Part 8

31.2K 957 79
                                    

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA


AKU masih menangis di atas katil. Seharian abah tidak bertegur sapa denganku. Kemarahannya tentang kejadian malam yang lalu masih terkesan di hatinya. Ya, aku adalah anak yang diharapkan abah. Kepercayaannya terlalu tinggi terhadapku walaupun kadang-kadang dalam diam, aku mengingkari arahannya.

Tetapi, hilangnya kepercayaan abah, ianya bagai satu titik noktah hidupku. Antara kami empat orang adik-beradik, aku paling rapat dengan abah disebabkan sikapku yang sedikit tegas. Abah tidak suka dengan anak-anak yang manja.

"Hani, janganlah menangis macam ni." Ibu mengusap belakang badanku, cuba meredakan sedikit kesedihan yang aku rasai.

"Ha...Hani...sedih, ibu. Ab...abah marahkan Hani." Tersedu-sedu aku membalas kata-kata ibu.

"Abah kecewa dengan Hani. Abah tak marah pun." Pujuk ibu.

"T...tapi a...abah t...tak nak ca...kap d...dengan Hani. Ab...bah b...benci Hani." Tangisanku makin rancak.

Sedar ataupun tidak, kenyataan ini sangat menghiriskan hatiku. Bukan aku yang minta untuk dinodai begitu oleh Reza. Aku cuma manusia biasa yang kadang kala boleh tergelincir apabila digoda begitu. Aku juga punya nafsu dan kadang kala aku alpa.

Meskipun abah telah memberi aku begitu banyak pelajaran agama, namun di era yang serba moden ini, tingkahku tidak terbatas. Abah bukan berada 24 jam denganku. Aku tahu jaga batasku sebagai seorang perempuan bertudung. Tetapi Reza? Fahamkah dia?

"Tak, abah tak benci Hani. Abah cuma sedih je Hani keluar jumpa lelaki malam-malam macam tu." Ibu cuba menarik tubuhku yang sedang menekap wajah pada bantal untuk menghadapnya.

"Hani sedih, bu."

"Ibu tahu, nanti Hani minta maaf dekat abah ya. Hani tau kan abah memang garang tapi lama kelamaan dia cair juga bila Hani pujuk dia. Dah, janganlah menangis macam ni. Hani tak makan malam lagi." Lembut dan penuh kasih sayang suara ibu cuba menenangkan hatiku.

"Abah tak sayang Hani lagi." Aku bangun dan terus mendakap tubuh ibu. Tangisan dilepaskan di bahunya. Tubuhku terenjut-enjut menahan esakan.

"Hani!!! Pergi makan. Jangan nak menangis je kerjanya."

Aku tersentak. Satu suara garau tetiba menerjah drama syahdu kami berdua. Perlahan-lahan wajah diangkat dan mataku terus menangkap wajah abah yang sedang berdiri di muka pintu dengan wajah serius.

"Abahhhhhh!!!" Aku bangkit dan terus berlari memeluknya. Tangisanku kedengaran sekali lagi.

"Abah, Hani minta ampun abah. Jangan benci Hani. Hani anak yang berdosa dengan abah." Hamburku dengan rasa pilu.

Apabila tangan sasa abah menyentuh kepalaku dan diusap rambutku perlahan, tahulah aku bahawa abah sudah memaafkanku. Wajah didongak memandang abah. Jari telunjuk abah menyentuh bawah mataku dan diseka cecair jernih tersebut.

"Jangan nangis lagi, abah dah maafkan. Hani pergi makan"

"Abahhh!!!"




PADA hari Jumaat, aku hanya ada satu kelas iaitu pukul 3.00 petang. Maka, dari pagi aku dan ibu keluar untuk membeli beberapa barang persediaan untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung tidak kurang lagi sebulan.

Perlahan-lahan aku sudah mula belajar mencintai Ilham. Lelaki yang terlalu baru dalam hidupku. Meskipun kami baru sahaja mengenali tetapi sikap matang yang ditunjukkan Ilham membuatkan hatiku sedikit terpaut. Mujur sahaja keluarga Ilham tidak kisah majlis akad nikah diawalkan. Walau bagaimanapun, majlis bersanding berlangsung seperti yang dirancang iaitu hujung tahun ini. Kira-kira lagi lima bulan.

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now