"Masa hari Hee Ran hilang, ayah ada belikan akar bunga loceng. Nanti ayah suruh ibu kamu masakkan. Kamu suka akar bunga loceng berperisa kan?" ayah meletakkan beg galas yang mengandungi pakaianku ke lantai.
"Tak mengapalah, ayah. Ibu pun nampak penat tu. Apa kata kita pesan ayam goreng pedas dan kentang bercili?" aku menelan air liur dengan cadangan sendiri. Bayangkanlah dua hari terpaksa bermalam di hospital, aku mengalami satu fasa yang sukar iaitu teringinkan makanan segera. Makanan hospital bukannya tidak sedap. Tetapi itulah, bila dah namanya teringin atau bahasa mudahnya 'mengidam'... Selagi tak dapat merasa, boleh buat fikiran kacau atau bad mood sepanjang hari.
"Kita pesan jelah makanan dari luar, bang. Sekali-sekala apa salahnya." ibu menghenyak punggungnya ke sofa. Kepenatan terserlah pada wajah ibu.
"Biar Minho yang pesan." tanpa disuruh sesiapa, Minho dengan rela hati mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar.
Kecil besar kecil besar je aku tengok dia. Dendamku terhadapnya tentang tragedi kerusi roda terbabas belum berkesudahan.
"Akak sukakan ayam pedas manis kan?" kuntuman senyum Minho melebar. Aih, ini yang aku lemah. Adikku teramat arif akan apa yang aku suka atau tidak suka.
"Ya, jangan lupa kentang bercili." aku mengambil beg galas yang tersadai di atas lantai dan mula mengorak langkah ke arah bilik.
"Bila pesanan dah sampai, kami beritahu ya." ayah bersuara.
"Eung." aku menyahut perlahan lalu menapak masuk ke dalam bilik sebelum menerima kejutan yang membuatkan mataku terbeliak luas.
Park Jimin. Lelaki yang bagaikan setia menungguku di atas katil, berbekalkan wajah cemberut.
"B...bagaimana..." aku mahu menjerit namun cepat-cepat aku mengawal diri dengan menekup mulutku. Kalau aku menjerit, habislah. Pasti ayah, ibu dan Minho fikir aku dilanda masalah lalu bergegas ke sini.
"Ke...kenapa awak ada di sini? Bagaimana..." aku merendahkan intonasi percakapanku.
"Sayang." Jimin bangkit berdiri. Kedua-dua belah tangannya didepa luas.
Sayang? Kejap! Dia panggil aku 'sayang'?
"Rindu." sepatah perkataan lagi disambung. Langkah demi langkah, lelaki itu mula menghampiriku.
Aku menjadi kaget. Belum sempat menjauhkan diri, tubuhku dirangkulnya erat. Dasar hantu jembalang miang!
"Saya minta maaf sebab buat awak jadi macam ni." Jimin berbicara perlahan, terasa seperti kekesalan menghantui dirinya.
"Jadi macam mana?" aku membalas, pada masa yang sama masih berusaha meloloskan diri dari pelukan lelaki itu.
"Sekarang awak ialah isteri saya. Isteri yang sudah tiga hari saya kahwini kerana terpaksa." Jimin menyembamkan wajahnya ke bahuku.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -