HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA
SEJAK dari tadi aku hanya mundar-mandir di dalam bilik. Tanganku sejuk, takut untuk memberitahu abah yang aku ingin batalkan perkahwinan antara aku dan Ilham. Namun, apa alasan yang harus aku berikan?
Abah, Reza dah sentuh Hani? Ya Allah! Sumpah masa tu juga aku akan mati agaknya.
Nafas ditarik dalam-dalam. Aku cuba berfikir secara waras. Apa alasan yang logik boleh diberikan untuk membatalkan perkahwinan ini? Alasan yang tak klise dan abah boleh pertimbangkan.
Tak! Masalahnya memang tak ada. Hari ini merupakan hari terakhir peluang yang diberi Reza. Kenapa begitu mudah maruahku diperkotak-katikkan oleh Reza? Apa aku tidak mempunyai hak untuk mempertahankan maruahku? Keluhan dilepaskan.
Setiap kali abah memanggilku, mesti jantungku berdegup kencang. Risau kalau-kalau abah sudah menerima gambarku bersama Reza. Apa yang hendak aku jawab nanti? Ah, aku kena bertindak segera!
"Abah..." Panggilku perlahan dengan wajah takut-takut.
"Apa, Hani?" Mata yang sedang membaca surat khabar dihalakan kepadaku.
Perlahan-lahan aku duduk di sebelah abah. Nafas ditarik dalam-dalam, tangan dikepal cuba mengumpul kekuatan walaupun tulang lututku terasa longgar. Sikap abah yang garang sering membuatkan anak-anak lebih selesa untuk berkomunikasi dengan ibu berbanding dengan dirinya. Tetapi disebabkan perkara ini melibatkan dirinya, maka aku terpaksa bercakap terus dengan abah.
"Er, abah sihat tak?" Soalan sebenar masih tersimpan di anak tekak.
"Kenapa? Abah nampak macam tak sihat ke?"
"Tak, Hani tengok abah macam letih je. Abah nak Hani urut badan abah tak?" Aku cuba membuat tawaran.
"Hmm, Hani nak apa sebenarnya ni? Jangan nak bodek abah lah. Bukan sehari dua abah kenal Hani. Umur Hani dah 22 tahun, jadi abah boleh baca." Kata abah kemudian surat khabar yang ada di tangannya diletakkan semula di atas meja. Wajahku dipandang.
"Er, b...boleh tak k...ka...kalau Hani nak batalkan perkahwinan Hani dengan Ilham?" Akhirnya soalan yang terngiang-ngiang selama tiga hari ini berjaya dimuntahkan juga meskipun dengan suara bergetar.
Diam.
Aku mula tidak senang hati dengan kebisuan abah. Dia membuatkan aku tidak dapat membaca apa yang bermain di fikirannya. Tangannya kupegang perlahan-lahan.
"Abah dengar tak apa Hani cakap?" Soalku semula.
"Kenapa? Kenapa Hani nak batalkan?" Suaranya serius. Wajahnya berubah tegang. Urat lehernya kelihatan timbul.
"Er, Il...Ilham ad...ada perempuan lain." Satu penipuan dicipta dan kesalahan diletakkan di bahu Ilham. Aku benci dengan diriku sendiri saat ini.
"Jangan guna nama orang lain!" Abah seperti dapat mengagak.
Jadi aku tahu bahawa Ilham tidak boleh dibawa masuk dalam perbincangan ini. Abah sangat mengenali sikap Ilham yang baik itu. Kalau betul dia ada perempuan lain, sudah pasti dia berterus terang dengan abah. Malah, bukan aku yang minta dibatalkan. Mesti dia.
"Abah, Hani minta ampun. Tapi Hani..." Kata-kataku terhenti di situ. Otakku tidak dapat berfungsi. Perkataan yang sesuai untuk diberikan kepada abah, langsung tidak kutemui. Lidahku kelu, dan aku tidak sanggup untuk menyakitkan hati abah.
YOU ARE READING
HONEY BUNNY ✔
RomanceStart : 25 october 2016 End : 19 disember 2016 INI KISAH HANI & REZA Kawan pon tak sudi apatah lagi bercinta Namun dia tekad aku harus jadi miliknya Titik hitam yang dicipta memaksa aku berkahwin dengannya sekaligus dibuang keluarga. Bahagia yang...