Part 2

41.6K 1.4K 80
                                        


HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

Aku meletakkan buku diatas meja bersebelahan dengan Adli. Wajahnya ku kerling dan aku mengukir senyuman yang cukup manis buat lelaki yang tidak pernah bosan menjadi kawan sekaligus pelindungku. 

Iya, aku rapat dengan Adli tetapi tidak lebih dari sebagai kawan. 

"Lebar senyuman. Ada apa-apa ke?" Ujar Adli bersahaja.

Punggung dilabuhkan disebelah Adli. Keningku dijongket-jongketkan. Lantas aku mengeluarkan sesuatu dari begku lalu dihulurkan kepada Adli.

"Apa ni?" Soalnya pelik.

"Tiket" Tudung dibetulkan.

"Tiket apa?"

"Buka lah kalau nak tahu.."

Adli mengangguk kecil kemudian mengoyakkan sampul surat putih itu dihadapanku. Kertas yang berlipat itu dibuka. Mulutnya sedikit melongo melihat isi kandungannya.

"Awak ajak saya pergi konsert BIGBANG?" Bulat matanya memandang wajahku. Mukanya seakan cuba mencari keseriusan aku mengajaknya ke konsert Kpop. OMG! Aku tahu Adli memang tidak suka dengan Kpop, tapi hanya dia je kawan yang aku rapat. Jadi tak salah rasanya jika aku mengajaknya menemaniku. 

Lagi satu, kalau abah aku tahu yang aku pergi konsert kpop macam ni, memang sebulan tidur luar rumah. Abah tu memang tegas dalam mendidik anak-anak akan tetapi bila berkenaan dengan BIGBANG, aku terpaksa jadi berlawan arus dengan arahan abah.

Kepala dianggukkan dengan senyuman. "Pleaseeeee.. Teman saya"

"Ish! Awak tahu kan saya tak minta dengan kpop. Tak nak lah, Hani" Dia menolak semula kertas tersebut kepadaku.

Mulut dimuncungkan. "Sampai hati awak biar saya pergi seorang diri"

"Bukan apa, saya tak minat lah korea ni. Awak pun kenal kan dengan saya? Tak nak lah. Sorry" Adli mengecilkan sedikit matanya tidak mahu aku berkecil hati.

"Awak betul-betul tak nak temankan saya ke?" Kepastian diraih.

"It's okay! Kalau dia tak nak temankan kau, biar beta yang temankan tuan puteri, honey bunny dew !" Tiba-tiba tiket ditanganku dirampas oleh seseorang.

Serentak dengan itu, kami berdua mendongak memandang wajahnya. Ternyata dia adalah Reza. Mulutku sedikit melongo terkejut tetapi Reza hanya menayang wajah selamba, siap boleh tersengih sambil melayang-layangkan tiket tersebut.

"Kenapa? Tak boleh?" Soal Reza semula apabila menerima reaksi ku begitu.

"Reza, bak  sini balik tiket tu.." Aku cuba mengambil dari tangannya. Geram pula aku dengan perangai Reza yang suka muncul secara tiba-tiba. Agaknya dia ni tak ada kelas sendiri ke sampai suka menyibuk di kelas orang lain. Gumamku. 

Tiket itu cuba ku capai apabila dia menegakkan lengannya keatas, namun disebabkan ketinggianku yang tidak setaraf dengan Reza, ia amat menyukarkanku untuk merampas semula tiket tersebut darinya.

"Pulang kan balik lah!" 

"Tak boleh!" Reza memasukkan tiket itu ke dalam poket seluarnya.

Aku menjegilkan mata. Wajah Adli dipandang meminta bantuan. Kalau boleh aku memang tidak mahu menyusahkan Adli dalam masaalah aku dengan Reza tetapi disebabkan ianya berkaitan dengan tenaga lelaki, maka aku terpaksa.

HONEY BUNNY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang