29; Malam Bulan Berdarah

63 10 1
                                    

"Pergilah ke sekolah, biar ibu jaga ayah dan Jimin." Junri menghulurkan sebekas roti kukus berintikan kacang merah kepada anaknya.

"Minho dah maklumkan kepada guru kelas. Dia faham. Ibu jangan risau tau, Minho minta Choi San dapatkan nota-nota subjek yang Minho dah terlepas." terang Song Minho kepada ibunya. Dia tidak sanggup melihat wanita itu tidak cukup rehat kerana terpaksa menjaga dua orang pesakit serentak.

Junri melepaskan satu keluhan.

"Kakak kamu bagaimana? Masih belum ada khabar berita?"

"Tak ada, bu." roti kukus disambar dan Minho menggigitnya lemah. Walaupun perut berkeroncong hebat, tetapi selera hampir mati. Dipaksa juga dirinya menelan roti tersebut untuk mengelakkan gastrik dan migraine datang menyerang.

"Ibu yakin, kakak kamu berada dalam keadaan selamat di suatu tempat. Ibu yakin sangat." bahu Minho dirangkul erat. Akhirnya tangisan Junri pecah jua selepas beberapa hari dia menahan kesedihan.

"Ya, ibu. Kakak selamat. Suatu hari nanti dia akan pulang ke pangkuan kita." tubuh ibunya didakap erat. Minho turut menangisi diri.

******

"Bunyi apa tu?" ralit melihat kawanan kupu-kupu hinggap di atas batuan di pinggir air terjun, aku tersentak dengan bunyi sesuatu.

"Ah, itu? Bunyi gendang, tanda meraikan malam bulan berdarah yang akan menjelma nanti." Min Yoongi menjawab. Dirinya seperti juga aku, begitu asyik melihat kupu-kupu.

"Jadi apa yang berlaku malam nanti?" aku menyoal kerana ingin tahu.

"Kebiasaannya bangsa Nephilim akan melakukan ritual malam bulan berdarah dengan mengorbankan sesuatu, sama ada haiwan atau bangsa lain yang berani menceroboh Tanah Zagreb. Tetapi malam ini berbeza..." Yoongi menarik nafasnya dalam. Sebiji batu dicampak ke dalam air.

"Rhosyn dan Theodore akan disatukan dan kita berdua bakal menjadi korban kekejaman Psalm." sambung Yoongi. Kali ini batu kecil dicampak ke arahku.

Eh, dia ajak aku bergurau nampaknya.

"Ambil ni!" aku menampar permukaan air kuat hingga terpercik ke muka Yoongi. Daripada memikirkan maut bakal menjemputku malam nanti, baik aku bergembira terlebih dahulu.

"Perempuan nakal!" Yoongi mendengus. Permukaan air disepaknya kuat dan kini... Aku basah lencun.

"Nephilim tak guㅡ Ahhhhh!" aku cuba bangun untuk membalas dendam kepada jejaka itu namun aku silap langkah. Aku hampir tergelincir dek batuan yang licin tetapi aku bernasib baik. Min Yoongi pantas bertindak dengan menyambar tubuhku. Sekarang aku berada di dalam dakapannya dan kami saling bertentang mata.

"Hati-hatilah." pesan Yoongi seraya dengan itu wajahnya semakin menghampiri wajahku.

D...dia nak buat apa?

"A...awak jangan..." aku menjadi gugup lantas memejam mata rapat.

"Kau pejam mata buat apa?" dahiku ditonyoh kuat. Tubuhku juga ditolaknya jauh sebelum jejaka itu memerhati keadaan sekeliling.

Telingaku dapat menangkap derap kaki seseorang.

"Zimzalabim zim zimzalabim zim zimzalabim zim zim."

Muncul Iyan sambil menari ceria. Di tangannya pula sesuatu yang cukup aku kenali.

"Telefon saya!" aku bergegas mendapatkan jejaka berbadan gempal itu dan merampas segera telefon pintar milikku.

"Bagaimana telefon saya boleh berada den..."

"Rhosyn yang bagi pada aku." jawab Iyan  lurus.

"Rhosyn yang bagi?" aku berfikir sejenak.  Ah,  semalam kami meluangkan masa di tepi air terjun ini selepas berjaya melarikan diri dari istina. Tak sangka pula aku, Rhosyn sejenis makhluk panjang tangan.

[C] Falling PetalsWhere stories live. Discover now