PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA
IZARA menyiku lenganku, apabila soalannya tidak kujawab. Otakku asyik merewang memikirkan perkara yang tak patut dilayan. Segera beberapa bayangan wajah terbang dari kotak fikiranku. Wajah Izara dipandang.
"Aku tanya kau ni, diam je." Ngomel Izara geram.
"Kau tanya apa?" Malas hendak mengambil pusing omelan Izara.
"Ilham baik tak? Macam mana perasaan kau dengan dia? Dah jatuh cinta tak?" Seusai soalan itu mendarat di telinga, satu keluhan lepas dari mulutku.
"Laaa, kenapa pula ni?" Kepala Izara mengiring sedikit seraya memandangku dengan wajah pelik.
"Kau pernah rasa tak, order ayam 4 Fingers dan bila ayam 4 Fingers sampai, tiba-tiba kau teringin nak makan ayam KFC. Tapi masalahnya ayam 4 Fingers dah sampai dengan bilnya ya ampun mahal giler. So apa kau buat?" Soalan pelik kegemaran Reza terlucut dari mulutku.
Mengenangkan peristiwa itu, wajahku berubah kemerahan. Kucupan Reza bagaikan donat. Lembut, kenyal dan manis. Argh! Apa kau fikirkan ni, Hani? Donat bagai. Ini memang gila. Bukan giler!
"Kau dah kenapa? Ayam 4 Fingerslah, ayam KFClah, masalahnya aku suka ayam McD!" Ujarnya kemudian dia tergelak kecil. Barangkali terasa lucu dengan soalanku.
"Cepatlah jawab..."
"Aku nak jawab apa? Masalahnya aku tak minat ayam yang kau sebut." Sedaya mungkin Izara memperlahankan suaranya, bimbang jika ditegur Prof. Husna.
Fikiranku terganggu dengan bayangan Reza dan Ilham. Sejujurnya, aku sudah mula menyukai Ilham. Tetapi dalam masa yang sama, bayangan Reza sedang menempah tempat di benak fikiranku.
"Kau rasa Ilham okey tak?" Soalan yang tidak masuk akal ditanya. Izara sendiri pun tidak pernah berbual dengan Ilham, jadi bagaimana dia hendak menjawab soalan yang aku sendiri tiada jawapan. Sedangkan aku yang pernah berjumpa dengan Ilham, pun tiada jawapan.
"Apa masalah kau sebenarnya ni?" Badan Izara menyenget sedikit menghadapku dan nafas dihela perlahan.
"Aku keliru la seb..."
Tak sempat aku menghabiskan ayat, pintu bilik kuliah terbuka dengan luas. Seorang pelajar lelaki yang memakai sarung di kepalanya meluru masuk sehingga ke bahagian tengah kelas tanpa mengangkat wajah.
Setibanya dia di tengah kelas, kepalanya diangkat dan ternyata dia adalah Reza. Apalagi, melongo mulutku melihatnya. Dia nampak pelik melihat pelajar yang ada di dalam kelasku. Sesaat kemudian, dia terkesima dan tangannya terus menepuk dahinya.
"Ops! Sorry saya salah kelas. Maaf prof. Maaf.Maaf." Tanpa memandang lagi, dia terus berlari keluar. Malu la tew. Malu dengan kekhilafan sendiri.
Tindakan Reza membuatkan semua rakan kelasku mentertawakannya. Tidak terkecuali diriku. Perbualanku dengan Izara terhenti begitu sahaja dan kami mula kembali memandang ke hadapan memberi fokus pada ilmu yang disampaikan Prof. Husna.
Buk!!! Sekali lagi pintu kelas terbuka tetapi kali ini pintu belakang. Kami pantas ramai-ramai menoleh dan ternyata sekali lagi dia adalah Reza. Dia nampak kalut masuk dan apabila kakinya terhenti dan bola matanya memandang wajah Prof. Husna, wajahnya berubah kelat.
"Sorry...sorry.. Macam mana boleh salah kelas lagi ni? Saya ingatkan ni pintu kelas sebelah, rupanya pintu belakang kelas ni." Kepalanya yang tersarung dengan beanie digaru. Malu punya pasal, Reza berjalan laju keluar dari kelas namun tak sempat diberi amaran, kepala Reza terhantuk pada pintu dan menghasilkan bunyi yang begitu kuat. Gedegang!!!
YOU ARE READING
HONEY BUNNY ✔
RomanceStart : 25 october 2016 End : 19 disember 2016 INI KISAH HANI & REZA Kawan pon tak sudi apatah lagi bercinta Namun dia tekad aku harus jadi miliknya Titik hitam yang dicipta memaksa aku berkahwin dengannya sekaligus dibuang keluarga. Bahagia yang...