Part 4

35.9K 1K 79
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

KECEWA dengan apa yang dilakukan oleh Reza, aku terus berlari menghala ke arah kereta. Meskipun langkahku dikejari oleh Reza, aku tak pedulikannya. Pintu kereta dibuka dan belum sempat aku memboloskan diri ke dalam perut kereta, tanganku ditarik kasar.

"Sakitlah, Reza!" Tengkingku kasar.

"Kau lari kenapa? Aku dah minta maaf kan?" Cengkaman kat tangan aku makin kejap.

"Kau boleh tak kalau bercakap, jangan nak sentuh-sentuh badan aku?" Mata dijegilkan. Reza kalau jadi menantu abah, memang huru hara dunia ni. Gumamku sendiri.

"Aku sentuh badan kau ke? Aku sentuh tangan kan?" Dia membidas.

"Wee, sama je lah. Tangan tu anggota badan juga kan." Tidak mahu kalah, aku terus membangkang kata-katanya. Kedua-dua tapak tangan mendarat pada pinggang. Tubuh disandarkan pada dinding kereta. Pandangan dialihkan ke kawasan lain.

Kedengaran Reza, menghela nafas perlahan "Aku kan dah minta maaf tadi, apa masalahnya? Konsert je pun, aku boleh bawa kau pergi Korea jumpa dia orang tu lah, kalau kau nak."

"Kau tu macamlah kaya sangat nak bawa aku pergi Korea. Nak beli pencukur jambang pun tak mampu. Ada hati nak bawa aku pergi Korea. Muka kau ni dah macam padang ragut, rumput tumbuh subur, cukup baja tahi lembu." Kutukku geram. Haa... aku kalau dah marah memang semua peribahasa muncul. Tu mujur maki hamun belum keluar. Kalau keluar, itu tandanya gunung berapi dah meletus.

"Cool apa muka macam ni. Kau tu tak pandai fesyen." Reza mencebik.

"Fesyen tang mana? Badak berkubang lagi kacak dari kau tau. Cubalah kau cukur muka kau tu sikit. Ini tak, orang utan dengan kau pun, aku tak boleh nak beza." Hamburku lagi.

"Tak...Tak...Sekarang ni perbincangan kita pasal konsert Bang Bang kau ni, apasal masuk muka aku pula?" Reza tidak puas hati. Dia berdiri menumpang sebelah kaki. Wajahku dipandang sambil menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulutku.

"Bang Bang hotak kau? Big Bang lah!" Rengusku kasar.

"Asalkan ada bang-bang tu kira halal lah. So, kau nak ke tak nak, aku bayar balik?" Tawaran yang baru berlangsung 15 minit yang lalu dibuka semula.

Tawaran ini terlalu tinggi. Aku diam sejenak, berfikir. Kalau tolak, rugi. Kira-kira aku boleh dapat seribu ringgit lebih kut. Ish! Rugi kalau tolak.

"Aku nak. Esok bank in kat aku!" Ujarku lalu memusingkan badan dan ingin meloloskan semula badanku ke dalam kereta.

Namun, tangan sasa Reza lebih pantas menarik lenganku sehingga tubuhku berpusing semula menghadapnya. Tubuhku terkunci dan dalam pada itu, Reza dengan pantas memberikan aku satu kucupan ringkas di bibir merahku.

Bang! Jantungku bagai ditembak, tak berdetak dan terhenti seketika. Mataku terbuka luas dan bola hitam mataku mengejung seketika. Tidak pasti pandangan apa yang terlakar di mataku namun sesungguhnya mataku kabur, nafasku bagai tersekat di hujung hidung.

Hidup lagikah aku?

Kucupan dilepaskan. "Aku dah lama geram dengan bibir kau tu, well alang-alang ada peluang aku kasi cop lah. By the way, aku bukan nak beli online dekat kau sampai perlu bank in. Kalau kau nak duit, jumpa aku. Boleh tak, honey Bunny dew?" Pipiku disentuh lembut.

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now