Part 11

33.7K 757 58
                                        

SAYANG TAK TERUCAP
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA


TIDAK ada apa-apa yang mampu aku katakan lagi. Pancuran air dibiarkan terbuka. Aku biarkan air mengalirkan di seluruh tubuhku yang penuh dengan noda dosa dan nista.

Aku benci kau, REZA!!!

Aku juga benci diri sendiri. Benci kerana aku sentiasa tewas bila berdepan dengan Reza.

Dan air mataku terus mengalir. Tanpa henti. Kenapa dia suka bertindak melulu? Kenapa dia tidak cuba mencuri hatiku dengan sikap berlemah lembut? Kenapa dia sering memaksaku untuk menerima hatinya dengan cara begini?

Esakanku makin kuat kedengaran. Terngongoi-ngongoi aku menahan sebak di hati. Meskipun kami tidak bersetubuhan, namun tahap klimaks yang aku terima kali pertama seumur hidupku seketika tadi, membuktikan aku bukan wanita yang suci. Tubuhku sudah dijajahi oleh lelaki yang bukan halal untukku.

Selepas selesai mandi wajib dan membersihkan diri, aku mengambil T-shirt lengan panjang yang diberikan Reza sebentar tadi. Kain pelikat milik Reza juga disarung ke pinggangku. Tuala diletakkan di kepala, dan kakiku melangkah keluar dari bilik air. Ternyata Reza ada di katil sambil menungguku. Wajahnya langsung tidak aku pandang.

"Hani..." Panggilnya perlahan dan aku benci untuk mendengar suara itu.

Tudungku yang sudah ronyok diambil dan diletakkan di atas kepala menggantikan tuala. Beg tanganku diambil dan disangkut di bahu. Aku ingin segera keluar dari bilik ini.

"Hani..." Kali ini tanganku dipegang.

"Lepaslah!" Tepisku kasar sambil mencerlung tajam ke arahnya.

"Janganlah berkasar dengan aku macam ni." Keluhan dilepaskan.

"Habis kau nak aku layan kau macam mana, Reza? Lepas apa yang kau buat dekat aku tadi, kau nak aku layan kau macam mana? Hah?" Asakku dengan wajah tegang.

"Kau injak maruah aku. Sepatutnya kau bunuh je terus aku tadi. Tak perlulah aku malu. Malu pada diri sendiri. Malu lagi pada Allah. Macam ni ke gaya seorang lelaki yang kononnya cintakan perempuan. Layan dengan kasar, ugut, jatuhkan maruah. Malah kau tergamak nak ragut kehormatan aku. Hanya semata-mata aku juga abah tolak kemahuan kau." Berdas-das hamburan aku lepaskan pada Reza.

"Aku tak buat macam tu pun kau tetap layan aku buruk kan?" Soalannya membuatkan aku terdiam. Terpempan.

Ada benarnya juga kata-kata Reza. Adakah layanan buruk aku yang membuatkan dia bertindak sebegini? Ah, jadi semua kesalahan ini diletakkan di bahuku? Begitu?

"Habis tu selama ini semuanya salah aku? Aku tak pernah cari kau Reza. Aku juga tidak pernah mengharap bertemu dan berkenalan dengan kau, Reza. Malah jauh sekali terkinja-kinja untuk menggoda kau. Kenapa aku dilayan begini?" Soalku dengan nada suara perlahan. Hatiku pedih dan sakit. Pasti abah dan ibu sedang mencariku kerana aku masih tidak pulang ke rumah walaupun jam sudah menginjak pukul 11.00 malam.

"Aku tak cakap macam tu, tapi sepatutnya aku yang kena kahwin dengan kau sebab aku yang cium kau. Tapi kenapa abah nak kahwinkan kau dengan mamat tu?" Wajah Reza tidak puas hati.

"Abah aku! Bukan abah kau." Ayatnya aku betulkan.

"Okey, fine. Abah kau. Please Hani, kahwinlah dengan aku. Kau dah janji kan?" Wajahnya seakan merayu. Dia datang mendekati tubuhku lantas ditarik dan dipeluk.

HONEY BUNNY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang