HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA
SELEPAS mandi, aku menapak mendekati telefon bimbit untuk melihat mana-mana pesanan ringkas yang diterima ataupun pesanan WhatsApp. Mana tahu abah suruh aku balik ke.
Bibirku menguntum senyuman apabila pesanan ringkas aku terima daripada ibu. Dengan pantas, aku membuka untuk mengetahui isi di dalamnya.
Bila kita gagal menjadi anak yang baik, cuba untuk menjadi isteri yang solehah.
Air mataku menitis setelah membaca pesanan ringkas daripada ibu. Walaupun ringkas namun ia amat bermakna buatku. Jadi, abah masih tidak memaafkan aku, sebab itu ibu menghantar nasihat ringkas tersebut. Namun dalam hati aku bersyukur, sekurang-kurangnya ibu masih mengambil berat ke atas diriku.
Telefon bimbit diletakkan di atas meja, apabila pintu bilik terkuak. Cepat-cepat aku meletakkan tuala di atas kepala semula. Memang aku sudah halal buat Reza, tetapi kenyataan itu sukar untuk disebatikan dalam kamus hidupku.
Dia menarik senyuman dan merapati tubuhku. Anak mataku direnung dan jantungku masih berdegup secara normal. Suasana kami sunyi, hanya bunyi jam di dinding terus berdetak.
"Biarlah aku tengok rambut kau..." Tualaku ditarik dari menutup rambutku.
Hairannya, aku tidak melawan. Wake up, Hani! Wake up! Jerit hati kecilku. Pandangannya membuatkan aku tergamam apatah lagi, kala melihat Reza tersenyum. Baru aku sedar, detik ini senyuman Ilham tidak lagi berjaya berada di tangga pertama di hatiku. Jantungku bagai diramas-ramas apabila Reza menarik senyuman yang cukup manis yang tak pernah aku lihat. Oh, pernah sekali iaitu ketika dia memakai cekak arnab tempoh hari.
"Ha...cantik pun Hani macam ni." Katanya lagi sambil menolak rambut basahku ke belakang telinga. Sungguh, aku tidak selesa!
"Er, Reza...Er...bila kau nak beli katil baru? Aku ikut eh sebab aku nak pilih katil." Cepat-cepat aku menukar topik selepas tangannya kutolak.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan punggungnya dilabuhkan di sebelah aku. Wajahku dipandang tanpa berkelip. Buntut aku mula terasa panas. Sekejap-sekejap aku berdeham. Ada ketikanya aku menelan air liur. Nafas aku... Nafas aku ni pula macam nak tak nak je keluar dari lohong hidung. Tersekat memanjang bila berada dekat dengan Reza.
"Aku nak beli... Tapi malam tadi aku mimpi." Ayatnya terhenti di situ.
"Mimpi apa?" Pantas je kepala aku didongak.
"Dia orang kata tak payah beli katil. Baru sweet-sweet, himpit-himpit, peluk-peluk, gosok-gosok, cuit-cuit dan...hurm sambung sendirilah!" Jelas Reza dengan suara berbisik. Nak goda aku lah tu.
"Siapa dia orang tu?" Wajahnya aku jeling.
"Tak tahulah, honey Bunny. Suara manusia-manusia yang muncul dalam mimpi aku malam tadi." Jawapannya membuatkan aku rasa hendak sekeh je kepala tak betulnya itu.
"Apa benda kau merepek ni? Kau nak beli katil ke tak nak?" Aku mula menayang muka menyampah.
"Hmm...malam tadi aku bagi kau coklat, kenapa kau tak bagi aku keju?" Keningnya menari ronggeng.
"Kau nak keju, kau pergilah beli sendiri! Dah kenapa nak minta dengan aku?" Mulut aku mula tak ada insurans.
"Aku nak keju lain, keju khas daripada kau." Suaranya bernada irama dalam kelambu. Eeee seram!!!. Meremang bulu tengkuk.
Nafas dihela perlahan. Aku memandang wajah Reza dengan rasa geram. Terus perutnya aku siku dengan kuat sehingga dia mengerang.
"Aduhh!!!" Wajahnya berkerut.
"Cakap yang bukan-bukan lagi, kejulah apalah. Jangan sampai aku ikat kau punya anu tu!" Marahku kemudian berlalu selepas kakinya aku pijak dengan kuat.
"Auww...Haniii!!! Kau nak ikat aku punya, habis macam mana kau nak dapat anak nanti?" Jeritannya tidak kuhiraukan lagi. Malas aku nak melayan otak miang macam Reza.
SELEPAS aku menghabiskan pau kaya dan Horlicks ais, kerusi di hadapanku didatangi seseorang. Wajah diangkat dan ternyata dia adalah Ilham. Terus air liur ditelan. Pahit. Bagaimana Ilham mengetahui aku di kafe kampus ni?
"Er, Ilham..." Wajahnya aku pandang.
"Tahniah, Hani. Awak dah jadi isteri orang awal empat hari dari yang sepatutnya." Ucap Ilham dengan senyuman. Namun, aku tahu senyumannya penuh dengan kelukaan.
Ya Tuhan, terlalu banyak hati telah aku lukai. Ilham terlalu baik untuk disakiti. Namun apa yang harus aku lakukan lagi? Kini, aku sudah bergelar isteri kepada Reza dan ianya tidak boleh merubah apa-apa pun.
"Ilham, saya min..."
"It's okay Hani, tak perlu nak minta maaf. Saya seorang yang berpegang pada takdir. Saya yakin dengan jodoh yang Allah tentukan. Saya tak akan berdendam dengan awak." Balasnya lembut. Anak matanya menggambarkan betapa kecewanya dia atas perbuatanku.
"Semua berlaku dengan begitu pantas. Saya harap awak tak salah faham. Saya tak ada niat nak mainkan perasaan awak. Saya betul-betul minta maaf." Kepala ditundukkan. Aku malu dengan Ilham. Pasti dia berfikiran yang bukan-bukan tentang aku.
"Saya datang ni bukan nak tuntut apa-apa. Saya cuma nak clear kan everything. So, kita memang dah tak ada ada apa-apa hubungan lagi. Tapi... kita masih boleh jadi kawan kan?" Dia menarik senyuman.
Perlahan-lahan kepala dianggukkan. "Saya akan pulangkan cincin merisik dan bertunang awak nanti."
"Tak...tak payah...Anggap je tu hadiah kahwin awak. Kalau pulang balik dekat saya, bukannya saya boleh pakai." Balas Ilham.
"At least boleh jual balik, dapat duit."
"Tak apalah, sayang pula nak jual cincin tunang."
Aku mengangguk faham. Tiada apa lagi yang hendak aku katakan kepadanya. Semuanya sudah jelas dan kami berpisah dengan cara baik. Tiada di antara kami yang akan menuntut mahupun berdendam. Semuanya sudah jelas. Kami tiada jodoh.
"Saya sayangkan awak, Hani." Katanya selepas lama kami diam.
Aku mengangkat wajah, senyuman pahit terukir "Sayang sebagai tunang, boleh dikikis. Tapi bila seseorang ada pertalian perkahwinan, ianya adalah tanggungjawab."
"Tanggungjawab untuk awak mencintai dan taat pada dia." Sambung Ilham lagi.
"Mungkin rasa tu belum datang hari ini. One fine day..." Pandanganku dihalakan ke arah Izara yang sedang melambai-lambai tangan ke arahku menandakan kami sudah kesuntukan masa untuk ke kelas yang seterusnya.
"So, Hani tahniah. Kembali bujanglah saya." Dia tergelak kecil.
"Insya-Allah, awak akan ada jodoh lain yang Allah simpan untuk awak. Mana tahu...kawan saya tu ke?" Saat itu wajah comel Izara terbayang di fikiranku.
"Insya-Allah." Dia mengangguk dengan senyuman.
© All Rights Reserved 2016

ANDA SEDANG MEMBACA
HONEY BUNNY ✔
RomanceStart : 25 october 2016 End : 19 disember 2016 INI KISAH HANI & REZA Kawan pon tak sudi apatah lagi bercinta Namun dia tekad aku harus jadi miliknya Titik hitam yang dicipta memaksa aku berkahwin dengannya sekaligus dibuang keluarga. Bahagia yang...