"Aish!" aku mendengus kecewa di dalam kamar mandi usang. Masa jadi tebusan hantu jembalang tak gunalah bulan mengambang datang. Patutlah dari semalam rasa moody semacam.
Aku perlukan pad sanitari, mandian air hangat dan pil tahan sakit.
Aku nak balik. Aku nak balik ke rumah sekarang juga!!!!
Hati aku memberontak di saat ini. Tak boleh jadi. Kau harus lakukan sesuatu, Song Hee Ran.
Aku menarik nafas dalam, mengumpul segala kekuatan.
Bbum! Pintu kamar mandi yang sudah pun senget, aku tendang sekuat hati. Tingkah ganasku bak samseng itu tidak sedikit pun mendatangkan hasil. Jimin masih lagi berdengkur halus, lena diulit mimpi.
Niatku untuk memberontak tidak menjadi. Dari plan A, aku mengubahnya kepada plan B. Plan yang sememangnya nampak terdesak.
Ah, apa aku peduli.
Aku menapak dengan berjengket-jengket, menghampiri Jimin penuh berhati-hati.
"Amboi, amboi, amboi. Lenanya dia tidur." aku mencebik sebelum duduk mencangkung, menatap wajah polos lelaki itu.
Bagaimanalah hantu jembalang boleh memiliki wajah sepolos ini? Sebiji jerawat pun tak ada. Serius aku rasa iri hati.
Choi! Apa kau buat ni, Hee Ran? Ini bukan masanya untuk mengagumi atau cemburu akan lelaki itu. Kau ada misi yang harus dilakukan. Lagi cepat kau buat, lagi cepat kau boleh balik.
"Tolong, tolong bawa aku pulang ke rumah." tanganku bertaut, di dalam hati aku berdoa lalu dahi Jimin kukucup lama.
"Aku mahu pulang. Aku mahu pulang."
Ya, inilah plan B. Plan terdesak. Kalau Jimin boleh bawa aku ke mana sahaja dengan satu kucupan di dahi. Kenapa aku tidak? Mungkin ia membuahkan hasil.
"Tolonglah Tuhan." aku membuka mata perlahan-lahan, bimbang apa yang aku inginkan tidak menjadi.
Jimin, objek pertama menyapa pandanganku. Lelaki itu mula tersenyum nipis.
"Cubaan yang baik." sengihan Jimin melebar.
Aku diam kerana patah hati. Aku rela mengucup dahi seorang lelaki asing kerana mahu pulang, tetapi aku tetap di sini. Di rumah usang dan menakutkan ini.
Kecewa yang teramat sangat tidak mampu kubendung. Dengan senggugut dan satu badan sakit-sakit, aku memeluk lutut lalu menangis semahu-mahunya.
••••••
Park Jimin kaget. Tangisan Song Hee Ran makin menjadi-jadi. Meruntun jiwa pula melihatkan keadaan gadis itu di kala ini.
"Saya akan bawa awak pulang." tutur Jimin. Inilah satu-satu cara untuk memujuk Hee Ran dari terus menangis.
"Awak jahat." Hee Ran mengangkat wajahnya. Air mata dan hingus meleleh mengundang tawa Park Jimin.
"Aih, teruk betul. Kalau kurung awak lama-lama di sini, saya boleh tak keruan tau."
"Siapa suruh culik saya? Ramai lagi perempuan lawa yang awak boleh culik." Hee Ran menjeling tajam.
"Sebab awak pelindung saya.." Jimin menyentuh dagu Song Hee Ran.
"Pelindung apa benda? Jangan nak.."
••••••
Sebaik bibir Park Jimin mendarat ke dahiku, aku memejam mata rapat. Di dalam hati tidak putus aku berdoa agar kuasa lelaki itu mampu membawaku pulang.
"Kita dah sampai." bagitahu Jimin.
Sebaik celik, mataku membuntang luas.
Apa ni? Tanah perkuburan?
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Falling Petals
Hayran KurguKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -
![[C] Falling Petals](https://img.wattpad.com/cover/78546511-64-k857542.jpg)