Nota: Tak nak vote, tak nak komen... Terpulang. Baca jelah. Dah tak kisah. 😛
*********
Park Jimin menuruni katil dengan berhati-hati lalu diselaknya langsir putih dan membuka tingkap luas, membiarkan udara dan sinaran matahari menerjah masuk ke dalam bilik.
Senyum kecil terukir pada bibir jejaka itu apabila melihatkan Song Hee Ran yang masih nyenyak tidur.
Bangun pagi, dapat melihat wajah seseorang yang disayangi... Itulah definisi kebahagiaan sebenar pasangan suami-isteri bagi Park Jimin.
Sudah lama dirinya hidup bersendirian. Sakit, kecewa, menangis, sunyi... Semuanya sendiri tanpa ada yang peduli. Tetapi kini tidak lagi, impian yang didambakan oleh Jimin lapan belas tahun lepas sejak bertemu Song Hee Ran buat pertama kalinya di danau kecil sudah dimakbulkan Tuhan.
Tuhan tidak pernah kejam dengan makhluknya. Walaupun terlalu lama menunggu, berharap dan berdoa... Pasti akan ada hasilnya di kemudian hari.
"Pagi-pagi dah termenung." satu teguran mematikan lamunan Park Jimin. Serta-merta dirinya tersengih malu sebelum mendapatkan gadis yang sepertinya masih mamai, terpisat-pisat di atas katil.
"Selamat pagi." Jimin bersila di atas lantai. Tangannya menopang dagu dan wajah Song Hee Ran diamati dari alis mata, hidung dan akhirnya singgah ke bibir.
Park Jimin tertawa kecil. Saat romantis ingin diciptakannya pada pagi yang indah ini musnah begitu sahaja.
"Kenapa gelak? Buruk sangat ke rupa saya bila bangun dari tidur?" Hee Ran memukul manja bahu Jimin.
"Tu, air liur basi."
"Air liur ba..." laju Hee Ran menyentuh pipi kiri dan kanannya. Terasa basah dan melekit.
"Keluar dari bilik ni sekarang!" Jimin ditendang geram lalu gadis itu menyorok di dalam selimut.
********
"Bencinya!" aku separa menjerit. Aku tidak kisah kalau ibu, ayah atau Minho melihat aku dengan air liur basi bertepek di pipi... Tetapi kenapa harus Jimin? Kenapa hari ini?
Terasa imejku tercalar teruk dan aku tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan Park Jimin.
"Saya faham, awak terlalu penat kerana semalam ki..."
"Ahh, diam!" aku memintas percakapan Jimin. Aku tak rela dengar ayat yang selanjutnya kerana aku masih tidak percaya dengan apa yang berlaku semalam dan aku cuba untuk melupakannya.
"Okey, saya diam." Jimin akur dengan kehendakku. Suasana bilikku kembali sunyi sepi. Aku diam di dalam selimut, Jimin diam di birai katil.
Tiba-tiba terasa asing pula.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -