25; Rindu Dari Kejauhan

71 12 4
                                        

Nak vote dan komen ke tidak? Marah ni marah! 🤪🤪🤪

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nak vote dan komen ke tidak? Marah ni marah! 🤪🤪🤪

*******

"Bagaimana hari pertama bekerja?" soalan pertama diajukan ibu apabila aku melewati wanita itu yang sedang tekun membuang kepala ikan bilis.

"Bolehlah." aku menjawab acuh tidak acuh kerana terlalu penat. Bayangkan pada hari pertama bekerja di restoran makanan segera, aku diberi tugas mencuci segala perkakas dapur dan terpaksa berdiri hampir setengah hari.

"Kalau rasa tak mampu buat kerja tu, berhenti. Duduk je di rumah ni, buka tuisyen subjek sejarah untuk budak-budak sekolah yang tinggal di apartment ni." ibu memberikan cadangan. Ikan bilis yang sudah diasingkan kepala dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

"Hee Ran tak pandailah nak mengajar, bu. Kalau setakat nak ajar Minho tu, bolehlah." aku menyambar sekotak susu kacang soya yang berada di atas meja lalu menapak ke arah bilik.

"Hee Ran mandi dulu ya, bu." aku memberitahu lantas melangkah masuk ke dalam bilik tidurku. Aku perasan, ada beberapa kuntum bunga yang tidak kuketahui jenisnya diletakkan ke dalam gelas kaca.

Di bawah gelas kaca itu pula terselit sekeping kertas putih berlipat dua. Aku tidak menunggu lama, kertas lipatan kertas itu kubuka dan aku membaca tulisan yang tercatit padanya.

Maaf kerana jarang tonjolkan diri. Ada perkara yang harus saya selesaikan di rumah lama. Sebagai pengganti diri, terimalah bunga buttercup ini.

p/s: bunga buttercup membawa maksud keanak-anakan, seperti awak.

I miss you.

PJM


"Sempat lagi dia perli aku." aku meletakkan kembali kertas itu ke atas meja lalu kelopak bunga berwarna kuning tersebut kusentuh dengan berhati-hati.

"I miss you too." tuturku perlahan.

******

"Tidak ada sesuatu makhluk pun yang akan abadi selamanya kecuali Tuhan. Begitu juga dengan bangsa nephilim." di bawah pohon cemara, Iyan menterjemah dan membaca buku 'Seribu Tahun' yang ditulis menggunakan bahasa Hebrew.

Rhosyn disamping jejaka gempal itu turut membaca setiap baris ayat tanpa melangkaunya.

"Nephilim yang dikuasai kegelapan, hidup penuh keserakahan dan kekejaman... Juga pencandu arak seribu tahun, boleh direnggut nyawanya dengan satu cara." kali ini Iyan dan Rhosyn berpandangan di antara satu lama lain dan berbalas senyuman. Namun senyuman itu tidak kekal lama apabila mereka membaca ayat seterusnya.

[C] Falling PetalsCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang