Tuala yang melilit pada badan aku tanggalkan dan kugantung pada penyangkut. Tap. Suis pemanas air kubuka tidak sabar. Kini aku berdiri di hadapan cermin meneliti segenap inci wajahku. Aku tersenyum. Wajahku tiada cacat-celanya hatta sebiji jerawat pun tidak kelihatan.
"Hairan aku. Nak kata aku hodoh, tak. Tapi kenapa sampai sekarang tak ada orang nak kat aku." omelku di dalam hati. Aku kekal memandang imejku yang terpantul pada cermin. Mataku yang kecil kini membuntang. Aku cuba mengamati sesuatu.
"Tch!" aku merintih sakit apabila tersentuh kesan calar pada leherku. Datang dari mana pula calar ni? Aku tidur lasak sangat ke sampai terbaru sana-sini?
"Aih, alau kena sabun ni mesti pedih." tidak semena dahiku berkerut membayangkan betapa pedihnya calar pada kulit itu terkena sabun atau gel mandian yang mengandungi pH dan keasidan tinggi. Aku perlu berhati-hati. Kepala pemancur air kucapai. Saat butang pada sisi kepala pemancur air itu kutekan, kehangatan air yang menimpa diriku kini dirasai.
"Tch!" aku cuba menahan perit apabila pedih mula terasa di leherku. Ini baru kena air. Kalau terkena sabun, boleh menggelupur aku dibuatnya. Mandi tanpa bersabun pun okeylah. Janji mandi. Lagipun aku sudah lewat ke universiti. Kisah apa kan, sembur perfume banyak-banyak... Wangilah nanti.
••••••
"Song Hee Ran." namaku dilaung kuat. Serta-merta langkah kakiku terhenti. Segera aku berpaling ke belakang.
"Myungsoo?" hatiku melonjak girang melihatkan jejaka itu berlari ke arahku.
"Maaf sebab curi masa awak." Myungsoo menghulurkan sesuatu kepadaku.
"Ini bukan ke.." aku membelek-belek kertas tugasan kepunyaan aku dan Jung Yong In.
"Tadi saya ke bilik Prof. Sun sebab nak bincang sesuatu. Sebelum keluar, dia minta saya serahkan assignment ni kepada awak atau Yong In." tercungap-cungap Myungsoo menerangkannya kepadaku.
"Tapi kenapa?" aku mula rasa tidak sedap hati.
"Prof cakap ada beberapa bahagian perlu dibaiki. Esok dia nak assignment ni kembali." Myungsoo tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.
"Esok?" aku terpempan seketika. Sempat ke aku dan Yong In nak betulkan assignment ni semua?
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apalah. By the way, thanks." ucapku malu-malu. Jari-jemariku memintal hujung rambut.
"No problem. Saya pergi dulu ya, Juyeon sedang tunggu saya di library." pamit Myungsoo penuh sopan.
"Okey." aku sekadar mengangguk. Apabila kelibat Myungsoo semakin hilang dari pandangan mata, aku mengeluarkan telefon dari poket seluar. Skrinnya kutekan tidak sabar. Aku mahu menghubungi Jung Yong In kerana ingin menyampaikan perkhabaran buruk yang baru kuterima.
"Yong In!!"
"Ya? Yang kau terjerit ni kenapa?"
"Prof. Sun reject asignment Sejarah Asia Barat kita tu!"
"Apa?"
••••••
"Penatnya." keluhku usai memeriksa bahagian tugasan yang sudah dibetulkan.
"Prof. Sun pun satulah, boleh pula bagi tempoh satu hari je untuk kita baiki balik assignment ni. Banyak tau." Yong In membebel. Semangkuk mi segera dihulurkan kepadaku. Aku merenungnya sebelum menyambut pemberian tersebut.
"Sekarang kita dah boleh bernafas dengan lega, semuanya dah settle." aku duduk bersila di atas lantai. Mi segera aku makan dengan lahapnya.
"Nasiblah ini assignment berkumpulan. Kalau aku seorang yang buat, confirm tak boleh siap." ujar Yong In. Aku mengangguk mengiyakan sahaja kata-katanya itu.
"Ah, syoklah kau dapat bermain mata dengan Myungsoo tadi?" Yong In tersengih seketika sebelum menghirup kuah mi segera.
"Banyaklah kau main mata. Myungsoo tak ingin pun nak tengok aku ni." aku menguis-guis beberapa urat mi segera yang masih berbaki di dalam mangkuk.
"Myungsoo tu buta gamaknya. Kau punyalah cantik. Takkan sikit pun tak sangkut?" Yong In cuba menyedapkan hati aku.
"Lain orang, lain tastenya." aku bingkas berdiri.
"Kau dah call ibu kau, nak bermalam di sini?"
"Dah." jawabku sepatah. Aku membuka langkah menuju ke arah pintu.
"Tunggulah." cepat-cepat Yong In menghirup habis baki kuah mi segera dan mendapatkanku yang sudah melangkah keluar dari dorm sempit yang menjadi tempat tinggal gadis itu sepanjang semester ini.
"Sunyi." omelku. Langkah kuatur ke bilik air yang dikongsi bersama-sama dengan mahasiswi lain.
"Tengah malam macam ni, semua dah tidur." Yong In menyaingiku.
"Aku nak kencing." Yong In meletakkan mangkuknya ke atas sinki. Cepat-cepat sahabat kamcengku itu masuk ke dalam salah satu daripada lima tandas yang ada.
Sembunyilah wahai gadis
Sembunyilah hingga tidak nampak rambutmu itu
Sembunyilah wahai gadis.Mendengarkan sayup-sayup suara sayu mendendangkan lagu, aku berhenti mencuci mangkuk. Jantungku berdegup pantas. Aku terkaku di situ.
Bbum! Pintu bilik air terhempas kuat.
"Tak nak kencing ke?" pertanyaan Yong In membuatkan aku terperanjat besar.
"Yong In." lengan gadis itu kupaut erat.
"Apa?"
"Syhh! Cuba dengar." arahku separa berbisik.
Sembunyilah wahai gadis
Sembunyilah hingga tidak nampak rambutmu itu
Sembunyilah wahai gadis.Jung Yong In dan aku saling berpandangan.
"Cabut!!!" segera Yong In mengheretku keluar dari bilik air tersebut. Mangkuk yang dibawa bersama tadi kami tinggalkan begitu sahaja tanpa sempat dicuci.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -