Part 14

31.6K 902 89
                                        

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

BAB 14

SETELAH kami tiba di rumah Reza, aku meletakkan beg tanganku di atas mejanya yang penuh dengan barang-barang motosikal. Mataku melilau memandang keadaan rumahnya yang semak dengan pelekat gambar-gambar motosikal RXZ dan motosikal-motosikal besar yang lain.

Reza menghela nafas perlahan. Beanie dan jam tangannya dibuka dan diletakkan di atas meja yang sama di mana aku meletakkan beg tanganku. Kedua-dua mataku bengkak kerana terlalu banyak menangis. Bunyi berdesing di luar menandakan bumi mula mencurahkan air hujan. Seakan menangisi nasibku pada hari ini.

"Hani, kau nak mandi dulu ke apa?" Dia memandang wajahku.

Perlahan kepala digelengkan "Aku letih, nak tidur."

"Okey, aku tukarkan cadar dulu." Kemudiannya, Reza bergerak masuk ke bilik menuju ke almarinya namun dengan pantas aku menghalang.

"Tak payah, aku tidur dekat bilik lain." Masih lagi menunjuk protes.

"Bilik lain tak ada katil." Reza mampu membuatkan aku mengeluh perlahan

"Kau boleh tidur sini, aku tak kacau kau." Jarang sekali aku mendengar suara lembut daripada Reza. Biasanya, dia akan memaksa dan berkeras denganku. Tetapi hari ini, butir bicaranya membuatkan aku tidak sampai hati untuk memarahinya walaupun aku layak untuk berbuat demikian.

"Tak apa, aku nak tidur luar." Aku masih berkeras tidak mahu tidur di katilnya. Bukannya apa, pertama dah la katil bujang, kedua bantal yang digunakan Reza lembik seperti bergedel. Aku tak berapa selesa untuk tidur.

Dumm! Bunyi petir membuatkan aku terjerit kecil.

"Tengok tu petir, kau nak tidur luar juga ke?" Redup pandangan Reza membuatkan jantungku tersentak.

"Hujan kejap je. Kau bagi aku selimut cukup," balasku dan kemudian ingin berlalu namun Reza menarik tanganku dan tubuhku dipeluk kuat. Tangannya merangkul ketat pinggangku sehingga sesak untuk aku bernafas.

"Aku minta maaf, Hani." Nada suaranya perlahan dan bagaikan berbisik. Meremang segala bulu romaku. Nafasku kembali terhenti di hujung hidung. Air liur diteguk berkali-kali. Masih bernyawakan aku?

"Hani! Kau dengar tak apa aku cakap?" Panggil Reza sekali lagi apabila dia tidak menerima sebarang reaksi daripadaku.

"Lepaslah! Jangan sentuh aku." Tangannya cuba kulepaskan.

"Ummm, kau isteri aku sekarang. Jadi aku berhak nak peluk kau macam ni." Bahuku dikucup lembut. Reza memejamkan mata menikmati kehangatan tubuhku.

"Aku letih nak layan perangai kau, Reza. Baik kau lepaskan aku sebelum aku naik hantu!" Di saat kesabaranku hampir di kemuncak, barulah Reza melepaskan pelukannya.

"Aku nak kau tahu aku buat semua tu sebab..."

"Sebab apa?" Aku mencelah dengan menjegilkan mata.

"Sebab aku..."

"Cukuplah Reza... Kau dah puas hati kan sekarang? Puas hati sebab berjaya buat abah buang aku. Sekarang kau senyumlah dengan sepuas-puasnya. Kau raikanlah kemenangan kau. Aku kalah! Ya aku kalah!" Tangan diangkat dan bibirku mula tercebik-cebik.

"Hani, janganlah macam ni..." Suaranya meleret seakan memujukku.

"Jangan cakap lagi. Aku merayu dengan kau, Reza. Aku tengah sedih jadi hormatilah aku seketika." Permintaan yang cukup ringan aku buat. Kalau Reza masih tidak mampu menunaikan, entah apa yang hendak aku katakan lagi.

HONEY BUNNY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang