Part 6

33K 982 121
                                        

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

SATU tamparan tepat mengena pipiku. Pijar dan bisa. Bukan aku tidak pernah kena tampar dengan abah. Tetapi sejak umurku menginjak dewasa, abah tidak pernah lagi mengasariku seperti waktu kecilku.

Dan... setelah bertahun, ini kali pertama aku ditampar semula.

"A...Abah?" Lidahku kelu. Kolam mataku bergenang. Tanganku menggigil. Sudah pasti tamparan yang kuterima ini menandakan yang abah sudah nampak apa yang aku lakukan.

"Aku tak ajar kau buat benda tu, Hani!!!" Suara abah bergema pada pagi-pagi buta.

"Ab...Abah... Hani boleh terangkan." Tangannya aku cuba raih.

"Terangkan apa, Hani? Aku didik kau sejak kecil dengan ilmu agama. Aku hantar kau ke sekolah agama. Aku bagi kau pendidikan yang cukup, tapi ini yang kau balas dekat aku, Hani?" Rahang abah bergerak-gerak tanda dia benar-benar sedang marah.

Kali terakhir aku melihat kemarahan abah meluap begini adalah tiga tahun lepas. Sewaktu adik bongsuku dikenakan tindakan tatatertib kerana merokok. Habis teruk adik dipukul oleh abah. Ya, abah memang sangat tegas dalam mendidik anak-anak.

"Abah, Hani tak buat seperti apa yang abah sangka." Bibirku tercebik-cebik tandanya dalam beberapa saat lagi, wajahku akan dibasahi cecair jernih.

"Apa yang aku sangka, Hani. Apa? Keluar jumpa jantan malam-malam macam ni, apa yang aku akan sangka?" Bahuku digoncang dan wajahku ditengking dengan sekuat hati. Hilang perkataan abah dari mulutnya.

Saat dan ketika itu juga, air mata yang ditahan sejak dari tadi mengalir dengan deras sekali. Mata dipejamkan dan aku sangat pasti abah kecewa denganku. Tetapi mujur sahaja abah tidak nampak apa yang Reza telah lakukan kepadaku. Jika tidak, bukan tamparan yang kuterima tetapi hunusan pedang agaknya.

"Hani jumpa dia sebab..."

"Sebab apa? Alasan apa kau nak bagi lagi, Hani?" Belum sempat aku menghabiskan ayat, kata-kataku dicelah.

"Abah, Hani minta ampun abah." Tidak dapat mereka cipta sebarang alasan, tangannya kupegang dan kukucup tanda aku betul-betul menyesal dengan perbuatanku. Bukan aku yang inginkan semua ini. Tetapi Reza yang sering mendesakku.

"Apa kasih sayang yang abah beri tak cukup ke, sampai Hani perlu membelakangi abah sebegini rupa? Abah kecewa dengan Hani..." Suara yang tadi begitu nyaring kembali kendur sedikit. Kolam mata abah bergenang dan itu adalah perkara yang paling menyakitkan hati seorang anak yang berdosa sepertiku.

"Tak... Abah tak pernah kurang beri kasih sayang dekat Hani. Hani minta maaf abah." Tanpa menunggu, tubuhnya terus kudakap dan tangisan dilepaskan di dadanya.

"Hani sayang abah, Hani janji tak buat lagi benda tu. Abah jangan marah Hani. Maafkan Hani abah... Sumpah Hani tak bersalah." Teresak-esak aku menangis dalam dakapan abah.

Perbuatanku memang mengecewakan abah. Walaupun abah tidak melihat apa yang dibuat Reza, namun dia tetap melihat aku berdua-duaan dengan Reza di dalam kereta dan itu menimbulkan curiga. Dan aku tak nak kehilangan kepercayaan abah walaupun sepatutnya itu yang abah lakukan.

"Abah tak nak Hani kahwin hujung tahun ni!" Suaranya kedengaran tegas.

"Abah?" Aku mendongak memandangnya.

"Abah nak Hani kahwin dengan Ilham bulan depan! Kalau tak, Hani akan memalukan keluarga kita, jika beginilah sikap Hani di belakang abah." Bagaikan arahan daripada seorang raja. Aku takut untuk mengatakan tidak.

HONEY BUNNY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang