05; Ayah Menipu

544 103 11
                                    

     "Sini sikit." aku merampas bekas berisi bertih jagung dari tangan Minho. Segenggam bertih jagung kusumbat gelojoh ke dalam mulut. Rasa manis, masin dan berlemak bertih jagung berperisa salted caramel itu membuatkan anginku menjadi baik serta-merta.

     "Aih, selalunya akak suka terperuk di dalam bilik." Minho memerliku. Remote TV dicapainya.

     "Sibuk." aku menjeling. Tanganku tidak henti menyumbat bertih jagung ke dalam mulut manakala mata melekat pada skrin TV plasma berukuran 40 inci yang dibeli ayah tahun lepas.

     "Bisinglah orang atas ni. Kejap tarik itu, kejap tarik ini." Minho melenting tiba-tiba.

     "Kau kenapa?" aku mencampak sebutir bertih jagung kepada Minho.

     "Cuba akak dengar." Minho menekan butang 'mute' pada remote TV.

     "Orang atas suka sangat heret perabot sana-sini. Bunyi zip beg bagailah." bebel Minho lagi.

     Sreet. Sreet. Zripp. Aku memasang telinga. Kini aku dapat mendengar bunyi seperti apa yang diperkatakan oleh Minho itu.

     "Alah, relakslah dik ooi. Mungkin anak-anak dia punya kerja." aku meletakkan bekas bertih jagung bersama telefon ke atas meja. Aku bingkas bangun.

     "Akak nak pergi mana?"

     "Dapur."

     "Ambilkan air untuk Minho sekali."

     "Yelah, pemalas." aku menjelir.

••••••

     "Aih, anak ayah ni..jauh termenung. Ingatkan buah hati ke?" ayah mengambil tempat duduk di sebelahku.

     "Kalaulah Hee Ran ada buah hati." aku memandang langit mendung. Mungkin hujan akan turun bila-bila masa sahaja.

     "Takkanlah anak ayah yang lawa ni tak ada buah hati? Di universiti tu, pasti ada lelaki yang sukakan kamu kan?" ayah masih tidak berpuas hati, menyoal lebih dalam untuk mengorek rahsia.

     "Tak ada. Haa, ayah..." dari bercakap tentang buah hati, ada baiknya aku bertanya sesuatu.

     "Apa dia?"

     "Siapa penyewa rumah atas eh? Suka sangat buat bising, tarik perabot dan beg sana-sini. Kalau ayah jumpa penyewanya, ayah tegurlah." aduku kepada ayah. Ayah adalah salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk-Penduduk Ethereal, menjaga kebajikan mereka yang menghuni Apartment Ethereal. Jadi lagi mudah jika ayah yang menegur jiran di tingkat atas.

     "Eh, kamu ni... Rumah atas tu dah lama tak berpenghuni. Pemiliknya dah tiga bulan terlantar di hospital, koma dan sampai sekarang belum sedarkan diri." ayah menarik sebatang rokok dari kotak kecil berwarna merah. Aku melopong. Aih, biar betul. Habis yang buat bising tu siapa?

     "Kenapa tengok ayah macam tu? Ayah tak bohonglah. Kalau tak percaya, pergilah ke rumahnya. Tengok ada orang ke tidak?" ayah mula menyedut rokok di tangannya. Asap dihembus ke sisi.

     "Tak ada lah. Hee Ran musykil je." aku bingkas bangun. Baik aku larikan diri sekarang sebab aku tak tahan asap rokok yang mula menguasai balkoni sempit yang menjadi tempat kami sekeluarga mengambil angin.

     "Hee Ran masuk bilik dulu ya, ayah. Ada kerja sikit mahu disiapkan." tidak mahu beredar begitu sahaja, aku memberi alasan kepada ayah.

     "Haa, yelah."

••••••

     Hujan yang turun di kala ini tiada tanda untuk berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Hujan yang turun di kala ini tiada tanda untuk berhenti. Sesekali kilat sambar-menyambar diiringi dentuman guruh membuatkan seorang lelaki tidak senang duduk. Dia cukup bencikan hujan. Dia terlalu takutkan kilat dan guruh dan dia tidak sanggup bersendirian lagi.

     "Ibu." gambar usang dikeluarkan dari kocek baju lalu dipandang penuh hiba.

     "Kenapa Jimin dilahirkan seperti ini, ibu? Kenapa Jimin dicampak ke dunia yang kejam ini, ibu? Jimin takut." Jimin memaut erat kedua-dua belah lututnya. Parut sejengkal kelihatan pada lengannya, akibat dari pergaduhan dengan Nephilim. Parut itu juga menjadi saksi, Jimin bukan lemah.

••••••

     "Keturunan kau harus lenyap dari bumi ini." Jimin ditendang bertubi-tubi apabila lelaki itu cuba bangkit.

     "Aku tak pernah ambil tahu tentang kewujudan kau. Tapi kau..." Jimin mengumpul kekuatan sambil menahan rasa sakit. Darah mula mengalir melalui cakaran yang dihadiahkan oleh lelaki berambut perak, berwajah pucat dan senyuman sinis terukir di bibirnya.

     "Aku harus membunuh semua keturunan Haures kerana mereka... Mereka memang tidak layak untuk hidup."

     Kata-kata yang dilontarkan itu membangkitkan memori lama Jimin. Terlakar kini di mata lelaki itu, ibunya dibunuh kejam, ditikam bertubi-tubi sebelum dihumban ke dalam api biru.

     "Nephilim." gigi diketap kuat. Sepasang mata Jimin berubah merah. Jimin bangkit. Dia tidak kisah walaupun terbunuh pada malam ini. Matlamat utama Jimin sekarang, membalas dendam di atas kematian ibunya.

     "Nephilim!!!"

••••••

     "Alah, sabarlah kak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     "Alah, sabarlah kak." marah Minho sebaik aku menolak tubuhnya keluar dari lif.

     "Akak memang tak percaya apa yang ayah bagitahu. Ayah kita kan kuat menipu." aku melajukan langkah, menyaingi Minho yang kelihatannya teragak-agak. Tadi punyalah beria nak teman aku ke sini. Sekarang?

     "Kak.."

     "Apa?"

     "Ni haa rumahnya." Minho mengundur beberapa langkah. Wajahku dipandangnya bagai mahu memberitahu sesuatu.

     "Apa lagi, tekanlah locengnya." bentakku.

     "Yelah, yelah. Orang nak tekanlah ni." Minho mencebik lalu menekan loceng laju, sebanyak tiga kali.

     "Bye, kak." tanpa aku menjangka, Minho melarikan diri bak lipas kudung meninggalkanku bersendirian di hadapan unit apartment bernombor 3112.

     "Woi, Minho! Sini kau!" aku melaung geram. Namun Minho tidak mengendahkannya lalu melolos masuk ke dalam lif. Sempat tangannya dilambai kepadaku sebelum pintu lif tertutup rapat.

     "Babi punya ad..."

     Ttap. Daun pintu yang terbuka di hadapanku membuatkan aku terperanjat besar.

     "Ya?" berdiri seorang lelaki, berwajah pucat serta bibirnya merekah teruk.

     "Ah..sa..saya..saya.."

[C] Falling PetalsWhere stories live. Discover now