Aku dan Min Yoongi berdiri di tengah-tengah lautan pohon bunga lili labah-labah merah.
Aku tahu tentang bunga ini memandangkan aku peminat setia animasi Jepun iaitu Tokyo Ghoul, Higanbana, Inuyasha dan Jigoku Shoujo. Lili labah-labah merah atau lycoris radiata membawa maksud atau simbolik kepada selamat tinggal, kematian, perpisahan, kehilangan memori dan pengabaian.
Baru sekarang aku faham kenapa Psalm menamakan tempat ini sebagai penjara 'tangisan kesunyian'.
"Tempat ini tiada penghujungnya walau jauh mana kita cuba melarikan diri." sambil menahan kesakitan, Min Yoongi merebahkan tubuhnya ke tanah.
"Mereka akan biarkan kita mati di sini ke?" aku duduk di sebelah Nephilim yang tercedera itu dan mengamati keadaan sekeliling. Selain bunga lili labah-labah merah, terdapat juga pohon berduri tumbuh subur menjalar di sana-sini.
"Tak, mereka hanya akan dera emosi kita sahaja. Mereka takkan biarkan kita berlapar bahkan kita akan dihidang segala jenis makanan dan minuman sampailah tiba masanya... Masa untuk kita menjadi korban kepada Psalm durjana itu." terang Yoongi kepadaku. Aku perasan, terdapat lelehan darah di hujung bibirnya.
"A...awak okey?" aku menyeluk kocek seluar kerana aku tahu aku sentiasa membawa sepeket tisu ke mana sahaja aku pergi.
"Ada pun." aku tersengih lalu merapati Yoongi. Lelehan darah itu segera kusapu sebelum ianya menjadi kering.
Tanganku ditepis Yoongi sebelum dicerlung tajam. Nampaknya dia tak suka bila aku berbuat demikian.
"Saya memang bencikan awak, tetapi hati saya masih ada rasa belas kasihan bila melihat orang ditimpa kesusahan." tanpa menghiraukan cerlungan tajam itu, aku tetap mengesat darah tersebut sehingga ia betul-betul hilang.
"Kau dah tak takut dengan aku?" Yoongi menyoal. Jari-jemarinya pantas memetik sekuntum bunga lili labah-labah merah.
"Tak, sebab saya tahu kenapa awak jadi macam ni." aku menjawab tenang.
"Apa sebabnya?"
"Bunga di tangan awak, ianya bermaksud pengabaian, kehilangan, perpisahan... Sama seperti awak. Semua itu membuatkan diri awak berubah menjadi raksasa. Ditambah pula dengan kewujudan Psalm yang selalu menekan kehidupan awak... Awak terpaksa. Hakikat sebenarnya awak terlalu sunyi, Min Yoongi." aku memandang seraut wajah gusar jejaka itu.
"Kau berbicara seperti kau dah kenal aku begitu lama, tetapi kau salah... Aku tidak pernah sunyi." rengus Yoongi lalu mengeluarkan sesuatu dari poket baju denim yang dipakainya.
Sekotak rokok dan sebatang pemetik api.
Jika Haures yang aku kenali tidak merokok, Nephilim pula seperti gemarkan aktiviti yang boleh menjahanamkan diri-sendiri. Sikap mereka terlalu berbeza.
"Sebatang rokok mengandungi arsenic, ammonia, methanol, napthalene dan banyak lagi racun di dalamnya. Setiap sedutan membawa keburukan." nasihat yang selalu kulontarkan kepada ayah, kini aku menitipnya kepada Yoongi.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanficKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -