Part 17

34.7K 821 58
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

SEDANG aku menguli tepung untuk membuat pau bagi minuman petang kami, Reza datang menghampiriku. Tubuhnya disandar pada kabinet menghadap wajahku. Disebabkan rasa tidak selesa dengan renungannya, aku pura-pura bernyanyi kecil.

"Dah la cantik, pandai masak, pandai menyanyi pula tu." Dia bersuara tiba-tiba. Aku sendiri tidak pasti itu penghinaan atau pujian.

Kerja-kerja membuat pau diteruskan tanpa menghiraukan renungannya. Reza mengambil sudu kemudian pau yang sudah terbentuk dilenyek-lenyekkan, sengaja ingin menyakitkan hatiku. Aku menjeling geram.

"Hani, sedap ke pau kacang merah tu?" Reza cuba untuk berbual denganku apabila misi mengacaunya tidak aku layan. Ingat aku nak bersweet-sweet macam dalam drama petang-petang tu. Jangan haraplah!

"Sedaplah juga dari pandang muka yang berumput tu," balasku bersahaja. Entah bila agaknya dia nak cukur muka dia tu dan entah macam mana aku boleh bernafsu nak berhubungan dengan dia dua hari lepas. Aduh, bila teringatkan perkara itu, aku jadi malu sendiri.

"Blushing!" Ujarnya tiba-tiba sambil matanya meratah setiap inci wajahku.

"Kau diamlah!" Gumamku.

"Kau nak aku tambah gincu tak kat bibir kau?" Dia mendekatkan wajahnya sambil mulutnya dimuncungkan. Serta-merta senduk yang ada berdekatan, aku angkat dan hunuskan ke mukanya.

"Aku tampar kau pakai senduk ni. Nak tak?" Ugutku.

"Okay fine!" Dia mengangkat tangan kanan tanda mengalah. Tubuh disandar semula pada kabinet. Kedua-dua tangannya diletakkan di dalam poket seluar. Pandangannya dihalakan ke ruang tamu sambil mengeluh perlahan.

"Aku cuba sedaya upaya, tapi masih tak dapat, takut seandainya satu hari nanti aku penat." Nada suaranya perlahan seakan kecewa. Redup pandangannya seakan membawa maksud. Dia cuba menarik senyuman yang aku rasa ianya tidak ikhlas.

"Apa yang kau cuba?" Tanyaku pura-pura tidak mengerti.

"Tak ada apa-apa, saja nak bermadah puisi dengan kau. Sedap tak pau yang kau buat ni?" Dia kembali pada topik pau yang sedang aku sediakan ini.

Air liur ditelan apabila Reza berdiri di belakangku. Nafasnya dihela perlahan tepat mengena belakang leherku. Perlahan-lahan tangannya dibawa ke pinggang dan dirangkul kemas. Aku diam tergamam "Smell good." Nafasnya ditarik dalam-dalam.

"Aku nak buat kerja ni, Reza." Kataku tidak mahu Reza untuk cuba membangkitkan keinginan nafsuku. Cukup-cukuplah aku menahan rasa malu sehingga sekarang akibat kejadian dua hari kelmarin.

"Kau nak tahu tak, pau apa yang sedap dimakan?" Suaranya separa berbisik.

"P...Pau apa?" Nafasku sudah tidak teratur. Berdebar berada dalam keadaan begini dengan Reza. Rasanya tubuh kami hanya dipisahkan dengan fabrik sahaja.

"Pau ni..." Seraya dengan itu, tangan sasa Reza dibawa ke satu daerah.

"Stop it! Reza!" Tapak tangannya aku genggam kuat. Dadaku berombak. Bisikan nafsu menggigit-gigit tangkai hatiku.

"Kan? Sedap kan?" Soalnya sambil mengucup bahuku. Ketawa kecil keluar dari mulutnya. Reza memang nakal!

"Reza, lepaslah...aku nak buat kerja."

"Dan inti apa yang sedap digabungkan dengan pau ni?" Suaranya membuatkan bulu romaku menegak.

"Em, Reza...Ak...aku tak tahu...Em!" Begitu payah aku mengawal diriku sendiri. Aku tidak mahu Reza berfikir, keinginanku lebih kuat daripadanya sedangkan itulah hakikat yang sebenar. Ah, mujur aku bernafsu selepas dah kahwin. Jika tidak? Mungkin inilah punca permasalahan sosial yang dahsyat jika tidak dikawal dengan ikatan perkahwinan. Beriman tebal pun pasti boleh tewas ni.

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now