Part 18

33.5K 761 38
                                        

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

AKU jatuh terjelepok ke lantai. Lutut aku paut, muka tersembam ke lutut. Tangisan aku humban semahu-mahunya. Terenjut-enjut bahu dan dadaku berasa begitu sesak.

"Kenapa buat aku macam ni? Aku tak nak... Kau dah heret aku ke dalam hidup kau. Suka suki kau nak tinggalkan aku." Air mata bercampur hingus tidak aku hiraukan.

"Hani, aku minta maaf. Aku bukan sengaja nak tengking kau tadi. Aku cuma...aku cuma tak boleh nak kawal perasaan marah tu. Kau tahu kan yang aku tak akan pernah marah kau suka-suka hati." Tiba-tiba kedengaran suara Reza. Lembut memujuk. Dia duduk melutut di sebelahku sambil mengurut lembut belakang badanku.

"Kau suka paksa aku..." Tangan baju T-shirtnya aku tarik buat kesat hingus.

"Aku tak paksa kau, Hani." Wajah Reza penuh dengan rasa serba salah. Eh betul ke aku tak paksa Hani?

"Aku terseksa, Reza. Cukuplah dengan penderitaan yang kau beri. Kejadian aku dibuang keluarga adalah perkara yang akan memberi kesan yang cukup besar dalam hidup aku. Kau tak kasihan ke dekat aku..." Hamburku pedih.

"Aku sedih, Reza. Hidup aku sekarang kesepian. Aku tak ada siapa-siapa. Kalau kau pun..."

Tubuhku terus ditarik rapat. Ubun-ubunku dikucup lembut. Kata-kataku terhenti setakat itu. Pelukan Reza membuatkan ekspresi tubuhku sedikit damai dan tenang. Urat-urat yang tadi tegang kerana berbalah, mula sedikit kendur. Air mataku juga sudah berhenti mengalir, cuma kedengaran sendu.

"Aku minta maaf, Hani." Rambut aku dielus lembut.

"Jangan pernah terfikir nak tinggalkan aku." Mata Reza aku tenung.

"Ehh...aku bukan nak tinggalkan kau la... Aku hanya nak pindah bilik je. Kang aku cakap biar aku keluar...ada aku cakap nak keluar rumah, tak ada kan." Reza masih setia mengelus rambut aku.

"Aku tak nak kita gaduh, Reza. Sekarang ni, kau je tempat aku bergantung," kataku perlahan.

Selain pelukan ibu, berada dalam dakapan Reza turut melahirkan rasa luar biasa. Walaupun baru beberapa minit yang lepas, aku diamuk perasaan marah. Tetapi ketika ini aku bagaikan bayi yang keletihan melepaskan lelah di dadanya. Ianya cukup mengasyikkan.

"Nah...Sugus..." Dikeluarkan sesuatu dari poketnya.

Aku menjarakkan sedikit tubuhku darinya. Tapak tangannya aku pandang kemudian dibawa ke wajahnya pula. Dahiku sedikit berkerut. Kenapa dia memberiku Sugus?

"Kenapa?" Mata masih menghala tatap kehairanan.

"Makanlah Sugus ni, mana tahu kau akan elok ke..." Dia menarik senyuman pahit.

Aku tergelak. "I'm not a child."

"Aku tak membesar dengan perempuan. Aku anak tunggal dibesarkan dengan ibu, ayah, atuk serta seorang kawan ayah dan anaknya. Aku tak ada perempuan dalam hidup aku selain mak sehinggalah anak kawan ayah kahwin dan anak dia pun lelaki. Aku tak reti nak ambil hati perempuan, tak reti nak pujuk perempuan. Ni je aku mampu buat untuk bagi kau tenang." Terang Reza dengan wajah tenang.

"Jadi kau belajar pujuk aku dengan makanan ni daripada cucu kawan ayah kau ke?" Aku rasa macam nak tergelak.

Dia mengangguk dan menarik senyuman. Terus aku menjegilkan mata "Pujuk perempuan tak sama dengan pujuk budak-budak. Belajar lagi eh! Jangan buat aku menangis lagi macam tadi."

HONEY BUNNY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang