32; Semoga Tidak Sementara

72 9 1
                                    

"Nah." sebesen air hangat dan sehelai tuala bersih diserahkan kepadaku. Pemberian Song Minho kuambil tanpa sebarang kata lalu aku menghenyak punggung ke birai katil.

"Dahlah bergaduh, kak. Kasihani Abang Jimin." Minho menasihatiku sebelum beredar pergi meninggalkan aku bersama Park Jimin.

Aku melepaskan satu keluhan. Dengkuran halus jejaka yang terbaring di atas katil berjaya mengurangkan sedikit rasa bersalah yang menghantuiku sebentar tadi. Jelas kesan kemerah-merahan pada pipi kiri Jimin, penangan tamparan berbisaku.

"Saya takkan minta maaf sebab ini semua salah awak kerana terlalu berdegil." aku menutur perlahan. Tuala bersih kurendam buat seketika ke dalam air hangat. Usai memerahnya, aku mengelap wajah dan leher Jimin dengan berhati-hati. Sesekali jari-jemarinya yang berkuku tajam bergerak, mungkin bertindakbalas dengan sentuhanku.

"Kak, dia pun makhluk Tuhan juga walaupun bukan manusia seperti kita. Dia ada perasaan."

Aku teringat kata-kata Minho seakan memerliku tadi. Ya, aku tidak mampu menidakkan dia makhluk Tuhan tetapi... Aku tak ingat dia. Memang clueless, sedikit pun tiada memori yang tersimpan di dalam kepalaku.

"Hee Ran, kenapa buat saya macam ni?"

Rintihan Jimin membuatkan aku tersentak. Matanya kekal terpejam, mengigau barangkali.

"Saya terseksa, Hee Ran."

Kali ini pelupuk matanya dibasahi cecair jernih, terasa hangat bila jatuh terkena tanganku.

Aku mengeluh berat lalu bingkas berdiri. Kaki kutala ke arah tingkap. Malam ini, seperti malam sebelumnya. Tiada bintang manakala bulan pula segan menunjukkan rupa.

******

"Ahh!" Iyan merebahkan tubuhnya ke atas rumput. Layang-layang pemberian kanak-kanak bernama Yoon Chae di taman ketika siang tadi dipeluk senang.

"Kenapa kau berpura-pura tak kenal dia, Yoongi?" Iyan memalingkan wajahnya, memerhati Yoongi yang lebih ralit merenung beberapa tangkai bunga langit malam.

"Sebab aku nak tebus segala kesalahan aku." Yoongi menjawab mudah.

"Bukan kau suka dia ke?" Iyan membidas. Dia tahu dan sedia maklum bahawa Yoongi sukakan Song Hee Ran.

"Suka tak semestinya perlu memiliki." Yoongi bangkit daripada pembaringannya.

"Jom melawat Rhosyn." tangan dihulur kepada Iyan. Iyan tidak menyambut huluran tersebut kerana bimbang Yoongi akan tersembam bila menarik tubuhnya yang gempal.

"Berapa tangkai bunga Tuanku dapat?" Iyan mengekek geli hati.

"Enam tangkai. Tiga untuk Rhosyn, tiga untuk Aydin." Yoongi menguntum senyum. Jejaka itu berjalan seiringan bersama Iyan sebelum kedua-dua hilang dalam sekelip mata, pulang ke Zagreb.

******

Pancaran kilat diselangi dentuman guruh membangkitkan aku dari tidur yang lena. Seperti biasa, celik je mata... Mesti telefon pintar yang kucari terlebih dahulu untuk melihat masa dan memeriksa jika adanya pesanan ringkas.

Pukul 5:15 pagi. Tiga mesej kuterima daripada nombor yang tidak kukenali.

Terima kasih untuk 'hadiah' semalam.
Saya takkan pernah menyimpan dendam  kerana sayang dan cinta saya kepada awak terlalu mendalam.

Saya takkan muncul lagi. Jaga diri, jaga kesihatan. Jangan sesekali apa-apakan bayi kita.

[C] Falling PetalsWhere stories live. Discover now