HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'
PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA
SELASA, kelas Reza di awal pagi sementara aku bermula jam 2.00 hingga jam 7.00 petang. Niat utama nak ambil kesempatan melingkar di atas katil tetapi bila teringatkan pesanan Reza, dengan malas aku bangkit. Katil bujang Reza aku kemas dan susun dengan elok.
"Pukul 12 tengah hari nanti aku balik ambil kau, kita pi cari katil baru." Motosikal Reza menderu membelah keheningan pagi. Ingatan aku melayang ke peristiwa awal pagi tadi.
Fikiran aku terlayar semula memori malam tadi. Semalaman tubuhku dipeluk erat oleh Reza. Walaupun kadangkala aku berasa rimas, namun jauh di sudut hati, kehangatan tubuhnya mendamaikan. Tindakan refleks, bibirku menguntum senyuman.
Selepas siap membersihkan tubuh, selendang yang berwarna merah diambil dan dibawa ke papan seterika. Namun kerjaku tertangguh apabila pintu rumah Reza diketuk oleh seseorang. Cepat-cepat aku mengambil tudung sarung dan berlari cepat ke arah pintu. Risau jika Reza pulang lebih awal. Mana tahu kelasnya dibatalkan ke.
"Erk? Awak siapa?" Sangkaanku meleset. Seorang wanita yang tinggi lampai dan berkulit putih bersih berdiri di hadapan pintu rumah Reza sambil bersandar dengan gaya menggoda. Dia nampak pelik dengan kewujudanku di rumah ini.
"I Anita, you?" Dia menayang wajah kerek sambil melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa olehku. Sempat dia melanggar bahuku dengan sengaja.
"Saya maid rumah ni. Awak siapa?" Sengaja aku mengatakan begitu untuk melihat apa hubungan Reza dengan wanita yang ada di hadapanku. Sudahlah cantik, tegang dan menawan. Pasti dia mempunyai hubungan yang istimewa dengan Reza.
Jadi aku ni siapa di hati Reza? Ah, hatiku dipagut rasa cemburu.
"Oh maid! I see.. I ingatkan mak cik Reza. Anita membalas kata-kataku dengan wajah minta ditepek dengan tahi lembu. Sabar, Hani. Pujuk hatiku sendiri.
Kurang ajar betul, minah kerek ni.
"Awak siapa?" Mata masih memerhati gelagat wanita tak cukup kain itu. Rasanya sudah tiga kali aku tanya tetapi langsung tidak terjawab. Perasaanku menjerit-jerit ingin mengetahui apa hubungan Reza dengan wanita cantik ini.
"I tunang Reza." Ringkas jawapannya tapi seperti mata pedang.
Zap! Saluran jantungku bagai ditikam dengan pedang ninja. Kemudian ditarik-tarik sehingga putus. Mendengarkan perkataan tunang yang keluar dari mulut Anita, air liur yang ditelan terasa begitu pahit. Bola mataku cuba dihalakan ke tempat lain agar Anita tidak dapat menangkap air muka aku sudah berubah.
"Reza memang patut ada maid. You pun tahu kan, rumah ni bersepah gila. Lagi-lagi kalau I bermalam dekat rumah ni. Lagilah bersepahhhh...baju sana-sini." Bebel Anita. Langkahnya diatur meneroka seluruh rumah seakan ini baru kali pertama dia menjejak kaki ke sini.
"Bermalam dekat rumah ni?" Eh apa dia cakap tadi. Bermalam kat sini. Rezaaaa...jaga kau. Aku lenyek kau dengan kereta kebal.
Rasanya telingaku masih belum pekak. Aku dengar dengan jelas yang Anita mengatakan dia bermalam di rumah Reza. Kalau betul Anita adalah tunangnya, jadi kenapa dia memaksa aku untuk berkahwin dengannya? Apa yang sebenarnya Reza inginkan? Panas pula telinga ni.
"Yes, I selalu bermalam di rumah ni. But lately, I banyak show, so tak sempat nak jenguk Reza." Tambahnya lagi. Punggungnya kelihatan ingin dihenyakkan ke sofa, tempat yang menjadi saksi rasminya hubungan kami sebagai suami isteri.
YOU ARE READING
HONEY BUNNY ✔
RomanceStart : 25 october 2016 End : 19 disember 2016 INI KISAH HANI & REZA Kawan pon tak sudi apatah lagi bercinta Namun dia tekad aku harus jadi miliknya Titik hitam yang dicipta memaksa aku berkahwin dengannya sekaligus dibuang keluarga. Bahagia yang...