Part 5

35.1K 968 73
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

ARAHAN abah yang tidak boleh ditolak. Maka titik dan ketika ini, aku akan bersemuka secara realiti dengan Ilham. Lelaki yang hendak dijodohkan dengan aku tak lama lagi. Bermacam perasaan menjengah tingkap hatiku. Suka. Takut. Benci...tak kut...

"Hani!" Suara abah dari luar bilik membuatkan aku tersentak. Wajah kuhalakan ke cermin dan selendang yang tersarung di kepala aku betulkan. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembuskan dengan debaran.

Ketaq lutut ceq!

Setelah berpuas hati dengan penampilan, kedua-dua tangan digenggam dan kaki menapak keluar dari bilik. Aku lihat Ilham sudah berdiri di muka pintu hadapan rumah sambil tersenyum manis ke arahku. Gurlp! Aku tak nak kahwin. Aku tak suka perasaan berdebar begini. Huarghh... Abah!!!

"Hani pergi dulu, abah." Tangan abah dikucup dan aku mengekori langkah Ilham yang sedang menuju ke kereta. Terdapat seorang remaja perempuan yang mungkin berumur lebih kurang 15 tahun setia menanti di tepi kereta. Siapakah dia?

Tubuh diboloskan ke dalam perut Toyota Camry putih. Mulutku sedikit kagum dengan kereta mewah ini. Ah, beruntungnya aku bakal jadi isteri Ilham. Saat dan ketika itu, senyuman bangga terbit di bibir kecilku.

"Kenapa awak senyum?" Tegur Ilham tiba-tiba.

Senyumanku terus mati mengejut. Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Jantungku masih berdegup kencang dan tidak selesa berada dalam keadaan begini dengan orang yang baru aku kenal. Kalau aku tahu, beginilah sakitnya menahan debaran keluar dengan orang yang kita baru kenal, lebih baik aku keluar dengan Reza tu. Sekurang-kurangnya mamat tu asyik makan makian aku je, jantung aku pun tak sakit kena pam deras begini.

"Kat belakang tu siapa?" Aku sekadar berbasa basi demi untuk menyesuaikan keadaan.

"Oh, tu adik saya. Abah awak suruh saya bawa orang lain kalau nak keluar dengan awak. Saya pun tak tahu kenapa." Bahunya dijongketkan.

"Ah, abah tak nak saya berduaan dengan awak lah tu." Aku menjawab persoalan yang bermain di benak fikirannya. Abah, bukan main pantang kalau aku keluar dengan lelaki berduaan.

Boleh bayangkan tak, apa akan terjadi kalau abah tahu Reza telah mengucup bibirku seminggu yang lalu? Bakal kiamatkah dunia? Aku sendiri tiada jawapan. Tu belum masuk, aku selalu lepak berdua dengan Adli, dan Reza yang pernah menemaniku ke konsert Big Bang. Ah! Banyak betul dosa anak derhaka macam aku ni. Depan abah, pijak semut pun tak mati.

"Hani ada boyfriend?" Dia memandangku dengan ekor matanya.

"Kalau ada boyfriend, mesti saya tak keluar dengan awak sekarang ni." Aku menarik senyuman cuba menghilangkan gugup di hati. Saat ini, debaran yang kurasa semakin berkurang apabila aku sudah mula selesa dengannya.

"Awak ada tak?" Soalan dipulangkan semula.

"Saya tak ada masa nak cari, Hani. Mujurlah ada kak long awak tu. Kalau tak, saya tak dapat kenal dengan bidadari secantik awak." Balasnya lembut.

"Saya? Bidadari? Habis kenapa kawan saya pernah cakap muka saya ni macam pau berkulat." Terus aku teringatkan kata-kata Reza semasa awal perkenalan kami.

"Kau ingat kau cantik sangat? Muka macam pau berkulat! Balik nanti, pergi sterikalah muka kau tu, berkedut!" Kutukan yang dilemparkan Reza dua bulan lalu bermain semula di fikiranku.

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now