Satu-persatu kelopak bunga kamelia gugur ke tanah apabila angin bertiup kuat. Kesejukannya tidak dipedulikan Park Jimin, malahan jejaka itu nampak serius memetik bunga kamomil yang tumbuh meliar di tepi tasik. Selain dibuat hiasan nanti, kuntum bunga tersebut boleh diletakkan ke dalam air panas untuk dijadikan teh yang menyihatkan.
"Cukuplah ni." sedikit senyum terpapar pada wajah Jimin lalu bibirnya menghilangkan diri dan muncul dalam sekelip mata di ruang tamu yang ringkas serta tata riasnya nampak estetik.
Park Jimin tidak menunggu lama. Beberapa tangkai bunga kamomil diletakkan ke dalam botol kaca berisi sedikit air lalu jejaka itu menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi.
Memori lama yang dicipta bersama Song Hee Ran kini menerjah ingatannya.
******
"Rumah buruk, perangai pun teruk." Song Hee Ran mencemuh. Sesekali Park Jimin dijelingnya tajam.
"Seburuk-buruk rumah ini, ia mampu melindungi kita daripada dipanah mentari, disimbahi hujan atau jadi perlindungan serangan binatang buas." Jimin membalas selamba. Tangannya lincah mengepil dedaunan herba seperti marjoram, oregano dan rosemary pada tali untuk dikeringkan.
"Ah, sembang!" Hee Ran mendengus. Kaki ditala segera ke arah Jimin. Sengaja gadis itu bertentang muka dengan Jimin sebelum matanya dibeliakkan luas.
"Nak hantar aku pulang ke tidak wahai hantu jembalang?"
"Tak nak, belum tiba masanya lagi."
"Shit!" satu carutan ringkas keluar dari mulut Song Hee Ran. Dirinya tampak bengang.
*******
Park Jimin tertawa kecil buat seketika sebelum titis-titis air mata jatuh menimpa pipinya.
Wajah diraup segera.
"Maafkan saya, Song Hee Ran. Maafkan saya kerana tidak mampu lindungi awak." rintihan demi rintihan kedengaran, berharmonikan hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba.
******
"Ibu tak tahu apa yang sedang berlaku. Ibu rasa..." Junri tidak betah duduk di kerusi, kalau boleh dia mahukan jawapan segera di atas apa yang telah terjadi.
"Itu tak penting, bu. Apa yang penting, kakak selamat." bagi menenangkan ibunya, Minho mendakap erat wanita itu.
"Itu ibu tahu tetapi ibu masih terkejut apabila doktor cakap yang kakak kamu men..."
"Ibu, kita rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Kak Hee Ran ya? Bila dia dah sedar dan dalam keadaan okey, baru kita bagitahu." usul Song Minho. Dia tahu sesuatu yang ibu dan ayahnya tidak tahu.
*******
"Kau tunggu di sini." Song Minho mengarah kepada Sung Yoon. Sekeping kad dikeluarkan segera dari kocek seluarnya.
"Alah, tak syoklah. Choi San bagitahu aku, kakak kau lawa. Aku pun nak tengok juga." Sung Yoon merengek lalu memaut erat lengan Minho.
"Lawa lagi ubi kentang kecut. Dah! Jangan nak mengada-ngada. Aku nak ambil kamera kejap je pun." rimas dengan kelakuan Sung Yoon, tubuh remaja itu ditolak. Kad hitam mula diimbas pada skrin kawalan keselamatan untuk mengakses masuk ke dalam rumah bernombor 1802.
Akses berjaya.
"Kalau kau nak tunggu aku di bawah pun boleh, sambil-sambil ambil udara segar." sempat Minho berpesan kepada Sung Yoon sebelum dirinya melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Sengaja pintu rumah dibuka dan ditutup perlahan kerana dia ada rencana untuk menyergah kakaknya yang selalu menonton drama di ruang tamu.
![](https://img.wattpad.com/cover/78546511-288-k857542.jpg)
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -