"Kenapa tengok ayah macam tu?" ayah menghembus asap rokok ke kiri. Asapnya yang berkepul-kepul membuatkan aku rimas dan terbatuk-batuk kecil.
"Ayah tak teringin ke nak tengok cucu ayah, anak Hee Ran nanti?" selorohku namun mengandungi mesej tersirat dan tersurat.
"Hukk! Uhuk! Koff! Koff" ayah tiba-tiba terbatuk. Tanpa berfikir panjang, rokok yang masih berbaki separuh dihenyak ke dalam bekas abu.
"Kalau boleh, tahun ni juga ayah nak timang cucu." ayah tersenyum.
"Kalau macam tu, berhenti hisap rokok kalau nak merasa hidup lama." aku menuangkan kopi ke dalam cawan lantas menyerahkannya kepada ayah.
"Ayah cuba." janji ayah sebelum menyisip kopi panas tersebut dengan berhati-hati.
"Hee Ran dah ada teman lelaki?" ayah merenung tepat ke dalam anak mataku. Segera aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Habis tu, macam mana nak bagi cucu pada ayah?" lelaki tua itu menjungkitkan kening kanannya.
"Er, ayah dan ibu macam mana boleh kenal?" aku mula mengubah topik. Ayah tergelak.
"Ayah dan ibu terlanjur lepas tak sampai satu jam berkenalan di kelab malam." Minho muncul tiba-tiba dan mengambil tempat duduk di sebelahku. Makin galak ayah ketawa kerana kisah lamanya diungkit kembali.
"Mana kau tahu?" aku menampar bahu Minho.
"Ibu yang cerita." Minho mencapai biskut gula. Dicicahnya biskut tersebut ke dalam air kopi kepunyaanku tanpa izin terlebih dahulu.
"Kalau benda tu tak berlaku, kamu takkan wujud." ayah mengalihkan pandangannya kepadaku.
"Cehh." aku mencemik. Di dalam hati aku bersyukur kerana adanya ibu dan ayah, aku wujud di muka bumi ini.
"Ayah nak tahu, Kak Hee Ran dah ada teman lelaki. Tengoklah.." dengan selamba Minho menyelak sedikit seluar tidur yang aku pakai.
"Apa ni?" aku menolak Minho hingga dia terjatuh dari kerusi yang didudukinya.
"Kenapa paha tu?" soalan ayah mengandaikan bahawa dirinya sempat melihat kesan lebam tersebut.
"Entah." aku menjawab malas.
"Rasanya itu gigitan pontianak." bicara ayah kedengaran serius.
"Pontianak?" serentak aku dan Minho menyoal tidak percaya.
"Ayah gurau je." kali ini ayah ketawa hingga terbatuk-batuk.
"Eee, tak kuasa nak layan ayah. Kau pun sama." sebelum beredar kepala Minho kusekeh kuat.
"Akak, hati-hati tidur nanti. Takut pontianak bagi love bite lagi." laung Minho. Aku yang ingin menuju ke bilik tidur terkaku sebentar.
"Tak kisah!" aku membalas.
••••••
"Ihh." aku menekan ikon berwarna merah. Sudah tiga kali aku cuba menghubungi Jung Yong In, namun gagal.
"Mesti tidur mati minah ni." aku mengenggam telefonku kemas. Sejujurnya aku bosan di saat ini. Nak update fanfiction di wattpad, aku malas mengarang. Aku menutup mata, cuba mencipta imaginasi manis bersama Kim Myungsoo. Senyumanku yang tidak lekang di bibir semakin mengendur apabila merasakan kelopak mataku sukar untuk dikuak. Saat sukar untuk membuka mata itulah tubuhku dihempap oleh sesuatu. Terlalu berat. Aku merintih kesakitan kerana sukar untuk bernafas.
"Le.pas.kan." dengan kudrat yang ada, aku menolaknya dari terus menindih tubuhku.
"Arghh!" semakin kuat tubuhku ditindih. Kali ini leherku dicengkam oleh kuku yang tajam. Walaupun aku tidak dapat melihat apakah benda itu, namun aku dapat merasainya.
"Le.pas.kan!!" aku menjerit.
What You Doing today? oh oh
What You Doing tomorrow? I miss youSerta-merta aku segera terjaga. Telefon pintar dalam genggamanku yang berbunyi dan bergetar dalam pada masa yang sama telah menjadi penyelamat.
"Hello." aku menjawab tanpa melihat siapa pemanggilnya.
"Ji.Min suka..." suara lelaki kedengaran bersama helaan nafas kencang.
Tuut. Tuut. Tuut. Panggilan terputus.
"Benci betul dengan orang yang suka main-main ni." aku memeriksa log panggilan.
Panggilan diterima;
12:34am
666"666?"
Nombor yang cukup aneh. Seingat aku, nombor itu sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik. Tidak semena bulu romaku tegak berdiri.
••••••
What You Doing today? oh oh
What You Doing tomorrow? I miss you
I want you, oh oh oh
I want to see you
Cuz I'm lonely lonely yeahTelefon pintarku berbunyi lagi. Aku terus terbangkit dari tidur. Aku memandang keadaan sekeliling bilik dengan penuh hairan. Telefon yang menjerit minta dijawab segera kucapai.
"Helㅡ"
"Kenapa kau call aku semalam?" soal Yong In tanpa memberi peluang aku menyapa terlebih dahulu.
"Semalam?" pandanganku beralih ke arah tingkap. Hari sudah pun siang.
"Babe, aku call kau balik. Perut aku sakit." cepat-cepat aku memutuskan talian. Skrin telefon pintar kutekan dengan tidak sabar. Log panggilan diperiksa.
"Haih." aku menghembus nafas lega. Aku tidak menerima apa-apa panggilan selepas pukul 12 semalam. Nampaknya aku mengalami mimpi di dalam mimpi, tetapi ia cukup menyeramkan. Ini semua salah ayah dan Minho. Gara-gara mereka menyebut perihal pontianak semalam, aku pula yang menjadi mangsa.
"Hee Ran, dah bangun belum?" ketukan pintu dan laungan ibu memecah keheningan pagi.
"Dah!" aku menyahut lantas mencapai tuala. Masa untuk mandi.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -