PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA
REZA menapak masuk ke dalam bilik ICU yang menempatkan Puan Sabariah yang sudah dua tahun terlantar koma. Pada awalnya Puan Sabariah pengsan selepas tekanan darahnya naik. Dia sedar dua hari dan terus tidak sedarkan diri sehingga sekarang.
Reza reda dengan semua ketentuan Allah ini. Reza dah tahu punca sebenar kenapa maknya koma begitu lama. Menurut doktor yang merawat Puan Sabariah, ini adalah hasil dari hentakan kuat pada bahagian belakang kepala. Reza masih terbayang-bayang kejadian tersebut.
"Hei binatang!!! Lepaskan mak aku. Dasar perempuan gila, laki kau dah lama ceraikan mak aku. Kenapa masih gila datang sini lagi. Apa lagi yang kau masih tak puas hati?" Pekik Reza. Dalam masa yang sama Puan Anida terus menolak Puan Sabariah ke arah sebatang tiang, Puan Sabariah mengerang terus pengsan. Darah memerah di lantai.
"Reza..." Panggilan daripada Annur mengembalikan Reza ke dunia sekarang.
Ketika itu, Annur sudah ada di situ sambil mengelap tubuh Puan Sabariah dengan kain basah. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Puan Sabariah.
"Macam mana dengan mak?" Wajah Annur dipandang.
"Macam tu je la, Reza. Akak pun tak tahu nak buat apa lagi. Macam biasalah, doktor suruh kita banyak berdoa. Mak tak ada tanda positif," jawab Annur dengan senyuman.
Tangannya terus mengelap lengan Puan Sabariah dengan penuh hati-hati. Reza bangun dan membantu Annur dengan mengangkat sedikit tubuh maknya agar memudahkan Annur menghabiskan kerjanya.
Selepas selesai, Annur melabuhkan punggung di birai katil. Wajah Reza yang kusut itu dipandang. Terbit senyuman kecil di bibirnya
"Kenapa muka macam tu?"
"Penat, seharian ada kelas. Ijat tinggal dengan siapa?" Reza mula teringatkan si kecil yang lincah itu.
"Duduk dengan mak mentua akaklah. Reza, Zaril nak jumpa Reza tau nanti. Hati-hati sikit. Dia tu bahaya juga orangnya. Reza tahu kan Zaril tu macam mana. Abang Amir pernah cerita kan?" Balas Annur.
Keluhan berat dilepaskan. Bola matanya dihalakan pada sekujur tubuh yang masih terbaring di atas katil. Bila agaknya Puan Sabariah akan bangun dan membantu dia untuk menerangkan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka.
"Reza tahu kak, Abang Amir banyak cerita dengan Reza," balasnya perlahan.
"Reza tak nak cerita ke dekat dia orang perkara sebenar?" Soal Annur sambil tangannya memerah tuala basah di dalam mangkuk sederhana besar.
"Untuk apa?"
"Sekurangnya dia orang tahu kenapa harta tu dijatuhkan kepada Reza. Ini tak, dia orang asyik kata Reza anak luar nikah papa. Reza kenalah terangkan dekat depa apa yang dah terjadi." Annur memang langsung tidak setuju dengan sikap Reza yang hendak membisu dengan tuduhan yang dilemparkan keluarga mentuanya.
"Cukuplah, akak dan arwah Abang Amir tahu kebenarannya. Reza tak nak benda ni diperbesarkan." Bibir dipaksa ukir senyuman.
"Tak apalah kalau macam tu kata Reza, akak ikut je. Tapi akak nak tanya ni..."
"Tanya apa?"
"Kenapa status FB Reza macam frust je? Andai bukan milikku, terpaksa aku melepaskannya pergi. Apa benda Reza? Sejak bila jadi jiwang?" Soal Annur. Kemudian suaranya mengekek perlahan seperti menahan ketawa.
Bukan main geli hatinya ketika membaca status Facebook Reza tengah hari tadi. Gatal je tangan dia hendak meninggalkan komen. Tetapi disimpankan sahaja hajat itu, memandangkan begitu ramai teman-teman Reza meninggalkan komen.
YOU ARE READING
HONEY BUNNY ✔
RomanceStart : 25 october 2016 End : 19 disember 2016 INI KISAH HANI & REZA Kawan pon tak sudi apatah lagi bercinta Namun dia tekad aku harus jadi miliknya Titik hitam yang dicipta memaksa aku berkahwin dengannya sekaligus dibuang keluarga. Bahagia yang...