"Pasti ke mahu tinggal di sini?" Park Jimin asyik mengekoriku ke mana sahaja aku pergi.
"Ya." kini aku menumpukan sepenuh perhatian pada poster Born To Slay edisi terhad yang tertampal di dinding. Dengan berhati-hati, poster itu kutanggalkan agar ia tidak terkoyak. Kalau jual di instagram, pasti akan ada AMRY tegar yang membeli. Aku nak jual murah-murah je.
Ruang kosong kini kugantikan dengan gambar perkahwinan aku dan Park Jimin yang diambil beberapa minggu lepas. Tiada majlis, kami hanya mengenakan busana pengantin dan merakam momen indah kami di studio gambar sahaja. Ayah dan ibu cakap, lepas aku bersalin... Mereka akan mengadakan majlis perkahwinan kami secara kecil-kecilan dan bakal dihadiri saudara-mara dan teman rapat.
"Di sini tiada pusat membeli-belah, kafe untuk melepak atau kedai serbaneka. Tak sama macam di bandar." Jimin cuba menganggu gugat keputusanku.
"Tak apa, awak kan ada. Dengan kuasa tu, ke bulan pun boleh sampai dalam sekelip mata." aku menyentuh tocang rambut jejaka itu. Comel betul.
"Tapi tetap tak sa..."
"Di sini lebih tenang, dikelilingi alam semulajadi. Rumah ini pula, tak sama seperti dulu kan. Lagi cantik, nampak estetik. Sedap mata memandang." aku memerhati keadaan sekeliling. Patutlah dulu Park Jimin suka menghilangkan diri, rupanya dia melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah ini tanpa pengetahuanku. Katanya mahu buat kejutan bila aku mahu hidup bersamanya. Sumpah aku rasa terharu.
"Jangan sesekali merungut dengan keputusan awak." Jimin memberikan amaran. Bagasi beroda berwarna merah jambu milikku diangkatnya dengan cermat.
"Kalau saya merungut, awak boleh berbuat apa saja." aku mula membantu Jimin mengeluarkan pakaian untuk disusun ke dalam almari.
"Betul ni?" air muka Jimin berubah. Terjungkit senyum sinis di hujung bibirnya.
"Apa tengok orang macam tu?" aku menolak wajah suamiku itu. Tawa Jimin meletus lantas tubuhku dipeluknya erat.
Satu ciuman dihadiahkan ke dahiku. Satu ciuman lagi singgah di pipi kiri dan kananku. Satu ciuman lagi hinggap sekilas di bibir dan destinasi terakhir, perutku.
Park Jimin tersengih lebar. Alahai, comel teruk sampai aku tidak mampu melarangnya berbuat apa sahaja terhadap diriku. Kalau dia membebel satu jam pun, aku boleh dengar dengan hati yang berbunga-bunga.
Ah, inikah yang dikatakan mabuk cinta? Dunia penuh warna-warni pelangi, terasa sentiasa berada di awang-awangan.
"Arsh." nama yang begitu asing bagiku, namun aku tetap menyebutnya. Itulah nama asal Park Jimin. Katanya, setiap bangsa Fallen Angel yang masih hidup di muka bumi ini akan menukar identiti dan nama mengikut tempat mereka menetap. Bak kata pepatah masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, mengaum.
"Apa dia?"
"Volim te." aku menunjukkan tanda hati kepada Park Jimin. (Saya cintakan awak)
"I ja tebe volim." balasnya dan kembali merangkulku. Dalam kehangatan tubuhnya, aku memejam mata erat. (Saya cintakan awak juga)
Terima kasih Tuhan kerana mempertemukan dan menyatukan kami berdua.
Terima kasih untuk segala-galanya.
******
"Argh!" Yoongi merebahkan tubuhnya ke atas rumput berdekatan deretan pohon-pohon kamelia merah dan putih yang sedang berbunga lebat.
"Wahai Raja Zaugustus August, kenapa tersenyum sendirian?" Iyan turut berbaring di sebelah Yoongi.
"Berambuslah!" tubuh Iyan ditolak lalu jejaka itu ketawa besar.
"Sampai hati Tuanku." Iyan mencebik. Sesekali tangannya cuba menangkap kelopak bunga kamelia gugur diterbangkan angin.
"Keadaan istana bagaimana?" Yoongi menyoal ingin tahu setelah setengah hari dia meninggalkan kediaman tersebut untuk menyendiri.
"Semuanya okey dan terkawal cuma..."
"Cuma apa?"
"Barang-barang peribadi milik Rhosyn. Mahu buang atau..."
"Kekalkan di biliknya, jangan diusik." Yoongi menguntum senyum buat seketika sebelum beberapa kelopak bunga kamelia jatuh ke mukanya.
"Hujan bunga." tutur jejaka itu perlahan. Dibiarkan sahaja tubuhnya menjadi persinggahan kelopak bunga kamelia daripada terus jatuh ke tanah.
:: TAMAT ::
Begitulah ceritanya. Setiap permulaan, ada pengakhiran. Terima kasih buat anda yang sudi membaca, vote dan komen karya saya ini. Tepuk tangan! 👏👏👏
Segala apa yang kurang, harap dimaafkan.
Undur diri,
Bye. 🥺
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanficKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -