di ufuk barat, Jimin melangkah keluar dari rumah kecil yang dihuninya semenjak sepuluh tahun yang lalu. Kaki di tala ke gigi air.
Lelaki itu berdiri memandang air tasik yang berubah warna menjadi jingga dek sinaran mentari senja.
Hidupnya kosong manakala hati pula sunyi dan mati.
Sampai bila dia harus begini?
Keluhan berat dilepaskan sebelum lelaki itu tertarik pada sekumpulan kunang-kunang terbang di pohon kamelia.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Waktu senja begini, binatang atau serangga yang mencintai waktu malam akan memunculkan diri.
Jimin membuka langkah, menghampiri pohon kamelia yang sedang berbunga lebat. Sekuntum bunga berwarna merah itu dicapai dan dipetiknya.
Alangkah bagus jika ada seorang gadis di hadapannya kini, pasti bunga itu akan diselit ke telinga gadis tersebut.
"Song Hee Ran." bunga kamelia digenggam kemas.
+++++++++ Agak-agak anda team mana ya? Jimin atau Yoongi?