Prolog

85K 4.2K 66
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA


SEMUA yang ada di rumah banglo mewah ini berdebar menantikan bacaan wasiat. Wasiat tinggalan Dato' Brahim dan Amir iaitu anak sulung keluarga ini, yang meninggal dalam kemalangan dua bulan yang lalu.

"Semua ahli keluarga dah ada ya?" Puan Normah memandang setiap wajah yang ada di ruang tamu.

"Ada puan, boleh tak cepat-cepat baca benda alah tu." Zaril bersuara tidak sabar. Matanya mengerling ke arah Datin Anida atau lebih tepat Puan Anida kerana pangkat datinnya 'mati' bersama kematian suaminya.

"Tak ada apa-apa yang menarik, Encik Zaril. Semua harta Dato' Brahim diagihkan secara faraid yang telah ditetapkan dalam Islam." Puan Normah menarik senyuman.

"What?" Azira menjegilkan matanya tidak percaya.

"Ya puan."

"Wasiat tu untuk apa pula?" Azira tidak puas hati.

Puan Normah cuba mengawal emosinya ketika menghadapi keluarga Dato' Brahim yang dia sendiri sudah maklum akan menerima tujahan soalan kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta yang diberikan.

"Untuk anak kandung memang tidak terdapat wasiat. Kesemua harta dibahagi mengikut faraid dan wasiat hanya digunakan untuk anak angkat dan orang lain. Jadi wasiat ini, Dato' Brahim telah nyatakan bahawa 20% keuntungan syarikat akan diberikan kepada Rumah Anak Yatim Srikandi, 20% diberikan kepada Reza. Boleh saya tahu siapa Reza?" Mata Puan Normah melilau memandang setiap di antara mereka.

"Reza?" Dahi Puan Anida sedikit berkerut.

"Ya, yang saya tahu Reza bukan anak kandung Dato' Brahim kan?" Puan Normah tunak memandang Puan Anida.

"Reza tu anak luar nikah suami saya dengan perempuan lain. Mana boleh dia dapat harta tersebut! Saya tak setuju!" Puan Anida membentak. Mukanya mencuka masam.

"Saya minta maaf puan, saya tak boleh nak buat apa-apa. Ini semua permintaan Dato' Brahim sendiri, sebelum beliau meninggal dan lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid kepada keluarga ini," terang Puan Normah.

"Awak ni gila ke apa, peguam? Kalau ikut faraid, berapa je saya akan dapat? Anak saya je empat orang, tu tak termasuk lagi adik beradik suami saya. Mengarut!" Puan Anida menghentak meja tanda tidak setuju.

"Saya pun tak setuju! Reza tu bukan keluarga kami! Dia anak luar nikah papa!" Zaril pula menyahut.

Nafas ditarik dan Puan Normah cuba mengukir senyuman walaupun hatinya bagai hendak mengetuk kepala sekor-sekor dengan pasu. Sungguh tamak!

"Sabar, semua."

"Macam mana saya nak sabar kalau anak luar nikah tu pun ada bahagian dia!" Tengking Azira pula.

"Sabar. Kedua-dua rumah banglo Dato' Brahim di KL dikira mengikut faraid dan sebuah banglo di Melaka diwasiatkan kepada Reza."

"What? Reza again?" Kali ini Azira sudah hilang sabar. Merah pipinya kerana menahan marah.

Zulaikha dan Azri hanya diam. Bagi mereka apa yang diberi sudah lebih daripada cukup. Harta bukan boleh dibawa mati. Cukuplah untuk diguna bagi teruskan kelangsungan hidup di atas muka bumi ini.

"Sabar, ada lagi." Puan Normah cuba menenangkan mereka.

"Dato' Brahim ada membeli tiga kawasan tanah di Cheras. Pertama diberikan secara mutlak kepada isteri beliau memandangkan beliau telah menyerahkan pada puan semasa beliau hidup kan?"

Puan Anida mengangguk. Memang suaminya pernah menyatakan yang tanah tersebut diberikan kepadanya.

"Baik, tanah yang kedua pula diberikan secara faraid kepada anak-anak beliau dan yang ketiga diberikan..."

"Stop!!! Reza?" Zaril memintas kata-kata Puan Normah.

Lambat-lambat, Puan Normah mengangguk. Memang itu yang tercatat. Mereka harus menelan hakikat bahawa Reza boleh dikatakan pemilik mutlak kepada semua harta Dato' Brahim.

"Apa wasiat Abang Amir pula?" Zulaikha yang sejak tadi diam, mencelah.

"Pertama, rumah dan tanahnya memang pernah dihibahkan kepada isterinya. Betul kan Puan Annur?" Puan Normah memandang Annur yang ayu bertudung.

Angguk.

"Kemudian, 10% daripada hartanya diberikan kepada Reza dan selebihnya melalui faraid juga."

"Shit!!! Kenapa Reza? Kenapa along pun serahkan harta dia pada Reza? Why, mama? Siapa Reza sebenarnya? Bukan dia anak luar nikah papa ke?" Zaril mencengkam lengan Puan Anida tanda tidak puas hati.

"Tak guna!!!" Azira menyimpul dendam.

Ada satu rahsia yang dipegang oleh Puan Normah. Belum tiba masa untuk mereka mengetahui kenapa Reza memiliki harta yang paling banyak. Hanya Dato' Brahim dan Amir sahaja yang mengetahui kenyataan ini.

Untuk mendapatkan buku HONEY BUNNY :
Harga RM25sm/ RM28ss + RM5 postage 
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.com

Kombo DHIANA + HONEY BUNNY
Harga RM49/ RM55 ( free postage ) 

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now