"Jimin tahu tak awak datang ke sini?" soal Mingyu sambil mengunyah cebisan sotong mentah yang dicelup ke dalam sos cecahan terlebih dahulu.
"Dah tiga hari dia menghilangkan diri. Sembang kosong betul, kata nak setia berada di sisi saya dan tak nak pulang ke Paldang... Ini, dah macam chipsmore." aku menyedut jus poly yang dibancuh oleh Joo Chan. Ini kali kedua aku mencuba minuman tersebut, ternyata aku cukup sukakannya. Kata Joo Chan, jus poly dibuat menggunakan soda limau lemon, sherbet limau nipis dan sedikit vodka. Setiap sedutan, cukup menyamankan.
"Jimin tu banyak berahsia. Sebab itulah dia selesa tinggal di hutan berbanding kami yang lebih memilih bandar sebagai tempat bermastautin." Joo Chan mencelah. Sepiring nachos diletakkannya ke atas meja. Aku mengambil peluang mengamati lengan kanan jejaka itu. Dari siku hingga ke pergelangan tangan, ianya dihiasi tatu bermotifkan bunga ros. Tidak seperti penampilan luarannya yang nampak keras, terselit kelembutan pada diri Joo Chan.
"Bagaimana?" kening Mingyu terjungkit.
"Bagaimana apa?" aku memandangnya hairan.
"Pemulangan hayat kedua, dia bersetuju?" Mingyu dan aku kini berbalas pandang.
"Gagal. Dia tak nak terima langsung." aku melepaskan satu keluhan.
"Nak kami tolong?" Joo Chan menyoal.
"Ya, tetapi bukan sekarang. Kita tunggu waktu yang sesuai." aku menjawab lantas mengenggam kepingan nachos dan menyumbatnya ke dalam mulut. Jenis aku memang takkan control ayu bila makan, aku lebih memilih untuk menunjukkan sikapku yang sebenar dari terus berpura-pura. Ah, lantaklah apa orang nak kata.
"Baiklah. Apa-apa hal, hubungi saya atau Joo Chan." Mingyu tersandar kekenyangan.
"Ya." aku mengangguk patuh.
*******
Park Jimin berdiri di hadapan rumah lama dengan rasa tidak puas hati. Seperti ada yang kurang pada dinding yang baru dibaikinya dan dicat semula.
"Warna terlalu suram ke?" jari-jemari menyentuh dagu, jejaka itu mula berfikir.
"Tak, rasanya dah okey." Jimin menguntum senyum sebelum melepaskan penat lelah di atas batang pohon birch yang hampir reput itu. Beberapa tompok kulat madu tumbuh dengan sihat menarik perhatian Jimin. Tumbuhan itulah pernah menjadi sumber pendapatannya beberapa tahun lepas. Mungkin kerana rasa kulat itu manis apabila dimasak, penduduk Paldang begitu menyukainya.
"Ah! Sudahlah, Jimin. Rehat sudah cukup, sekarang kau kena buat kerja lagi." Jimin berbicara sendiri lantas bangkit dari duduknya.
Bertemankan kicauan unggas dan angin dingin menderu lembut, Park Jimin mula menyambung kembali kerjanya.
*****
"Kak." Minho menjengah memandangkan aku membiarkan sahaja pintu bilikku terbuka luas. Melilau sepasang mata remaja itu seakan mencari sesuatu.
"Apa?"
"Abang Jimin tak ada eh?" Minho menyoal.
"Kau nampak ada ke tidak?" aku mendengus. Terbantut pula niatku untuk mengemaskini fanfiction di aplikasi wattpad.
"Heeee." Minho tersengih lalu mendapatkanku. Aku perasan, dua bar coklat berada di dalam genggaman tangannya.
"Nak membodek apa pula kali ni?" sindirku lalu merampas coklat tersebut dari adikku. Aku sudah masak akan perangainya, kalau mahukan sesuatu... Dengan rela hati dibawanya snek atau coklat untukku.
"Adik nak tahu tentang Abang Jimin." Minho berterus-terang. Punggungnya dihenyak ke birai katil.
Tiba-tiba aku rasa stress dan pada masa yang sama curiga tentang Minho. Kenapalah sibuk sangat nak tahu hal Jimin?
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -