Part 20

44.9K 981 114
                                        

#First, terima kasih semua orang sebab buat 3 cerita bonda dalam top10. DHIANA #1, KTM #9 dan HONEY BUNNY #10 . Yeayy ! Love, xoxo

HONEY BUNNY
'Biar tak terucap, asalkan kau rasa'

PLEASE TEKAN BUTANG ⭐SEBELUM BACA

SENGAJA aku pulang ke rumah jam 10.00 malam, memandangkan hatiku masih sakit dengan keputusannya memilih Anita berbanding denganku. Beria janji dengan aku, tetapi datang je Anita yang cantik, terus diketepikan aku.

Lagipun, setiap malam, Reza memang akan pulang waktu isyak. Aku pun tidak tahu ke mana dia pergi. Ah, semestinya dating dengan Anita. Sahih. Kenapalah aku tak pernah terfikir akan perkara itu? Tak kanlah dia nak bawa Anita pulang ke rumah memandangkan aku sudah pun menjadi penghuni tetap di rumah ini. Hani, kenapa kau bodoh sangat?

Sebab tu dia tak pernah cakap dia sayang kau!

Dengan tubuh yang letih, pintu rumah ditolak. Ruang tamu bercahaya malap disimbahi dengan lampu dari dapur. Sempat mataku mengerling ke arah dapur, jika Reza di situ. Tetapi ternyata tiada. Keluhan dilepaskan. Tak balik lagi dari pi dating dengan Anita la tu, gumamku sendiri.

"Baru balik?" Sergahan Reza membuatkan telefon bimbit di tanganku terlepas. Dengan pantas aku mengurut dada kerana terkejut.

"Tak reti nak beri salam," bebelku kemudian telefon bimbit yang jatuh dikutip semula. Pintu bilik dipandang menandakan aku ingin cepat-cepat hilang dari ruang tamu ini.

"Hani, jam 10 baru balik?" Sekali lagi dia bertanya kerana tidak puas hati soalannya tidak kujawab.

"Suka hati aku lah!" Rengusku kasar.

"Kau tanggungjawab aku tau." Suaranya masih kendur seperti tadi. Mungkin tidak mahu sekiranya aku membuat keputusan untuk melarikan diri dari rumah seperti kelmarin.

"Habis kalau tahu tanggungjawab, kenapa bohong aku?" Sinis aku membalas. Hatiku memang sudah membara apatah lagi terbayang-bayang mesej yang diterima mengatakan bahawa kelasnya ditunda satu jam. Kan senang cakap je pergi dating dengan Anita.

"Aku bohong apa? Cuba kau cakap dengan aku! Aku bohong apa?" Dia menapak mendekatiku.

"Dah la Reza, aku ni macam orang bodoh je jadi isteri kau. Kau dah ada tunang, kenapa tak beritahu aku? Kenapa paksa aku kahwin dengan kau?" Dengan berani, aku mengangkat wajah cuba membalas renungannya. Namun ternyata aku tidak mampu. Pandangan dilarikan ke tempat lain. Mataku mula berkaca. Nafas seakan tidak cukup untuk ditarik.

"Tunang apa benda kau ni? Aku tak faham! Daripada petang tadi kau sebut pasal tunang. Cuba kau beritahu aku... Siapa tunang aku? Aku girlfriend pun tak ada, macam mana boleh ada tunang?" Nada suara Reza sedikit meninggi. Ketegangan urat di bahagian lehernya menandakan tahap kemarahannya mula naik. Dahinya sedikit berkerut.

"Tak payah nak pura-puralah, Reza. Aku malas tahu tak. Aku dah muak dengan perangai kau," gumamku kemudian bahunya aku tolak sebelum ingin melangkah.

Namun dengan kasar, Reza mencengkam lenganku cuba menghalang aku pergi. Wajahnya berubah tegang dan penuh dengan rasa ingin tahu.

"Sakitlah Reza!" Tangannya cuba aku tepis.

"Cuba beritahu aku apa masalahnya? Boleh tak jangan mengelak? Inilah perangai kau, tak nak dengar penjelasan lepas tu terus cabut macam tu." Marah Reza namun nada suaranya masih tidak terlalu tinggi.

"Aku bukan tak nak dengar penjelasan, tapi aku malas nak dengar alasan. Kau keluar setiap malam ni sebab keluar dating dengan tunang kau kan? Kenapa buat aku macam ni? Aku bukan tunggul, Reza!!!" Amukku dengan suara menyinga.

HONEY BUNNY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang