"Haera.. jangan la sedih lagi." Seseorang duduk di sebelahku.
"Macam mana aku tak sedih Yoongi? Eomma dengan appa dah tak ada." Aku menyedut hingus yang hampir meleleh.
"Eomma dengan appa pergi Jepun je. Bukannya diorang mati pun. Tak payah la nak berdrama sangat." Yoongi berkata dengan menyampah. Aku menjeling Yoongi.
"Of course la aku sedih! Sape yang nak masak? Kemas rumah? Marah kita? Basuh baju? Sidai baju? Sapu halaman?" Bertubi-tubi aku menyoal.
"Kau kan boleh buat. Ni.. aku nak mintak tolong dari kau."
"Mana aci aku sorang je yang buat! Buat la sama-sama."
"Apa yang kau nak aku tolong?" Yoongi tersenyum penuh makna.
"Tak payah la senyum macam tu. Creepy.." Katakj.
"Esok.. datang office boleh?" Soalnya. Aku memandang Yoongi dengan pelik.
"Apasal pulak?"
"Kau ingat tak yang aku pernah cerita dekat kau pasal Shin Ji Ra?" Aku mengurut-urut dagunya. Mengingatkan kembali apa yang Yoongi ceritakan.
"Yang kau cakap dia gedik gila nak mampos tu ke?" Yoongi mengangguk.
"Kenapa dengan dia?"
"Aku nak dia stop dari kacau aku. So, boleh tak kau jadi fake girlfriend aku? Nanti aku tunaikan semua permintaan kau." Katanya.
"Hurm.." Aku berfikir sejenak.
"Okay la kalau macam tu. Aku tolong kau." Aku membuat keputusan.
"Jinjja?! Gomawo Haera!! Aku tau yang kau ni saeng yang baik lagikan cantik. Aku sayang kau!!" Yoongi memeluk aku.
"Apa ni peluk-peluk orang! Lepas la woi! Aku tak boleh bernafas! Mana perginya swag kau tu?" Aku menepuk tangan Yoongi berkali-kali. Yoongi pun meleraikan pelukan.
"Aku memang swag. Always swag~~" Aku membuat muka menyampah.
"Baldi mana baldi? Rasa nak muntah hijau ni." Aku memandang sekeliling. Acah acah cari baldi. Yoongi mencebik.
"Jangan lupa datang esok. Kalau kau tak datang, aku amik XBOX kesayangan kau. Tak pun PSP kau. Tak pun phone kau. Tak pun.."
"Ye! Ye! Aku datang!" Yoongi tersenyum. Dia mencapai remote lalu menonton tv. Aku baring di atas sofa. Kepalaku berbantalkan peha Yoongi. Eh.. selesa pulak bantal aku ni xD
"Weh Yoongi! Biar la cerita Scarlet Heart tu!!"
"Tak payah. Ni masa aku nak tengok tv. Jangan kacau." Aku memukul peha Yoongi.
"Ouch!! Sakit la!!" Yoongi mengaduh kesakitan.
"Padan muka!!" Aku menjelirkan lidahnya ke arah Yoongi. Yoongi mencebik.
"Dah.. jangan kacau aku nak tidur. Kau layan je la tv tu sebanyak mana kau nak. Aku tak heran pun!" Aku menutup mata. Tak lama kemudian, aku lena bermimpikan oppa-oppa hots xD
•••
Aku terjaga daripada tidur. Aku menggeliat. Secara tiba-tiba aku bangun. Aku melihat sekeliling.
"Eh? Macam mana aku ada dekat dalam bilik ni? Tadikan aku tidur dekat sofa. Yoongi angkat aku ke?" Aku tertanya-tanya. Aku turun dari katil lalu menuju ke bilik air dan membasuh muka. Selepas itu, aku turun ke bawah.
"Dah bangun dah?" Aku memandang Yoongi yang sedang menghidangkan makanan di atas meja. Pelik.
"Kau masak ke semua ni?" Soalku.
"Apasal? Tak percaya?" Yoongi mengangkat keningnya. Aku berjalan menuju ke dapur. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu. Aku tersenyum senget.
"Tak ada la. Tak pernah pulak kau nak masak." Aku duduk di meja makan. Begitu jugak dengan Yoongi.
"Dah.. dah. Jom makan. Penat aku masak." Aku menjulingkan matanya ke atas. Yoongi mencapai chopstick lalu menggaul Jjajangmyeon. Sebaik sahaja Yoongi makan, aku pulak makan.
"Sedap?" Soal Yoongi. Aku mengangguk.
"Dah kau beli. Memang la sedap." Jawabku dengan selamba.
"Mana ada aku beli." Nafi Yoongi. Eleh.. nak tipu aku konon.
"Tak payah nak tipu aku la Yoongi. Tu dekat dalam tong sampah tu, kenapa ada bekas dia? Kenapa tak ada kuali yang kau masak Jjajangmyeon ni?"
"Yela.. yela." Yoongi menyambung semula suapannya. Aku tersenyum.
"Yoongi.."
"Apa?"
"Esok, aku pergi office kau petang la." Kataku.
"La.. kenapa pulak?"
"Esok aku sekolah la. Takkan aku nak ponteng kott." Ujarku.
"Ponteng je la. Sekali sekala kau ponteng, apa salahnya? Tapi nanti kau pandai-pandai la cari alasan." Selamba je di cakap. Yang kenanya aku, bukan kau. Tapi.. best jugak kalau setiap hari tak pergi sekolah xD
"Kalau kau dah bagi green light, memang aku tak datang esok. Kalau aku tak datang hari-hari boleh tak?"
"Kau jangan nak ngada-ngada. Esok je aku tak bagi kau cuti. Hari lain kau kena pergi." Aku memuncungkan mulutnya dan sambung makan. Yoongi tergelak kecik melihat gelagat aku.
"Kau gelak apa?!"
"Ala.. rilek arr. Tak payah la nak marah-marah. Bendera merah ke?" Tersedak aku dibuatnya. Aku segera minum air.
"YOONGI!!!"
To Be Continue
New fanfic!! Tapi untuk pengetahuan korang semua, fanfic aku yang lain semua hilang 〒▽〒 aku tak tau kenapa boleh jadi macam tu.
Haritu aku nak log in wattpad tak bole.. problem ape benda tah. Nasib dah bole bukak skrng. Tapi tu la.. mcm aku cakap, semua fanfic aku hilang. Maybe sebab problem wattpad tu? Idk..
So, enjoy la ye dengan FIRST fanfic aku ni \(^O^)/
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction