Part 1

57.4K 2K 69
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

"HAI cik adik yang manis," tegur Reza sambil membetulkan beanie yang tersarung pada kepalanya.

Wajahnya kujeling dan kakiku melangkah laju ingin meninggalkan lelaki itu. Menyampah betul nak tengok muka Reza. Dah la macam penyangak dengan gelang besi menimbun dekat tangan. Mengalahkan aku yang perempuan ni. Eii! Geram!

"Laju je jalan. Boleh abang teman?" Dia masih cuba menyaingi langkahku dengan muka tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Aku terus berhenti dan merenung wajahnya dengan pandangan tajam. "Kau nak apa ha?" Mulut aku dah mula berkasar.

"Nak kau lah, Hani." Selamba je menjawab kemudian menyengih. Siap tayang giginya yang memutih.

Eii! Aku rasa nak ketuk je mamat kat depan ni dengan buku. Hati baru berdetik tangan dah beraksi. Tak habis-habis nak ganggu hidup aku yang sudah sedia bahagia ni. Semak!

"Kau boleh tak jangan ganggu aku sehari? Aku semak tengok muka penyangak macam kau ni!" Hamburku geram.

"Ewah mulut kau ni boleh tahan pedas eh. Sekali aku cium hah, baru kau datang akal." Ujar Reza sambil memandangku dengan wajah yang memang minta dipijak.

Ya Allah kau ampunilah dosaku kerana telah membenci dan menghina ciptaanMu ini. Tapi aku betul-betul rasa nak baling muka dia dengan batu. Kehadiran dia dalam hidupku sejak dua bulan lalu membuatkan hari-hariku semakin serabut. Benda yang paling aku tak faham adalah;

Pertama, dia sukakan aku tapi sering menyakitkan hati aku dengan muka coklat basi dia tu!

Kedua, dia tahu aku tak suka lelaki perokok dan sosial macam dia, tapi benda itu lah yang dia suka buat depan biji mata aku ni.

"Gila!" Semburku tepat ke wajahnya.

"Hei! Kau ni apa hal nak jual mahal dengan aku? Kau ingat, kau bagus sangat?" Tanganku ditarik dengan kasar. Dadanya kelihatan berombak kasar.

"Eeee!!! Dia yang kacau kita...dia pula marah kita. Sewel ke apa mamat cekodok basi ni." Minda aku dah jadi tak betul

Perkara yang paling pantang dalam hidupku adalah menyentuh dan berbuat kasar. Mata dah mula mencerlung tajam menikam kedua-dua sepasang mata miliknya. Kembang kempis hidungku menahan amarah.

"Aku tak cakap pun, aku bagus. Kalau aku tak bagus, kenapa kau terhegeh-hegeh sangat ganggu aku?" Balasku kasar.

"Sebab aku suka kau."

"Dah tu memang masalah kau lah! Kau yang suka aku, habis tu, kau nak kata aku tak bagus? Kalau aku tak bagus, yang kau tergilakan aku kenapa?" Aku cuba menarik tangan yang ada di dalam genggamannya.

"Sebab kau tak macam perempuan lain la, aku suka." Tanganku diketatkan lagi cengkaman.

"Sakit lah Reza! Lepaslah!" Aku meronta minta dilepaskan.

"Aku tak kan lepaskan selagi kau tak bagi aku kiss." Dia menadah pipinya ke wajahku.

Eh? Minta penampar ke mamat ni! Kalau muka paling tidak macam Fattah Amin, boleh la juga dipertimbangkan. Ni muka cam cekodok basi, nak kiss. Nak penampar boleh la. Eeii!!! Malas aku nak cakap nanti dikatakan menghina ciptaan Allah pula.

"Puih! Jijik aku!" Tanganku cuba ditarik.

"Engkau ni kan..." Reza terus cuba mengheret tubuhku dengan kasar memaksa aku untuk masuk ke dalam keretanya.

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now