Part 16

37.4K 914 50
                                    

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

SUDAH lima hari aku menjadi isteri kepada Reza. Kehidupan kami tak pernah lebih daripada seorang kawan. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Bangun tidur, kalau aku rajin, aku akan sediakan dia sarapan pagi. Kalau tak, beli nasi lemak dekat luar je. Kami pergi kelas asing-asing. Dekat kampus, langsung tak bertegur sapa. Habis kelas, aku pulang ke rumah, sementara Reza akan menghilang entah ke mana, selepas isyak baru dia pulang.

Kejadian aku dibuang keluarga masih tersemat di fikiranku. Cuma, perlahan-lahan aku cuba tanamkan daya kekuatan untuk menempuhi arus kehidupan yang penuh ranjau ini seorang diri. Satu hari nanti, kita akan keseorangan juga. Orang yang tersayang akan pergi meninggalkan diri kita.

Disebabkan hari ini mood rajin terlebih datang, maka aku akan menyediakan makanan tengah hari untuk Reza. Walaupun hari Sabtu, dia tetap duduk di rumah. Tidak bersosialkah dia?

"Reza, kau nak makan apa?" Mata aku menghala pandang wajahnya yang sedang menonton televisyen.

"Kau..." Soalnya tanpa memandang wajahku.

"Kau apa? Aku nak masak ni, tapi tak ada idea." Walaupun aku terlalu marahkan perbuatannya, tapi satu hal yang aku tak boleh mengelak. Dia tetap suamiku. Macam mana marah pun, sekarang syurga aku di bawah tapak kakinya.

Reza menghela nafas perlahan. Dia bangun dari tempat duduknya dan menapak mendekatiku. Renungannya seakan membawa maksud lain. Aku mula tidak sedap hati. Kakiku menguis sesama sendiri.

Setibanya di hadapanku, dia menunduk dan anak matanya menikam di dasar paling dalam mata bundarku. Jantungku mula buat larian pecut 100 meter. Helaan nafasku mula bertaburan. Pandangan cuba dialihkan kerana tidak selesa, namun Reza dengan pantas memegang pipiku lalu dibelai dengan lembut.

"Errr, kau nak makan apa?" Hujung bibirku digigit.

"Kau..."

"Nak makan aku?" Eh kenapa sengal sangat aku pi tanya soalan macam tu? Cari pasal namanya.

Dia tidak mengangguk ataupun mengeyakan. Wajahnya dibawa dekat denganku. Kami hanya berpisah dengan ruang-ruang udara sahaja. Setiap helaan nafasnya dapat aku dengar dengan jelas. Nafasku menderu kasar. Bola mataku kaku memandang bibir Reza. Menyelerakan. Gulp...gatalnya aku.

Ah, kenapa bibirnya yang menarik perhatianku?

Perlahan-lahan bibir Reza dibawa ke telingaku "Aku tak habis cakap lagi, otak kau ni blue lah." Bisikannya membuatkan bulu romaku menegak.

"Er, Ha...habis k...kau kata tadi nak...makan aku..." Balasku dengan suara terketar-ketar.

"Kau pandai masak ke?"

Zuppp!!! Darah menyerbu naik ke wajah. Mukaku terasa panas dan merona kemerahan. Ahhh, Hani apa yang kau fikirkan ni? Aku mengutuk diri sendiri kerana terlalu berfikir jauh. Padahal, Reza cuma nak tanya soalan simple je, bukan nak makan kau! Gatalnya Hani.

"Kaulah!" Dadanya aku tolak apabila mula tersedar yang Reza sedang menggodaku. Nampak sangat dia ingin memancing kunci nafsu aku. Membuka keinginan aku kepada sentuhan hangatnya.

"Kau tu yang cakap tak habis, lepas tu cakap otak aku blue! Hurm kalau macam ni malaslah aku nak masak lagi. Nyampahhhh." Terus aku bangkit ingin meninggalkannya namun tubuhku terus didakap dari tepi.

"Apa peluk-peluk ni? Lepaslah Reza!" Aku cuba melepaskan pelukannya.

"Nak... Nak kau..."

"Jangan main-mainkan aku boleh tak?" Jemariku mula mengetam tepi perutnya.

HONEY BUNNY ✔Where stories live. Discover now