PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA
KERETA Toyota Camry milik Ilham masih meluncur laju di jalan raya. Sesekali aku mengerling ke arah adiknya yang sudah tertidur kerana penat mengikuti kami sejak dari tengah hari tadi untuk mencari beberapa barang hantaran yang masih belum diselesaikan. Selepas siap membeli barang, keluarga Ilham mengajakku untuk makan malam di rumah mereka. Hati terasa berat untuk menolak memandangkan mereka sudah menyediakan makanan.
"Hani, diam je daripada tadi." Tegur Ilham.
Keluhan dilepaskan. Tanganku menongkat kepala sambil pandanganku dihalakan ke arah cahaya kereta-kereta yang memecut laju di lorong kanan. Apa yang hendak mereka kejarkan dengan membawa kenderaan sebegitu laju.
"Saya kenyang sangat, memang beginilah gayanya," balasku dengan senyuman "Serupa ular sawa," tambahku lagi, kemudian tergelak kecil.
"Ular sawa yang comel." Tiba-tiba dia memujiku. Meruap rasa panas di pipiku apabila mendengar pujian Ilham. Aku malu sendiri. Masalah betul kaum wanita ni, suka dipuji tetapi bila sudah dipuji, tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian tersebut.
"Ada-ada je awak ni. Comel tang mana entah," gumamku sendiri.
"Lagi dua minggu, Hani." Nafas dilepaskan. Ayatnya tergantung di situ.
"Apa yang dua minggu?" Aku memandangnya, menanti sambungan.
"Akad nikah kita lah."
"Oh, I see... Lupa pula." Bila perut dah kekenyangan, maka semua benda tak masuk dalam kepala otak. Hanya katil dan selimut yang bermain-main di bola mata hitamku.
"Saya macam tak percaya yang akhirnya saya akan menamatkan zaman bujang saya dalam masa dua minggu lagi. Thanks Hani sebab sudi terima semua kekurangan saya." Ucap Ilham dan entah kenapa luahannya membuatkan aku rasa sangat kekok. Sebelum dia mula meneruskan ayatnya, aku rasa lebih baik kalau topik perbualan kami diubah kepada lebih santai.
Pipiku mula terasa panas dan darah menyerbu ke muka. Air cond yang dipasang bagaikan tidak berfungsi dan jadi tidak senang duduk aku dibuatnya.
"Nervous?" Keningnya dijongketkan sambil memandangku dengan ekor matanya.
"Segan."
"Janganlah segan..." Jiwaku terbuai apabila Ilham meleretkan suaranya. Rasa bagai didodoi-dodoi. Aku senyum sendiri
"Awak kerja tak esok?" Sengaja aku menukar topik. Tidak mahu terus dibuai dengan perasaan angau dengan Ilham. Cukup-cukuplah hatiku selalu cair setiap kali dia melemparkan senyuman untukku.
"Tak nak kerja boleh tak esok?" Nada suara Ilham makin dilunakkan.
Aduhai Hani, jangan terbuai sangat perasaan tu. Marahku sendiri.
"Habis kalau tak nak kerja esok, awak nak buat apa?" Soalku pula.
"Saya ingat nak mesej awak seharian. Sejak kebelakangan ni, saya selalu rasa rindukan kehadiran awak. Err, kalau sehari tak mesej rasa macam sunyi pulak." Luahannya benar-benar buatku rasa hendak pengsan.
Jangan sampai hidungku berdarah sudahlah. Cukup-cukuplah penderitaan jantung yang diberikan Reza padaku. Aku tidak mahu akalku pula rosak dek ayat-ayat manis bergula si Ilham.
"Eh, mesej hari-hari pun rindu ke?" Aduhai, pipiku semakin panas.
"Rindu sangat. Bila ada dengan awak, jantung saya selalu berdegup kencang. Awak rasa yang sama ke, Hani?" Wajahku ditoleh sekilas olehnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
HONEY BUNNY ✔
RomanceStart : 25 october 2016 End : 19 disember 2016 INI KISAH HANI & REZA Kawan pon tak sudi apatah lagi bercinta Namun dia tekad aku harus jadi miliknya Titik hitam yang dicipta memaksa aku berkahwin dengannya sekaligus dibuang keluarga. Bahagia yang...