Part 3

37.2K 1.4K 52
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

Ruang makan sedikit sunyi dari hari-hari sebelum ini, kerana ketiadaan kakak sulungku dan anak-anaknya. Kalau tidak, kewujudan dua orang anak buahku sahaja seumpama melayan 20 orang kanak-kanak. Riuh rendah, bersepah sana-sini. Tu belum termasuk anak angah. Pening kepala dibuatnya.

"Hani, abah ada benda nak cakap" Pak Salman, iaitu abahku memandang tepat anak mataku.

Sesaat seketika, seleraku seakan hilang. Perkataan yang aku paling berdebar bila keluar dari mulut abah adalah 'abah nak cakap sikit'. Aku tak rasa yang aku seorang sahaja mengalami penyakit ini malah kebanyakan kawan-kawanku turut mengalami rasa yang sama. Ianya bagaikan satu beban yang berat terpaksa dilalui beberapa saat kemudian. 

"Cakap apa, abah?" Suapanku terhenti. 

"Semalam, kak long balik bersebab" Ayat abah terhenti disitu. 

Okay, then what? Jantungku berdebar tiba-tiba menantikan sususan ayat abah yang seterusnnya. Aku tahu apa yang hendak dikatakan abah saat dan ketika ini adalah perkara yang serius. Jika tidak, mana mungkin ibu diam tanpa menyampuk. 

"Sebab apa?" Aku menjongketkan kedua-dua belah keningku. 

"Abah nak Hani kahwin!" Tegas dan umpama arahan buatku. Saat itu juga aku tersedak tetapi mujur sahaja aku tidak mengunyah makanan saat itu, kalau tak mungkin aku sudah mati tercekik.

"Kahwin? Abah, Hani baru je masuk degree, tak kan Hani nak kahwin" Aku tidak setuju. 

Sejujurnya, aku tidak kisah untuk berkahwin awal tetapi siapa lelaki yang hendak dijodohkan denganku? Lagipun, kalau ya pun nak aku kahwin, tunggu lah aku masuk tahun 3 ke. Tak ada lah awal sangat. Aku baru tahun 2 kot. Gumamku sendiri. 

Tapi semua yang ku luahkan hanya bermain dibenak fikiranku sahaja. Hendak diluahkan secara zahir? Hm, abah memang terkenal dengan sikap tegas dan garangnya. Aku ni dikira anak paling baik lah sebab selalu taat dengan arahan abah. Kak long? Angah? Adik?Kirim salam jela.

"Apa masaalahnya? Abah risau dengan Hani, zaman sekarang ni susah nak menjaga anak dara. Kak long dengan angah dah lepas. Tinggal Hani dan adik je. Adik tu lelaki, abah tak kisah sangat" Balas abah perlahan. 

What? Dan aku terpaksa berkorban? This is nonsense!

"Abah, Hani bukannya tak setuju tapi Hani.." 

"Hani tak nak? Hani sanggup nak hancurkan keinginan abah?" Tebaknya tepat mengana mukaku. Lantas aku menundukkan wajah ke pinggan. Nasi dikuis-kuis, aku kematian kata-kata.

"Abah bukan nak kongkong atau tentukan hidup Hani, tapi abah risau kalau Hani buat benda bukan-bukan yang dilarang agama" Air sirap disua kedalam mulutnya.

"Abah.. Ibu.. You know me very well. Hani tak akan buat benda tu semua. Hani kan sejak kecil sekolah agama, jadi Hani tahu lah batas antara lelaki dan perempuan" Cubaan membela diri pertama dilancarkan. Meskipun aku tahu, ianya pasti akan dipatahkan dengan hujahan hebat dari abah.

"Betul cakap abah tu, Hani. Ibu pun risau sebab walaupun Hani ni antara anak yang dengar cakap, tapi ibu tengok sejak Hani sambung belajar Hani dah lain sikit" Balas Ibu pula. Jadi aku sudah kehilangan satu penyokong. Tinggal Hairi sahaja, adik bongsuku yang berumur 19 tahun.

"Ilham, umur 29 dan seorang pensyarah. Abah dah send gambar dia dekat whatsapp Hani tadi. Nanti tengok-tengok lah ya?"  Arahan abah sekarang umpama kata muktamad. 

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now