Part 13

31.5K 988 92
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

"UMMU Hani!!!" Satu jeritan dari suara garau bergegar seluruh rumah. Dalam lena, aku tersentak. Dari dalam bilik, aku sudah dengar suara abah. Jantungku berdegup laju.

Apabila jeritan abah menyebut nama penuhku, itu bermakna, ada petanda buruk bakal berlaku. Tanganku mula terasa dingin dan perlahan-lahan kubawa ke dada yang sudah bergetar hebat.

"Ummu Hani! Keluar sekarang!" Sekali lagi suara nyaring abah bergema.

Dalam ketakutan, aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Wajah tegang abah yang sedang memandangku dari ruang tamu bagai merentap nafasku. Langkah yang diatur terasa bagai di awang-awangan. Sempat bola mataku mengerling ke arah ibu yang turut nampak takut.

"Ab...abah panggil Hani?" Air liur ditelan setelah aku berdiri betul-betul di hadapan abah.

Panggg!!!

Tanpa bicara, pipiku telah diberikan penampar yang begitu kuat. Kepalaku terasa berpinar akibat tamparan yang baru kuterima. Mataku berkaca namun nafas ditarik dalam-dalam. Perlahan-lahan, wajah diangkat memandang muka abah.

"K...Kenapa ab...abah tampar Hani?" Soalku tersekat-sekat.

Panggg!!! Kali kedua, pipi mulusku diberikan satu penampar yang menyebabkan aku jatuh terduduk. Pipiku terasa bisa dan bibirku mengalirkan cecair yang berwarna merah. Saat itu, empangan mataku pecah kerana tidak mampu menahan rasa sakit akibat ditampar dua kali oleh abah dalam waktu yang sama.

"Anak tak guna. Aku ajar kau agama, macam ni kau layan aku?" Lenganku digenggam dan tubuhku ditarik untuk berdiri semula.

"Abah...sakit abah. Sakit." Rayuku dengan tangisan.

"Ini yang kau nak, Hani. Hah? Ini yang kau nak kan. Kahwin dengan jantan tak guna macam ni. Kau hancurkan kepercayaan aku, Hani. Kenapa? Tak cukup ke kasih sayang yang aku beri pada kau selama ini? Anak tak kenang budi." Hambur abah dengan linangan air mata.

Hatiku sakit dan perit. Tangisan pilu abah yang mengalir di matanya membuatkan aku gagal untuk menjadi anak yang baik untuknya. Aku nampak abah memejamkan mata dan linangan air matanya makin laju mengalir.

"Abah, ampunkan Hani, abah." Tubuhnya aku dakap kuat.

"Kau jangan sentuh aku, anak derhaka. Ni... apa ni?" Sebelah tangannya mencengkam lengangku sementara sebelah lagi tangannya menunjukkan gambar di telefon bimbitnya. Gambar yang menunjukkan aku sedang tidur dan pipiku dikucup oleh Reza. Gigi diketap menahan rasa marah terhadap Reza.

"Hani tak tahu abah. Hani tak buat benda tu. Dia aniaya Hani, abah. Tolong percayakan Hani. Tolong abah. Hani merayu dekat abah." Lutut dijatuhkan di hadapan abah. Kakinya kupeluk dan tangisan dilepaskan dengan semahunya.

"Hani merayu...percaya dekat Hani, abah. Hani tak buat, abah." Terngongoi-ngongoi aku menangis di kaki abah.

"Aku tatang kau bagai minyak penuh. Aku sayang, jaga dan besarkan kau dengan dua tapak tangan tua aku ni. Tapi bila kau dah besar, ini yang kau balas, Hani. Hati aku ni...hati aku ni..." Jarinya mencucuk-cucuk dadanya sendiri. Kemudian abah diam seketika. Dia tidak mampu meneruskan ayatnya kerana terlalu sedih.

"Hati aku sakit, Hani. Mana aku nak letak muka? Anak aku buat zina dengan lelaki bukan mahram. Kau memang anak yang tak gunaa!!!" Bahuku ditolak dengan kuat sehingga kepalaku terhantuk pada meja.

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now