22; Pemulangan Hayat Kedua

69 13 4
                                    

Nota: Komenlah sikit sorang, exercise jari tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nota: Komenlah sikit sorang, exercise jari tu. 😅

**********

Min Yoongi berbaring selesa dengan beralaskan rumput dan dipayungi langit senja. Sesekali beberapa ekor kunang-kunang terbang melintas bersama cahaya kekuningan berjaya menarik perhatian jejaka itu.

Min Yoongi bukanlah perengus seperti sekarang. Mahu menyimpan dendam atau berbuat jahat kepada orang lain, tidak sama sekali. Namun kerana sudah disemat sentimen kebencian terhadap bangsa lain setelah kehilangan ahli keluarganya, sikap Yoongi berubah secara drastik demi kelangsungan hidupnya. Satu sahaja sebab Yoongi masih bertahan, mahu melihat Psalm jatuh tersungkur menyembah bumi.

"Di sini kau rupanya." dalam melayani perasaan, muncul seorang lelaki bertubuh gempal membawa sesuatu. Min Yoongi tidak perlu meneka siapa orangnya, mendengarkan suara sahaja dia sudah dapat meneka.

"Tak sangka, akhirnya aku dapat bersua muka dengan kau selepas lima puluh tahun." Iyan bersila di atas rumput. Beberapa biji buah pic diletakkan ke atas perut Yoongi.

"Makanlah." pelawa Iyan lalu mengamati wajah sahabat lamanya itu.

"Mesti Rhosyn yang bagitahu kau tentang kepulangan aku kan?" Yoongi menebak. Sebiji buah pic digosok pada lengan baju lalu digigitnya.

"Kantoi." Iyan ketawa disulami bunyi semput.

"Kau masih menjadi orang suruhan Psalm?" Yoongi menyoal. Langit senja sebentar tadi kini berubah hitam dipandang kosong.

"Sampai nyawa aku ni bercerai dari badan, aku terpaksa jadi orang suruhannya. Tapi tak mengapa walaupun terseksa, sekurang-kurangnya aku jadi bahu untuk Rhosyn menangis." Iyan tersenyum bangga. Kepolosannya berjaya merentap tangkai hati Yoongi.

"Aku tahu Rhosyn sukakan kau. Tapi yeah... Pengakhirannya nanti, kita berdua juga akan melepas. Rhosyn akan berkahwin dengan Theodore, putera kesayangan mendiang Raja Mateo." tambah Iyan sebelum melepaskan satu keluhan.

"Aku hanya anggap Rhosyn seperti adik aku, tidak lebih dari itu." Min Yoongi bangkit daripada pembaringannya. Daun-daun kering yang berada di sekitar segera dikumpul lalu dinyalakan dedaunan itu menggunakan kuasanya. Dengan adanya kepulan asap, nyamuk tidak akan berani mendekati mereka berdua. Terutamanya Iyan, terlalu berpotensi menyumbangkan banyak darah kepada nyamuk-nyamuk yang kelaparan.

"Yoongi."

"Apa dia?"

"Bila kau pulang ke Korea nanti, belikan aku album Red Velvet." sengihan Iyan melebar. Bahu kiri Yoongi juga ditumbuk lembut tanda malu.

"Mengada-ngada. Ada kuasa, tak nak guna." jejaka berkulit putih pucat itu mencebik.

"Bukan tak nak guna, tapi aku segan dengan keadaan aku. Aku dahlah gemuk, buruk pula tu." tutur Iyan perlahan. Tangan kanannya menyentuh wajah sendiri. Kulitnya yang menggerutu akibat terkena sumpahan Rahab membuatkan jejaka itu hilang keyakinan diri.

[C] Falling PetalsWhere stories live. Discover now