"Bas."
"Teksi!"
"Naik baslah jimat wang." aku mendengus geram akan kedegilan Min Yoongi.
"Teksilah, lagi selesa tak perlu nak bersesak dengan orang ramai." langkah jejaka itu mati. Aku dijelingnya tajam. Wow! Cukup menakutkan.
"Okeylah, senang cerita... Kita ke hospital asing-asing. Saya naik bas, awak naik teksi." aku membuat keputusan yang seadil-adilnya untuk mengelakkan pergaduhan ini berlanjutan.
"Hah? Pergi asing-asing ya? Saya tak percayakan awak. Entah-entah melencong ke tempat lain." Yoongi tergelak sinis lalu dahiku ditonyohnya selamba.
Kurang adab betul.
"Saya akan ikut awak ke hospital, dengan syarat... Naik bas, bukan teksi. Muktamad. Titik. Noktah." aku membuka langkah dengan tergesa-gesa menuju pondok perhentian bas. Lantaklah. Kalau kau nak ikut, aku tunaikan janji kau. Kalau kau tak nak ikut, baik aku melepak di kafe minum teh boba sebelum pulang ke rumah.
"Woi, tunggulah!"
*******
Aku menahan gelak melihatkan Yoongi begitu jakun dan nampak seperti tidak selesa berasak-asak di dalam bas. Bukan orang Seoul sejatilah kalau tak pernah naik bas.
Ah, aku baru teringatkan beberapa babak di dalam drama yang sering aku tonton. Babak di mana hero yang datangnya dari keluarga chaebol atau bahasa mudahnya kaya-raya dan berpengaruh, tidak pernah menaiki kenderaan awam. Tetapi demi mendapatkan hati heroin yang kebiasaannya datang dari golongan marhaen seperti aku ni, watak hero rela naik bas sama-sama dengan heroin.
Auww, sweet gitu.
Tetapi dalam kes aku ni, tak sweet langsung. Nak marah tu ada. Kenapa? Sebab dari tadi hujung baju aku digenggam kemas oleh Yoongi.
"Manusia, manusia... Selagi ada kesempatan, selagi itulah tak nak lepaskan peluang." Yoongi mencebik sebelum berkalih ke arah lain.
Sindiran itu ditujukan kepada sepasang kekasih yang sedang bercumbuan di tempat duduk paling belakang. Aku yang tengok ni juga rasa berbulu mata.
Bilalah nak sampai ke hospital ni?
******
"Aku datang." Min Yoongi mencapai tangan kanan kembarnya lalu digenggam erat. Aku pula sekadar berdiri di sebelah jejaka itu, tidak tahu untuk berbuat apa.
"Dia akan sedar jika mantera yang dikunci oleh Haures berjaya dirungkaikan." kali ini Yoongi merenungku sepertinya memohon simpati.
Kejap? Mantera? Haures? Serius aku tak faham. Min Yoongi ni pawang ke apa?
"Hee Ran. Tolong ya?" tangan kiriku pula diraih Yoongi.
"Tolong apa?" aku menjadi sangsi apabila tanganku diletakkan ke dada Yoonjae.
"Apa yang saya akan sebutkan, tolong ikut ya?" pinta Yoongi berbekalkan sepasang mata yang berkaca. Aku menjadi serba-salah.
Terdesak sangatkah beliau?
"Dovela sam mladenku i mladoženje."
"Dovela sam mladenku i mladoženje." bagaikan orang bodoh, aku mengulang kembali setiap patah perkataan yang dituturkan Yoongi.
"Postaju korijen zle čarolije. ponovno ujediniti tijelo i dušu."
"Postaju korijen zle čarolije. ponovno ujediniti tijelo i dušu."
"dominiraju svijetom bez žurbe. probudi se nefilim! Digni se!"
"dominiraju svijetom bez žurbe. probudi se nefilim! Digni se!"
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Falling Petals
FanficKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -
![[C] Falling Petals](https://img.wattpad.com/cover/78546511-64-k857542.jpg)