"Dah hampir separuh hari ni, bu. Takkanlah Kak Hee Ran tak nak bangun lagi?"
"Ishh, kamu ni. Tadi kan kamu sendiri dengar yang doktor cakap, kakak kamu perlukan rehat yang secukupnya..."
Suara itu. Suara Minho dan ibu.
"Tapi, Minho tak sabar nak dengar cerita dari mulut Kak Hee Ran. Bagaimana dia boleh ditemui pengsan di dalam bilik tidur sedangkan kakak hilang di kawasan Tasik Paldang? Ibu tak pelik ke?"
"Aihh, kamu ni.."
Seraya dengan itu, suara Minho menahan sakit kedengaran. Aku tahu, mesti ibu sudah menghadiahkan adik lelakiku itu penyepit ketam di lengan atau pahanya.
"Ibu..." dari terus mencuri dengar perbualan di antara ibu dan Minho, aku membuka mata. Tidak perlu memandang keadaan sekeliling kerana aku tahu, pasti aku berada di hospital.
"Hee Ran!"
"Kak!"
Ibu dan Minho menjerit serentak. Nampaknya mereka gembira apabila aku sudah sedar dari lena yang panjang.
"Ya Tuhan. Syukurlah kamu selamat, Hee Ran. Ibu ingatkan kamu..." ibu kematian kata-kata. Linangan air mata wanita itu cuba menceritakan segala-galanya.
"Maaf buat ibu, ayah dan Minho risau." aku menutur perlahan sebelum teringat akan seseorang. Meliar mataku mencari kelibatnya.
Tiada. Di dalam bilik ini, hanya ada aku, ibu dan Minho.
"Akak, bagaimana akak boleh ada di dalam bilik sedangkan akak hilang di Tasik Paldang?"
Minho tidak mampu menahan dari menyoal sedemikian kepadaku.
"Entah." aku menjawab sepatah. Sejujurnya aku tidak mahu berkongsi akan pengalaman yang aku lalui kerana bimbang dituduh tidak waras nanti.
"Ishh, kamu ni. Dari kamu tanya yang bukan-bukan, baik telefon ayah kamu. Tanya di mana dia berada sekarang dan bagitahu Kak Hee Ran kamu sudah sedarkan diri." ibu menepuk kuat paha Minho.
Haa, kan dan mendapat hadiah buat kali kedua.
"Baiklah, baiklah." Minho mencebik. Belum sempat menghubungi ayah, ayah terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam wad yang dihuniku.
"Ayah." melihatkan wajah kerisauan ayah, aku dipagut sebak.
"Syukurlah anak ayah selamat." ada getaran dalam bicara ayah. Tubuhku segera dirangkulnya erat.
"Maafkan Hee Ran, ayah. Maafkan Hee Ran." dalam dakapan ayah, aku menangis semahu-mahunya. Kini aku sedar, aku tidak boleh hidup tanpa mereka bertiga dan kini aku tahu... Mereka terlalu sayangkan aku.
"Sayang." dengan tangisan yang masih tidak dapat kubendung, aku mendengar satu bisikan perlahan. Bukan suara ayah.
"Sayang." kali ini aku tersentak. Itu suara Park Jimin.
"Hee Ran, kenapa ni? Kamu ada sakit di mana-mana ke?" ayah merungkaikan pelukan. Sepertinya ayah perasan akan perubahanku yang mendadak.
"Tak...tak sakit." aku menjawab sambil menghala pandangan silih berganti ke arah pintu dan tingkap. Kelibat Park Jimin tidak kelihatan.
Aku berharap hantu jembalang syaitan itu tidak muncul lagi selepas ini kerana aku mahu hidup dalam ketenangan tanpa sebarang gangguan.
•••••••
"Gila apa! Kau nak bunuh akak ke?" aku menjerit ketakutan apabila kerusi roda yang dinaikiku ditolak laju oleh Minho.
"Seronoklah, kak." Minho tergelak besar.
![](https://img.wattpad.com/cover/78546511-288-k857542.jpg)
YOU ARE READING
[C] Falling Petals
FanfictionKerana dendam beribu tahun di antara Nephilim dan Haures, aku menjadi mangsanya. - Mula: Julai 2016 Tamat: Ogos 2020 EDISI TIDAK DIEDIT -