Nota: Jangan lupa vote dan komen. Jadilah pembaca yang mampu mengembirakan hati penulisnya. 🙆❤❤❤
••••••
Tiada guna untuk menjerit. Tiada guna untuk menangis sehingga keluar air mata dan darah. Sia-sia juga jika melarikan diri buat kali kedua, kerana orang lain takkan nampak aku.
Sekarang aku hanya mampu berteleku di hujung dinding, memerhati lelaki yang sedang menumbuk sesuatu. Nampak gaya seperti mahu memasak.
Memasak?
Hantu jembalang syaitan reti memasak ke?
Entah-entah dia nak masak aku untuk dijadikan lauk santapannya?
"Tak.. Tidak. Tak mungkin." aku menyangkal segala yang bermain di fikiranku sekarang ini.
"Apa yang tak mungkin?" aku ditegur lalu lelaki itu duduk bersila di hadapanku.
Aku mengengsot sedikit, cuba menjarakkan diri darinya.
"Kaki." sepatah perkataan meluncur dari mulut lelaki tersebut.
Kaki? Oh Tuhan! Dia nak potong kaki aku ke? Nak buat sup kaki?
"Luka pada kaki awak, harus dirawat. Kalau dibiarkan nanti bernanah." piring mengandungi sesuatu dicapai. Sepertinya dedaunan yang ditumbuk lumat dan sedikit berlendir.
Euw.
"Jangan risaulah. Daun pohon telinga kambing ni bagus untuk merawat luka-luka. Fungsinya sebagai antiseptik dan anti-keradangan alami." kakiku ditariknya dan tanpa kebenaranku terlebih dahulu, lelaki itu mula menampal herba tersebut di luka dan calar-calar yang aku alami.
Rasa pedih sedikit tetapi kutahankan jua. Sambil-sambil itu, aku mencuri pandang wajahnya.
Sempurna. Sangat sempurna, seperti manusia biasa. Tak sangka hantu jin jembalang syaitan boleh menyamar sesempurna ini.
"Kenapa? Sakit?" aku disoal, mungkin kerana aku terlalu asyik melihatnya.
"Awak pasti ada nama kan?" aku tidak menjawab pertanyaan itu, sebaliknya melemparkan satu soalan ringkas.
"Nama?"
"Ya, nama awak."
"Jimin. Park Jimin." mendatar suara lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Wow. Park Jimin kau. Nama sebiji sejibun sama dengan nama penyanyi hip-hop yang aku minati.
"Jimin." ini pertama kali aku menyebut nama itu.
"Apa dia?" piring kosong ditolak ke tepi. Jimin bersandar pada dinding dan memandangku.
"Boleh tak lepaskan saya?" sengaja aku menggunakan nada sayu dan membuat mimik muka penuh sedih, dengan harapan dia akan terbuka hati untuk melepaskanku.
Tawa kecil Park Jimin meletus. Rambutnya turut dikuak lembut beberapa kali.
••••••
"Saya boleh lepaskan awak tapi dengan syarat, awak tolong saya dulu." Jimin tidak mahu berkias, ada baiknya dia berterus-terang dari berahsia.
"Tolong? Tolong apa? Nak duit? Saya boleh pinjamkan awak duit." gadis yang sebentar tadi nampak sugul kini bersemangat dengan tiba-tiba.
"Tak. Saya tak perlukan duit."
"Habis tu?"
"Saya perlukan awak je, sebagai perisai saya untuk terus bertahan di dunia ini." Jimin menjawab lantas mengenggam erat tangan kanan Song Hee Ran.
••••••
Okay, pickupline Park Jimin kedengaran begitu menyeramkan. Bulu romaku tegak berdiri tatkala tangan kananku diraihnya dan digenggam kemas.
Wow. Ini tidak boleh dibiarkan. Aku tidak mahu mana-mana lelaki menyentuhku dengan sewenang-wenangnya melainkan dirinya adalah Kim Myungsoo.
"Kalau macam tu, biarkan saya mati mereput di sini dari menjadi perisai entah apa ke benda awak tu." aku menepis tangannya kuat. Ada hati nak pegang-pegang tangan orang. Sejenis buat baik tolong sapu ubat tetapi pengakhirannya mahu ambil kesempatan.
Nice, Jimin. Nice.
"Hee Ran."
Namaku diseru apabila aku bangkit berdiri. Ah, persetankan kaki yang sakit. Pedulikan juga tentang orang lain yang tak boleh nampak aku, janji aku dapat keluar dari rumah buruk dan meninggalkan kawasan ini dengan segera.
"Di luar dah gelap. Selalunya waktu macam ni serigala berkeliaran memburu makanan." bicara itu membuatkan langkahku mati. Park Jimin bangkit berdiri dan menuju ke arah meja. Lelaki itu tidak mempedulikanku malahan mula membuat sesuatu.
Dia ni memang pandai buat aku marah dan sakit hati.
"Yelah tu, nak bohong pun agak-agaklah. Serigala takkan nampak saya." aku mencebik.
"Serigala nampak awak, sebab serigala bukan manusia tetapi haiwan." lelaki itu berbisik perlahan sebelum menayangkanku gelas berisi cecair merah jambu.
"Koktail bunga kembang girang. Pasti awak suka." minuman itu diserahkan secara paksa kepadaku.
Aku mahu menolak pada mulanya tetapi tidak mampu kerana tekak terlalu kering. Last aku minum air, semasa sampai di Tasik Paldang. Itu pun lapan jam yang lepas.
"Minum, kemudian rehat. Saya nak keluar sekejap." Jimin mencapai kot labuh usang yang tersangkut di dinding.
Keluar? Malam macam ni? Tinggalkan aku sendirian?
"Awak lagi selesa kan bila saya tak ada depan mata awak?" Jimin mengorak langkahnya.
"Tak." aku menyambar hujung lengan kotnya.
••••••
Park Jimin tersenyum senang melihatkan gadis yang sedang tersengguk-sengguk menahan kantuknya.
Lelaki itu tidak membuang masa lalu menghampiri Song Hee Ran. Niat Jimin hanya mahu menolong membaringkan gadis tersebut ke atas katil. Sebaik kedua-dua bahu Hee Ran disentuh, bayangan Nephilim menyeringai seram muncul tanpa diduga.
Park Jimin tersentak kuat sebelum jatuh ke lantai.
"Ke.. Kenapa? Bagaimana Hee Ran kenal dengan Nephilim?" pucat lesi wajah Park Jimin ketika ini. Bayangan Nephilim yang dilihatnya menandakan bahawa Nephilim dan Song Hee Ran kenal di antara satu sama lain. Perkenalan mereka berdua juga membuktikan bahawa ramalan yang Marchosias buat adalah benar semuanya dan Jimin akan mati di tangan Nephilim kerana seorang gadis.
Gadis itu ialah Song Hee Ran.
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -