"Yahhh!" aku berlari mengejar Yong In yang cuba melarikan diri dariku.
"Tangkaplah kalau boleh!" Jung Yong In menjelirkan lidah kepadaku. Kurang asam betul! Macam budak kecil.
"Siap kau!" bagaikan ada kuasa turbo, aku memecut laju. Yong In mungkin sudah lupa aku adalah bekas atlet Sekolah Tinggi Munghwa.
"Dapat!" aku merampas buku nota dari tangan Yong In. Bahu Yong In kutampar geram. Mengaduh gadis itu dek bisa tamparanku.
"Lain kali jangan curi barang orang." aku memasukkan buku nota tersebut ke dalam beg silangku.
"Ini yang buat aku curiga. Kau tulis apa dalam tu? Fanfic tak senonoh ke?" Yong In tersengih.
"Banyaklah kau fanfic tak senonoh. Ada lah, kau mana boleh tahu." penat kejar Yong In belum hilang lagi, aku terus duduk bersila di atas pasir pantai. Laut luas yang terbentang di hadapan mata dan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup begitu menenangkan.
"Kenapa paha kau tu?" Yong In menyingkap sedikit skirt pendek yang aku pakai.
"Kenapa dengan pa..." aku membuntang melihat kesan lebam ungu kebiruan pada paha kananku itu.
"Ah, ni. Aku terlanggar sesuatu. Kau tahulah aku ni kan cuai orangnya." aku tersengih."Iyalah tu." Yong In mencemik. Kelihatannya dia meragui kenyataan yang aku berikan.
"Jung Yong In! Song Hee Ran! Prof. Lim panggil!" jerit jejaka bertopi hitam daripada jauh. Dialah Kim Myungsoo, satu-satunya crush aku buat masa sekarang.
"Baik!" aku dan Yong In menyahut serentak. Yong In bangun terlebih dahulu. Dia menghulurkan tangannya membantu aku untuk bangun.
Whoosh. Angin bertiup sedikit kuat.
"Hee Ran."
"Apa?" aku menjawab.
"Apa?" Yong In menyoal aku balik. Eh, bukan dia ke yang seru nama aku?
"Kau kenapa ni?" Yong In memandangku tidak puas hati.
"Tak ada apa-apalah." aku tersipu malu. Aku mempercepatkan langkah menuju ke arah van yang disewa oleh Kelab Alam Sekitar. Sudah terbayang-bayang katil bersaiz king bersama tilam dan bantal-bantal empuk dalam bilik tidurku.
"Lagi cepat buat kerja, lagi cepat boleh balik rumah." omelku di dalam hati.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -